Sunday, February 28, 2010
Putrajaya di Waktu Malam
Malam semalam saya dan suami jalan jalan ke Putrajaya di waktu malam. Saja je la kan, sekadar nak menghabiskan masa lapang.Nak ajak pegi tengok wayang, dia tak suka jadi kena fikirkan cara nak habiskan masa. Boleh la juga ambil gambar di waktu malam.
Tapi saya masih belum pandai nak adjust setting lagi untuk shooting di waktu malam, lagipun belum ada external flash. So pelan pelan kayuh la kan, esok esok baru la sambar external flash pulak.
SERIMUKA PELANGI
Hari ni merasmikan Food Steamer yang baru beli. So resepi pertama ialah Serimuka Pelangi. Nampak kat rumah ika, rasanya ika ambik kat rumak kak CT. Sorry la rupa serimka saya sememeh je, tapi rasanya sedap tau. Cewahhhh...puji diri sendiri la pulak.
Saya copy dari rumah kak CT. Halal ye kak....
SERIMUKA PELANGI
Bahan-bahan
Lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
* 21/2 cawan santan cair
* 1 sudu teh garam
* sehelai daun pandan
Lapisan atas
* 1/2 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan tepung kastard
* 2 cawan santan pekat
* 1 biji telur
* 3 sudu makan gula - gula kita lebihkan 41/2 sb
* sedikit garam
* pewarna kuning, hijau, merah (ikut suka)
Cara membuatnya:
1. panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
2. Masukkan semua lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
3. Apabila telah masak tekankan dalam loyang sehingga mampat. (CT alas loyang dengan plastik, agar senang nak keluarkan nanti).
4. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
5. Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan setiap mangkuk dengan satu warna.
7. Kukus semula pulut yang telah dimampatkan.
8. Lapiskan dengan warna merah dan kukus selama 10 minit. Buat lapisan seterus nya hingga habis.
9. Apabila telah habis semua adunan kukus selama 30 minit. Sejukkan betul2 baru dipotong.
10. Hidang kan untuk minum pagi atau petang. Selamat mencuba.
Menu Lunch Hari ni.......
Saturday, February 27, 2010
Toy baru....
Dah lama teringin nak beli electric steamer, tapi asyik bertangguh je...
Semalam saya nampak yang berkenan di hati dan harganya pun masih dalam budget, apalagi terus rembat je lah. Hari tu nyaris rembat yang bulat tapi dok fikir kalau nak steam ikan tak muat pulak nak letak sekor sekor. Itu yang tak jadi tu. Macam le selalu sangat steam ikan sampai sekor kan.Lagipn kalau nak guna loyang 4 segi susah juga kan. Alasan...
Greek Yogurt with Honey and Mango
Takde menu lunch hari ni sebab saya tengah malas. Boleh gitu....
Sejak kebelakangan ni saya suka sangat makan yogurt dengan honey dan kadang kala tambah buah.
Selalunya saya guna yogurt brand Sunglo atau Nestle tapi semalam saya terjmpa Greek Yogurt ni. Saja je nak mencuba, pada tekak saya Greek Yogurt ni lagi sedap sebab ia lebih licin dan creamy. Tak tau camne nak describe.
Friday, February 26, 2010
Jalan Jalan Cuci Mata
Hari ni cuti kan, jadi tanya my husband ada rancangan apa apa ke? Katanya, tengok lah keadaan nanti sebab hari ni Jumaat. Lepas solat Jumaat tadi, my husband ajak jalan jalan cuci mata kat Nilai 3. Malas sebenarnya nak pergi sebab panas. Tapi kalau tak pergi, kecik hati pulak. Bila dah tua tua ni, over sensitif la pulak. So ikut je lah....
Memang jalan jalan cuci mata pun sebab tak beli barang pun. Belek sana belek sini tapi takde yang berkenan di hati. Harga pun lebih kurang sama je. Last, balik cam tu je, lepas tu dia ajak makan satay kajang pulak. Since malas nak masuk bandar Kajang, kami makan di R&R Awan Besar.
Selalunya kami order 10 cucuk satay, tapi hari ni nak cuba satay rusa. So order 15 cucuk termasuk 5 cucuk satay rusa. Punyalah eager nak makan satay rusa, tapi masyallah, punyalah liat. Rasa seperti mengunyah getah beku la pulak. (eh eh...pernah ke kunyah getah beku saya ni....)
Tapi memang liat sangat, sampai tak boleh kunyah. Akhirnya, tinggal cam tu je. Nasib baik order 5 cucuk je dan harganya pun mahal. 1 cucuk satay rusa harganya RM1.80, saya terfikirkan org depan saya yang order 15 cucuk...macam manalah dia nak habiskan.
On the way nak balik rumah, tiba tiba my husband cakap dia baru perasan yang Carrefour baru buka kat Bukit Rimau. So kami terus ke sana pulak. Kat sini sempatlah juga rembat toy baru. Nantilah saya update untuk next entry. My husband dah bising saya asyik mengadap laptop ni. Tak nak layan dan temankan dia tengok TV. Bila dah masuk 40 ni, cam budak budak pulak....
Memang jalan jalan cuci mata pun sebab tak beli barang pun. Belek sana belek sini tapi takde yang berkenan di hati. Harga pun lebih kurang sama je. Last, balik cam tu je, lepas tu dia ajak makan satay kajang pulak. Since malas nak masuk bandar Kajang, kami makan di R&R Awan Besar.
Selalunya kami order 10 cucuk satay, tapi hari ni nak cuba satay rusa. So order 15 cucuk termasuk 5 cucuk satay rusa. Punyalah eager nak makan satay rusa, tapi masyallah, punyalah liat. Rasa seperti mengunyah getah beku la pulak. (eh eh...pernah ke kunyah getah beku saya ni....)
Tapi memang liat sangat, sampai tak boleh kunyah. Akhirnya, tinggal cam tu je. Nasib baik order 5 cucuk je dan harganya pun mahal. 1 cucuk satay rusa harganya RM1.80, saya terfikirkan org depan saya yang order 15 cucuk...macam manalah dia nak habiskan.
On the way nak balik rumah, tiba tiba my husband cakap dia baru perasan yang Carrefour baru buka kat Bukit Rimau. So kami terus ke sana pulak. Kat sini sempatlah juga rembat toy baru. Nantilah saya update untuk next entry. My husband dah bising saya asyik mengadap laptop ni. Tak nak layan dan temankan dia tengok TV. Bila dah masuk 40 ni, cam budak budak pulak....
Thursday, February 25, 2010
Banana Split
Wednesday, February 24, 2010
Tuesday, February 23, 2010
Pajeri Terung
Dah beberapa hari beli terung. Takde plan nak masak apa pun sebenarnya. Masa kat pasar tu, main ambik masuk bakul je.
Bila buka peti ais, nampak terung ni tapi dok fikir nak masak apa. Lastly malam ni saya buat pajeri terung. Buat sebiji terung je sebab my husband tak suka. Dia lebih prefer pajeri nenas. Resepi saya ambil dari Nadia@MyR.
Waffle
Hari ni mari kita breakfast wesrtern la pulak kan...
Bahan bahan
120 gm plain flour
1 1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon vanilla essence
a good pinch of salt
1 tablespoon of caster sugar
1 large egg
20 gm unsalted butter, melted
200 ml milk
maple syrup/honeu for serving
Method
1. Sift the flour, sugar and salt into a bowl. Then make a well in the center.
2. Add egg, butter and milk.Beat with whisk until mixed. Gradually work with the flour to make a very thick but lump-free batter.
3. Heat the waffle maker according to the maker, pour in enough bater to fill, and cook.
4. Serve with honey or maple syrup.
Monday, February 22, 2010
Haruan Kering Goreng Asam
Saya kalau balik Perlis mesti beli ikan kering banyak banyak.
My husband suka ikan temenung/kembung kering dan saya suka ikan ikan darat/bendang kering. Malam ni saya masak lemak ketam untuk my husband dan buat haruan kering goreng asam. Lagi sedap makan ni dari makan masak lemak tu.
Senang je nak masak, goreng ikan kering dan ketepikan. Mayang bawang besar, cili merah, cili hijau dan sedikit cili padi. Panaskan minyak, goreng bahan yg di mayang hingga layu. Tuang sedikit perahan asam jawa, kacau sebati dan masukkan ikan yg telah di goreng. Gaul sebentar dan angkat. Makan dengan nasi panas, perhhh....
Jus Tembikai Susu
Tengahari tadi singgah TESCO, asyik pusing kat bahagian barangan basah. Hajat di hati nak beli buah tapi dok fikir nak beli buah apa.
Mula mula pegang strawberry, letak. Pegang buah apple hijau, pun letak balik.Sekejap jeling buah kiwi, lastly ambik buah tembikai susu yg kulitnya berwarna kuning ni. Sampai rumah terus buat jus campur dengan susu pekat.Duduk depan rumah sambil tengok ikan koi dalam kolam. Sedar sedar habis segelas.
Sunday, February 21, 2010
Eggless Choc Cake.....yg bantat.
Kari Tulang & Rebung
Tengah hari ni masak kari tulang dengan rebung. Actually ni siaran ulangan, jadi kalau nak resepi boleh cari kat bahagian DAGING. Entah sehari dua ni malas sungguh nak menaip.
Lepas masak kari, prepare bahan nak buat kek. Dah lama sangat tak membaking.Tapi memang la, saya ni selalu fail kalau masuk bab membaking ni. Sekali siap, kek saya bantat la pulak. Tension sungguh.
Saturday, February 20, 2010
Jelly Kelapa
Dah lama tak buat Jelly Kelapa. Hari ni panas takde tanda tanda nak hujan, my husband request nak makan jelly kelapa. So sebelum balik kerja, singgah beli kelapa 2 biji tapi saya cuma guna sebiji je. Yang lagi sebiji tu minum air kelapa fresh from the shell.
Kalau nak resepi, boleh cari kat bahagian DESSERT ye.....
Sambal Belacan Mangga Muda
Mangga muda saya bawa dari kampung, geram tengok banyak buah mangga bergantunggan atas pokok.
My husband kata, next time kita bawa balik lori sebab semua benda nak beli atau angkt balik. Kalau boleh satu kampung. Itupun bapa saudara my husband nak tebang pisang yg dah tua setandan. Ampun.... mana nak letak. Dalam sesak sesak cam tu pun, diorang suruh bawa balik buah rozel, buah kedondong, daun selom dan sayur yg di tanam sendiri. So ambil serba sedikit je memandangkan hanya kami berdua kat rumah. Itupun jarang masak kalau dah sibuk sangat.
Singgang Ikan Aye
Ini menu dinner malam tadi.Masak simple simple je. Kali ni saya letakkan buah asam jawa muda menggantikan asam keping. Rasanya ramai yang tahu macam mana nak masak singgang sebab senang kan...
Inilah gambar buah asam jawa yang masih muda. Isinya berwarna hijau kekuningan berbanding dengan yang sudah masak akan berwarna coklat gelap atau kehitaman. Buah asam jawa muda ni sedap juga kalau cicah dengan garam. Tapi memang masam sungguh...
Friday, February 19, 2010
Makan Ala Kampung
Kebetulan, masa balik Perlis hari tu, banyak betul orang jual Siput Mentarang ni. Saya pernah beli di Pasar Tani Stadium Shah Alam. Harganya lebih kurang RM 8 /RM 10 sekilogram. Tapi kat sana cuma RM 5 / RM 6 sekilo. Puaslah makan sampai sakit perut.
Cuba tengok siput mentarang yang ini, saiznya hampir sama dengan tapak tangan makcik yg jual tu. Memang fresh dan manis rasanya.
Lepas cuci, bakar je siput ni atas bara api. Tak perlu letak garam atau sebarang perisa makanan.Sedap sangat...
Yang ini pulak, Gulai ikan haruan dengan rebung. perhhh...tak angkat kepala la masa makan.
Thursday, February 18, 2010
Anak siapa hilang?
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)