Thursday, November 29, 2012

Cencaru Kukus Air Asam


Salam dan Selamat Petang,


Malam ini saya cuma letak menu yang simple dan boleh disediakan dalam masa yang singkat. Selain itu, ia boleh dikategorikan sebagai menu yang agak menyihatkan.

Actually saya dah tak tahu nak masak apa untuk makan malam. Selain ikan, saya ada ayam, ketam, sotong dan kepala ikan mayong. Bosan juga kalau asyik makan kari saja. Semalam dah masak ketam berlada, so malam ini saya decided untuk masak menu yang agak ringan sikit.


Esok petang mesti riuh rendah rumah saya yang selalunya agak sunyi selain bunyi suara dari televisyen. Sebabnya ibu bapa saya, adik lelaki bujang dan adik perempuan saya sekeluarga akan datang ke rumah saya. Petang tadi masa berbual dengan emak saya di telefon, emak saya beritahu yang dia dah siap packed 2 guni durian dan 2 guni buah rambutan. Aduhai..... siapalah yang nak habiskan buah buah tu semua. Nampaknya kena hulur sikit pada jiran. Ermmmm mungkin boleh buat Crepe Durian kot....



Berbalik pada menu kali ini, resepinya agak senang. Apa yang perlu ialah kukus ikan cencaru hingga masak. Kemuadian bancuh campuran belacan, garam, asam jawa hingga sesuai rasa. Tambahkan dengan hirisan cili merah, cili padi, bawang besar dan tomato. Tambahkan daun ketumbar untuk menambahkan aroma air asam. Cukuplah sekadar lauk begini dengan sepinggan nasi putih.



Tuesday, November 27, 2012

Pengat Ubi Kayu



Salam dan Selamat Pagi.

Orang lain sibuk dengan Crepe Durian, saya pula teringin nak makan ubi kayu. Bukan tak teringin nak buat Crepe Durian, tapi asyik bertangguh saja. Suami saya beli durian 2 minggu lepas, masih ada baki satu bekas dalam peti ais tidak diusik.

Bila cuaca mendung dan hujan mulalah terasa macam nak makan ubi kayu rebus cicah kelapa parut atau makan dengan sambal ikan bilis. Aduh rasa kecur air liur bila membayangkan makanan orang dulu dulu ni...


Since ini merupakan makanan zaman dulu dulu, jadi gambar kena tukar ala ala retro style sikit. Masa dulu mungkin senang nak makan ubi kayu rebus sebab kebanyak rumah di kampung ada menanam pokok ubi kayu ini. Maklumlah, selain ubinya yang boleh dimakan, pucuknya pun sedap dibuat sayur masak lemak atau sekadar direbus sebagai ulam. Ermmmm kalau buat pecal letak pucuk ubi kayu juga kan...

Apalah, asyik ingat makanan saja.


PENGAT / SERAWA UBI KAYU

Bahan bahan
3 ketul ubi kayu ( saiz sederhana) - buang kulit, bersihkan dan rebus hingga empuk
2 cawan santan
3 sudu makan gula pasir - tambah jika suka lebih manis
1 ketul gula kabung
1 helai daun pandan - simpulkan
Secubit garam
2 sudu makan sagu biji - rendam terlebih dahulu

Cara cara
1. Masukkan semua bahan kecuali ubi kayu ke dalam periuk. Panaskan dengan api yang perlahan.
2. Sentiasa dikacau supya santan tidak pecah minyak. Biarkan hingga gula hancur dan hampir mendidih.
3. Masukkan ubi kayu yang telah direbus tadi. Biarkan seketika dan kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan.


Sunday, November 25, 2012

Chocolate Mousse With Black Cherries


 Salam dan Selamat petang.....


Maaf kerana agak lama mendiamkan diri. Kesian kawan kawan yang datang tapi asyik nampak menu yang tidak bertukar tukar. Memang seminggu dua kebelakangan ini saya tapi agak sibuk dan badan pun rasa tidak berapa sihat. Rasa letih dan lemah saja. Rasa macam nak tidur tapi terpaksa bertahan kerana ada kerja yang agak banyak dan perlu diselesaikan.

Jadi kebanyakannya saya masak yang simple atau pun beli saja makanan yang sudah siap di masak. Dalam kepala hanya terbayangkan nak balik tidur saja.



Sudah agak lama tak buat dessert kan. Hari ini saya letak satu simple dessert yang boleh disediakan dalam masa yang singkat. Resepi saya jumpa di internet, cuma saya gantikan satu bahan saja. Rasanya agak manis dalam kalau dalam proses diet, rasanya memang tak sesuai untuk diambil. Tapi sesekali apa salahnya kan.



Chocolate Mousse with Black Cherries

Bahan bahan
200 gms dark chocolate
1 sudu makan butter
300 ml thicken cream
Black cherries pie filling secukupnya
Fresh Black Cherries for garnishing

Cara cara
1. Cairkan butter dan dark chocolate menggunakan kaedah double boiler.
2. Putar cream hingga pekat dan kental. Masukkan chocolate dan butter yang telah dicairkan ke dalam cream tadi. Gaul sebati.
3. Sediakan bekas yang sesuai, sudukan black cherries pie filling ke secukupnya. Masukkan cream ke atasnya.
4. Sejukkan sebentar. Letak fresh black cherry untuk hiasan.


Selamat berhujung minggu.



Wednesday, November 14, 2012

Asam Rebus Tempoyak Ikan Salmon


Salam Maal Hijrah....

Esok kita cuti lagi.  Masih memikirkan bagaimana untuk menghabiskan cuti sehari. Mungin duduk di rumah saja atau mungkin keluar sekadar mencuci mata. Kalau rajin boleh juga mencuba resepi yang sudah panjang berjela dalam "List Resepi Yang Perli Dicuba".

Malam ini saya hanya ingin berkongsi menu untuk makan malam, Asam Rebus Tempoyak Kepala Ikan Salmon. Resei Asam Rebus Tempoyak boleh check di senarai sebelah kanan. Kali ini saya gantikan dengan kepala ikan salmon.

So, selamat bercuti buat semua.



Monday, November 12, 2012

Apom Lenggang



Salam dan Selamat Pagi....


Apa khabar kawan kawan semua? Mesti ramai yang ambil cuti sempena cuti Deepavali dan juga Awal Muharram. Pagi tadi jalan lenggang je, itu menandakan ramai penghuni Shah Alam yang bercuti. Oh alangkah seronoknya kalau saya pun boleh bercuti, kalau tidak kemana mana pun, boleh bermalas malasan di depan TV.


Tapi my husband memang tak suka ke mana mana especially dalam musim cuti sekolah. Sesak katanya. Saya selalu cakap, kalau tak mahu sesak, jom kita berpindah duduk dalam hutan.... wink!!!!


Entry kali ini saya masukkan menu Apam Lenggang atau Apom Manis. Rasanya ini menu dari Masyarakat India. Kebiasaannya ia diperbuat daripada tepung beras.

Saya suka makan kuih ini terutamanya kalau balik Perlis. Boleh dikatakan kami selalunya tidak menyediakan sarapan pagi kerana di Perlis masih boleh beli sarapan pagi dengan harga yang agak murah. Even masa arwah my mother in law masih ada pun saya selalunya beli saja sarapan pagi.

Kami selalu membeli sarapan pagi di gerai menjual kuih muih dan pelbagai jenis nasi di belakang Masjid Negeri dan berdekatan dengan Stesen Keretapi Arau. Di gerai ini ada pelbagai jenis kuih muih dengan harga yang agak murah berbanding harga di Shah Alam. Jadi apalagi, main tunjuk sajalah apa kuih yang terasa nak makan. Antara kuih muih yang saya pasti beli ialah Apam Lenggang. Tapi selalunya kalau terlewat, memang tak merasalah.

Rasanya Apam Lenggang yang saya beli dari gerai ini tidak menggunakan tepung beras tetapi tepung gandum kerana ia masih lembut walaupun sudah sejuk.

Actually saya sudah beli Appam Pan untuk buat Apom Lenggang sudah agak lama, tahun 2009 rasanya. Tapi belum pernah sekali pun saya guna. Saya pernah masukkan entry berkenaan Appam Pan di sini.


Appam Pan

Saya ada jumpa beberapa resepi bagaimana untuk membuat Apom Lenggang dari Internet dan juga majalah. Akhirnya saya jumpa resepi dari fotopages Kak Rusnah yang menggunakan tepung gandum. Memang sedap dan sama dengan Apom Lenggang yang saya beli dari gerai dekat stesen keretapi Arau.



APOM LENGGANG

BAHAN BAHAN

A
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir - tambah jika suka manis
1 sudu teh yis
Tapai pulut ( anggaran RM 1) - saya tambah

B
1 cawan santan
1 biji telur
Sedikit garam

Cara cara
1. Campurkan semua bahan A, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam blender, kisar hingga halus. Tuang ke dalam bekas dan biarkan semalaman.
2. Keesokkannya, masukkan semua bahan B, gaul sebati dan biarkan selama 1/2 jam.
3. Panaskan Appam Pan, tuang satu senduk ke dalam kuali. Kemudian lenggangkan dan tutup dengan penutup.
4. Biarkan ia masak sehingga sekeliling apom nampak garing. Angkat dan letak di dalam pinggan. Buat hingga habis.
5. Apom lenggang boleh dihidangkan dengan kuah kari atau di makan begitu saja.

Friday, November 9, 2012

Egg Sandwiches


Salam dan Selamat Pagi...


Ohhhh sudah agak lama saya tidak masukkan entry menu untuk sarapan pagi. Maklumlah, kadang kala tidak berkesempatan dan adakalanya agak " rajin" sangat. Tetapi sebab utama ialah my husband memang jarang ambil sarapan yang berat sebelum pukul 8 pagi. Dia keluar dari rumah pukul 6.30 pagi setiap hari walaupun jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 15-20 minit perjalanan. tetapi biasalah, waktu pagi jalan agak sesak.


Sebenarnya saya rebus telur malam tadi. Saya suka makan telur rebus dengan kicap.....
Since ada balance, saya simpan dalam peti sejuk, jadi pagi tadi merajinkan diri buat sandwich telur untuk sarapan pagi. Buat hanya untuk saya saja selepas menghantar my husband pergi kerja. Hantar sampai depan pintu je......



Ermmmmm nak kena letak resepi ke?

Rasa macam senang je kan. Telur rebus dilenyek, campur dengan mayonaise. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Sayur sayuran bergantung pada apa yang ada atau apa yang kita suka. Then susun ikut kesesuaian.

Senangkan....



Anda sarapan apa hari ini?





Wednesday, November 7, 2012

Non Baked Cheesecake in a jar



Salam dan Selamat pagi......


Alhamdulillah pagi yang cerah, tapi biasanya lepas pukul 2 petang nanti mulalah langit gelap dan hujan pun turun mencurah curah membasahi bumi. Kalau surirumah sempat juga sidai semua kain di waktu begini. Bagi yang bekerja, sidai je lah kain kat tempat yang sama sampai berhari hari. Bila nak pakai, ambil je. Itu sayalah, orang lain saya tak tahu........

Ohhhhhh saya craving for cheesecake quite sometimes. Padahal semua bahan dah ada dalam kabinet kat dapur dan juga dalam peti ais. Silap haribulan dan hampir nak expired. Masalahnya malas sungguh nak buat.


Tapi semalam teringin sangat nak makan cheese cake, mula mula rasa macam nak buat cotton soft cheesecake, tapi macam saya cakap tadi, saya ni malas sungguh. Jadi saya buat non baked cheese cake yang senang sikit. Sila jangan tiru perangai saya..... Isteri dan ibu mesti rajin tau. Kata orang, nak ikat suami, kena ikat perutnya dulu. Tapi itu bergantung pada suami jugalah kan, ada yang dah bagi makan cukup dan sedap pun masih tak boleh ikat juga. Opppppssssss....... terlebih sudah.



Semalam saya buat raspberry sauce untuk digandingkan dengan non baked cheese cake saya tu. Mahal sungguh buah ni kan. Fikir 3,4 kali jugalah nak beli satu packet. Tapi hari tu saya pejam mata sekejap masa nak beli 1 packet buah raspberry.

Raspberry Sauce

1 packet raspberry
2 sudu makan gula pasir
1 sudu kecil jus lemon
1/4 cawan air

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Panaskan hingga gula cair sambil lenyekkan buah raspberry dengan garfu.
2. Masak hingga sos agak pekat. Matikan api dan biarkan ia sejuk sebelum disimpan.



Non Baked Cheese Cake
( Resepi ini menghasilkan 2 jar yang bersaiz 1 pint seperti di dalam gambar )

Bahan bahan filling

250 gms cream cheese
1/2 cawan gula kastor
4 sudu makan Greek Yogurt
2 sudu makan thick cream
1 sudu teh vanilla extract

Bahan untuk base
16 pcs biskut marie - saya guna yang berperasa coffee
2 sudu makan butter

Cara cara
1. Kisar biskut marie hingga halus. Campurkan butter. Menggunakan jari gaul butter dan biskut marie. Masukkan ke dalam jar, tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti ais.
2. Campurkan semua bahan filling di dalam mangkuk. Dengan menggunakan electric hand mixer, putar bahan hingga kembang dan kental.
3. Sudukan bahan cheese filling ke dalam jar, sejukkan lebih kurang 4-5 jam.
4. Tuang raspberry sauce semasa menikmati cheese cake.



Monday, November 5, 2012

Asam Pedas Ikan Mayong dengan Daun Asam Kampung



Salam dan Selamat Pagi,

Masa saya singgah di blog Wendy, Table for 2, saya noticed yang dia menjadi host untuk MFF bagi bulan November untuk negeri Kedah/Perlis. MFF ialah Malaysian Food Fest dimana seorang blogger akan menjadi host untuk setiap negeri di Malaysia. Blogger boleh menyediakan hidangan yang sinonim dengan negeri negeri yang terpilih utnuk setiap bulan.

 Kebetulan suami saya berasal dari Kedah di sebelah bapanya dan Perlis disebelah ibunya. Jadi saya beritahu suami saya yang saya teringin nak join MFF ni tapi saya tidak berapa pasti apa makanan yang begitu sinonim dengan Perlis dan Kedah yang agak jarang orang memasaknya. So my husband suggest saya untuk meghubungi keluarga di Perlis.

Ada beberapa masakan yang telah diberitahu kepada saya secara kasarnya. Tetapi ada satu bahan yang diberitahu kepada saya tetapi saya belum pernah merasanya walaupun saya sudah berkahwin dengan suami saya selama 17 tahun. Bahan itu ialah Daun Asam kampung atau Asam Paya atau Asam Kumbang.


Inilah daun asam kampung yang bentuk buahnya seakan akan buah rozel. Pada mulanya saya sangkakan kedua dua pokok ini ada sama tetapi rupa rupanya bukan. Ada sedikit kelainan dari segi bentuk daun Asam Paya dengan Daun Rozel.

Saya memang ada nampak emak sauda suami saya tanam pokok asam paya ni di halaman rumahnya di Kedah. Bila tanya nak buat apa dengan pokok ini, dia jawab nak buat masak asam pedas. Rasanya mereka selalu gunakan ikan sawah seperti ikan puyu atau ikan keli untuk buat asam pedas dengan daun asam kampung ini. Tetapi memandangkan saya sudah ada seketul kepala ikan mayong, jadi saya gunakan ikan mayong instead of ikan sungai/sawah.


ASAM PEDAS IKAN MAYONG DENGAN DAUN ASAM KAMPUNG
Sumber: My husband's family.

Bahan bahan
1 ketul kepala ikan mayong/ikan duri
1 batang bunga kantan
1 tangkai daun kesum
1 ikan daun asam kumbang/paya
10 biji cili kering *
6 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci kunyit hidup *
Belacan sebesar ibu jari *
1 sudu makan beras - dicuci dan toskan *
1 @ 2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Air - anggaran 800 ml

Cara cara.
1. Kisar bahan bertanda * hingga hancur. Masukkan kedalam periuk bersama sama dengan air, kepala ikan mayong. Didihkan.
2. Bila sudah mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan, daun asam kampung dan asam keping. Masak sehingga ia mendidih sekali lagi.
3. Perasakan dengan garam, jika suka lebih masam masukkan sekeping lagi asam keping.
4. Setelah semua cukup rasa, matikan api. Sedia dinikmati dengan nasi putih hangat, ikan kering yang digoreng garing dan juga sambal belacan.


Perhatian ****

Asam pedas ini tidak DITUMIS dengan minyak dan kelainannya kerana ia memasukkan sedikit beras di dalam masakan ini.

" I am submitting this post to Malaysian Food Fest Kedah/Perlis hosted by WendyinKK of Table for 2."


Sunday, November 4, 2012

Mee Goreng Berkuah


Salam dan Selamat Petang,

Cuaca di Shah Alam hari ini agak lembab. Jadi orang yang ada di dalam rumah juga turut "selembab" cuaca di luar. Pagi pagi lagi my husband ajak saya bersarapan di luar dan terus ke pasar mencari bahan basah untuk stock 2,3 hari.

Mula mula plan nak masak nasi dan lauk sejenis dua tapi tiba tiba my husband tukar plan dan minta saya cuma masakkannya mee goreng untuk makan tengahari. So sementara my husband keluar siapkan kerjanya, saya sediakan dulu cili jeruk untuk dimakan bersama sama dengan mee goreng nanti.

CILI HIJAU JERUK

10 biji jili hijau
1 sudu garam kasar
3/4 cawan cuka makan
3 cawan air panas mendidih
2 sudu makan gula pasir

Cara cara
1. Hiris cili hijau, cuci dengan air bersih. Masukkan garam di dalam bekas dan tuang 2 cawan air panas mendidih. kacau hingga garam larut.
2. Rendam cili hijau tadi di dalam larutan garam lebih kurang 3-5 minit. Toskan.
3. Masukkan cili hijau tadi ke dalam bekas yang sesuai. Campurkan gula, cuka dan air panas mendidih.Tuangkan ke dalam bekas yang  berisi cili hijau tadi.
4. Boleh dimakan dengan mee, bihun dan sebagainya.


Sejak kebelakangan ini, my husband suka makan mee goreng yang sedikit berkuah. Seakan akan mee kuah. Selalunya dia prefer daging lembu berbanding ayam, tetapi saya cuma ada stok ayam saja, jadi hari ini saya gunakan ayam, udang dan sotong.


Layan gambar dulu ye......

Bahan bahan

1/2 packet mee kuning - celur dengan air panas dan toskan
Sayur sawi
Tauge
Udang - Saya guna 4 ekor bersaiz XL
Sotong - Saya guna 4 ekor bersaiz sederhana
100 gms daging ayam / lembu - potong kecil
1 biji tomato - belah 6
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap jenama ABC
Kicap masin secukupnya
Air Panas 2 cawan
Garam jika perlu
Minyak untuk menumis

Cara cara
1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga lumat. Panaskan minyak, tumis bawang yang telah ditumbuk dan cili kisar hingga naik bau.
2. Masukkan daging ayam/lembu, kacau dan biarkan sebentar hingga daging masak. Kemudian masukkan hirisan sotong dan udang. Biarkan ia sebentar.
3. Masukkan air panas, kicap ABC, kicap masin dan sos cili. Kemudian masukkan mee. Gaul sekata.
4. Perasakan dengan garam jika perlu. Kemudian masukkan sayur sawi dan tauge. Kacau sebati dan biarkan hingga kuah mendidih.
5. Akhir sekali masukkan buah tomato, biarkan anggaran 2 minit dan bolehlah diangkat.

Friday, November 2, 2012

Pandan Flavoured Tau Fu Fa



Salam dan Selamat Pagi.....


Sedar tak sedar sudah sampai ke hujung minggu, rasa macam baru je cuti hari raya Aidil Adha. Agak agaknya ada tak orang buat open house sempena hari raya Aidil Adha? Tapi yang pasti, ramai ibu bapa yang berdebar debar sebab ada anak anak yang akan menghadapi peperiksaan SPM tidak berapa lama lagi kan. Mungkin yang gembira sebab ada ahli keluarga yang akan pulang dari Mekah tidak lama lagi.

Tapi yang pasti, ramai anak anak yang tidak sabar untuk bercuti panjang......

Hari ini saya masukkan entri berkenaan Air Soya dan Pandan Flavoured Tau Fu Fa.

Air Soya

Bahan bahan

500 gm kacang soya - rendam semalaman atau 5 jam
3.5 liter air
1 helai daun pandan
Kain Muslin

Cara cara
1. Kisar kacang soya bersama sama air. Perah menggunakan kain muslin.
2. Masukkan air kacang soya dan simpulan daun pandan ke dalam periuk. Masak air kacang soya hingga mendidih.
3. Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas.




Tau Fu Fa, rasanya diperkenalkan oleh kaum cina. Kalau tidak salah, mereka memanggilnya Tau Huay. Kalau dulu mungkin hanya peniaga cina yang menjualnya tapi sekarang sudah ramai orang melayu yang mengusahakan perniagaan ini. Tau Fu Fa yang dijual oleh peniaga cina biasanya disajikan dengan air gula yang ada rasa halia. 

Tau Fu Fah boleh dinikmati dengan air gula putih ataupun air gula merah. Dan saya personally lebih menggemari Tau Fu Fah bersama sama gula merah.


Pandan Flavoured Tau Fu Fah

Bahan bahan

1 liter air soya
1 sudu makan GDL - agent untuk membekukan air soya menjadi tau fu fah
2 sudu makan tepung jagung
1/4 cawan air kisaran daun pandan

Cara cara
1. Campurkan GDL, tepung jagung dan air pandan, gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas untuk membuat tau fu fa. ( Bekas plastic pun boleh )
2. Masak air soya hingga betul betul mendidih.
3. Tuangkan air saya tadi ke dalam bekas yang mengandungi campuran GDL tadi. Seelok eloknya letak bekas tadi di atas lantai, tuang air soya agak tinggi supaya campuran GDL dan air soya betul betul bercampur. JANGAN KACAU.
4. Biarkan ia sejuk dan bolehlah dihidangkan dengan air gula.

Thursday, November 1, 2012

Cheesy Baked Meatballs and Mashed Potatoes



Salam dan Selamat Sejahtera,

Sudah agak lama juga tak masak western food di rumah. Sesekali ada juga "melawat" Mc D atau KFC. Dah lama saya nampak kawan FB yang selalu buat Cheesy Baked Meatballs. Selalunya ada tempahan dari rakan sekerja atau rakan rakan suaminya.

So suatu hari dengan rasa tak berapa malunya, saya berkias boleh tak share resepi Cheesy Baked Meatballs tu dengan saya. Bukan apa, kadang kala dan sesetengah orang kurang selesa berkongsi resepi terutama kalau mereka buat untuk jualan. Tetapi dengan pantas, kawan ini memberikan resepi walaupun bukan dalam exact measurement.


So seperti biasa, kita akan adjust ikut kesesuaian. Bak kata orang, ikut tekak masing masing.


Sebab agak terleka menonton drama Korea, hangit Cheesy Baked Meatballs tu.


Saya tidak pula bertanya pada kawan saya tu, dia makan Cheesy Baked Meatballs ni dengan apa. Tapi saya dengan sukahati buat mashed potatoes untuk digandingkan dengan meatballs.

Mashed Potatoes

3 biji kentang Russet
1 sudu makan daun parsley - dicincang halus
1 sudu makan butter
Sedikit susu segar - anggaran 1/4 cawan
Sedikit garam

Cara-cara
1. Kupas kentang, potong kepada saiz sesuai, rebus dengan sedikit garam hingga empuk.  Toskan.
2. Masukkan ke dalam mangkuk bersama sama dengan butter dan daun parsley. Lenyek sambil masukkan sedikit demi sedikit susu segar hingga menjadi mashed potatoes yang sesuai.


CHEESY BAKED MEATBALLS

Bahan bahan
10 biji meatballs - ready made
1 sudu makan cili kisar
1 tin tomato sauce - anggaran 300 gms ( saya guna Prego Original )
4 kuntum Swiss Brown Mushroom - hiris kecil
2 ulas bawang besar - dicincang kecil
Garam dan gula jika perlu
Minyak untuk menumis
1/4 cawan air
Keju Mozzarella - untuk taburan

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan cili kisar hingga naik bau. Masukkan tomato sauce dan air.
2. Biarkan hingga sauce mendidih, masukkan cendawan dan meatballs. Kacau hingga sebati dan biarkan sebentar.
3. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Biarkan anggaran 5 minit, matikan api dan biarkan ia sejuk sebentar.
4. Panaskan oven, tuangkan sauce dan meatballs ke dalam bekas tahan panas, taburkan dengan Mozzarella Cheese ke atasnya.
5. Bakar sebentar hingga cheese cair. Boleh dimakan begitu saja ata hidangkan bersama sama dengan mashed potatoes.