Showing posts with label Ice Cream. Show all posts
Showing posts with label Ice Cream. Show all posts

Monday, April 14, 2014

Matcha @ Green Tea Ice Cream


Assalammualaikum dah Salam Sejahtera...

Apa khabar semua? Harap semuanya dalam keaadan yang paling terbaik. Tuan rumah kurang sihat sebenarnya. Tetapi kalau terlalu manjakan badan nanti lagi bertambah melarat. Maklumlah kalau asyik nak terbaring saja kan...

 By the way.... sila jangan muntah hijau kalau tuan rumah asyik update resepi yang berwarna hijau saja kebelakangan ni. Harap harap tuan rumah tidak bertukar menjadi HULK pula ya...




Paha hari sabtu lepas saya menghadiri perjumpaan ex staff tempat kerja lama. Ada yang hampir 11 tahun tidak pernah bertemu walaupun tinggal dalam negeri yang sama. Biasalah bila masing masing sudah bertukar kerja, mempunyai keluarga dan umur yang makin meningkat, jadi kesempatan untuk bertemu itu mungkin agak sukar.

Tetapi Alhamdulillah setelah beberapa bulan berusaha, kami berjaya berkumpul di Sunway Pyramid Tower Hotel. Mungkin buat permulaan hanya berjaya mengumpulkan seramai 35 orang. Bila agak lama tidak berjumpa mulalah berbual sampai tak ingat diri, maklumlah nak catch up cerita yang bertahun tahun tu. Semua orang gembira, walaupun makanan boleh dikatakan agak mewah, lebih excited nak berbual dan bergambar dari menikmati juadah yang disediakan.

Bila sudah hampir nak balik baru perasan ada Green Tea Ice Cream, tanpa melepaskan peluang terus ambil 3 scoops. Leka menikmati kesedapan green tea ice cream, tanpa mempedulikan mereka mereka yang sibuk bergambar....

So semalam, saya google cari resepi Matcha Ice Cream dan saya jumpa resepi yang senang dari Justonecookbook.

Bahan bahan
2 cawan half and half
1/3 cawan gula
Secubit garam
2 sudu makan serbuk green tea

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, panaskan hingga hampir mendidih dan semua bahan larut.
2. Tapiskan ke dalam bekas yang di letakkan di atas ketulan ais (ice bath) dan biarkan ia sejuk sebentar. Kemudian masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 2 jam.
3.Keluarkan ice cream maker yang telah disejukkan di dalam freezer, ikut arahan ice maker anda.
4. Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejuk bekukan. Sedia dinikmati.



Monday, April 7, 2014

Blueberry Cheese Ice Cream





Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Happy Monday Morning guys..... 
Hari ini kita jamu selera dengan homemade ice cream pula ya. Agak lama juga tak buat ice cream di rumah, kali ini saya buat ice cream tanpa menggunakan ice cream maker. Senang dan simple.

Memandangkan stok frozen bluberries saya masih banyak, so akan keluar beberapa menu berasaskan blueberry dalam My Small Kitchen.




Seperti biasa, resepi saya google dari internet. Walaupun digalakkan pemakanan yang sihat, sesekali terasa juga hendak menikmati keenakan ice cream dan cheese. Sudah lama teringin nak makan cheese cake tetapi agak malas nak membuatnya. So apa kata kita menikmati keenakan ice cream yang di tambah cheese di dalamnya...




Bahan bahan

100 gms frozen/fresh blueberries
100 gms gula pasir
10 ml jus lemon

100 gms gula pasir
5 biji telur kuning
500 gms cheese
300 ml susu segar

Cara caranya
1. Di dalam periuk kecil, masak blueberries, gula pasir dan jus lemon hingga menjadi pekat. Ketepikan.
2.Di dalam bekas yang lain, whisk gula pasir dan kuning telur hingga bertukar menjadi frothy/pale dan pekat.
3.Panaskan susu dan cheese di dalam periuk lain hingga suhu mendidih dan cheese cair.
4. Perlahan lahan tuang adunan cheese ke dalam mangkuk yang berisi adunan kuning telur dan kacau hingga sebati dan biarkan ia sejuk sebentar.
5.Kemudian masukkan blueberries yang telah dimasak bersama gula ke dalam adunan cheese dan telur. Kacau sebati.
6. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan semalam.




Thursday, July 4, 2013

Raspberry Ice Pops


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Aduhaiiiiii panasnya sejak 2,3 hari ni. Panas membahang, kalau terpaksa memandu dalam cuaca ni mesti bila balik rasa kepala bagai nak pecah.

Apalagi mulalah nak meneguk air saja sampai dah tak ada selera nak makan.

Actually saya buat raspberry ice pops ni dah beberapa hari tapi agak sibuk sikit kebelakangan ni tak sempat nak upload dalam blog.

Bayangkan betapa panasnya cuaca, sampai nak cair ice cream saya sementara nak siap di photo shoot.





Memandangkan masih ada berbaki frozen raspberry yang saya beli tempohari, sekarang ialah proses nak menghabiskan sebelum bulan ramadhan.

Saya cuma gunakan 3 bahan saya untuk membuat ice pops ni.  Saya akan update resepinya kemudian.



Thursday, June 13, 2013

Raspberry & Yogurt Popsicle


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

"Pengembaraan bersama Raspberry" sudah bermula... Mula mula kita layan Raspberry & Yogurt Popsicle. Antara resepi yang paling senang mudah, cuma masa nak bekukan saja yang lama. Biasalah, akak kan suka resepi yang mudah dan tak pening pening kepala. Maklumlah banyak masalah negara yang nak kena fikir...... ( terasa diri macam PM pulak...)



Raspberry & Yogurt Popsicle ni sesuai kalau anda penggemar yogurt dan rasa masam masam gitu. Kalau anda penggemar gula yang tegar, confirm anda memang tak akan sukakannya. Tapi kalau gula yang banyak pun tak bagus kan....

Semenjak jadi blogger ni, kalau ke mana mana pun mata mesti meliar mencari apa yang boleh dibuat props untuk food photography. Tak kisahlah benda tu yang percuma atau yang mampu milik. Kalau dulu saya saja yang teruja kalau dapat masuk dalam kedai peralatan dapur, tapi sekarang dah berjangkit pada my other half. Last weekend masa masuk kedai AINO LIVING, dia yang excited pilih beberapa items termasuk pinggan yang saya gunakan ini. Akak ok je.... sebab dia yang bayar.




Raspberry & Yogurt Popsicle

Bahan bahan
2 cawan minuman Plain Yogurt ( yang sedia diminum )
2 sudu makan madu
1/2 cawan raspberry
Popsicle mould

Cara cara
1. Campurkan madu bersama sama dengan minuman yogurt.
2. Sudukan buah raspberry ke dalam Popsicle mould, kemudian tuangkan campuran madu dan minuman yogurt tadi.
3. Bekukan sekurang kurangnya 6 jam.
4. Untuk mengeluarkan Popsicle dari acuan, lalukan acuan di bawah air pili lebih kurang 20-30 saat atau sehingga boleh dikeluarkan.


Thursday, February 7, 2013

Strawberry Frozen Yogurt


Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Alahai, awal pagi dah tayang something yang sejuk kan. Tak apa, sejukkan mata sikit.

Actually tiada plan nak buat Strawberry frozen yogurt pun tapi sebab masa cari barang lain tetapi terjumpa barang lain. Masa saya mengemas peti ais, saya tergerak nak kemaskan bahagian frozen yang saya cuma letakkan barang barang yang jarang saya guna, entah bagaimana perasan satu bungkusan plastik yang dah keras. Bila buka baru tahu yang itu ialah strawberries yang saya bekukan beberapa ketika dulu.


Memang strawberries tu semua dah keras, so terfikir nak buang atau nak buat something else. Jadi yang paling senang tentulah buat ala ala ice cream.

Saya pernah buat dulu, tapi kali ini saya tidak gunakan madu tetapi gula pasir. Rasanya lebih manis dan sedap. Seperti biasa, saya gunakan Greek Yogurt dalam resepi ini.


STRAWBERRIES FROZEN YOGURT

Bahan bahannya

3 cawan frozen strawberries
3/4 cawan gula pasir
1 sudu teh perahan lemon
1 cawan Greek Yogurt
Secubit garam
1/2 cawan susu segar ( resepi asal guna cream )

Cara cara
1. Masukkan semua bahan dalam pengisar ais, kisar hingga halus.
2. Masukkan kedalam bekas tin, sejukkan di dalam tempat sejuk lebih kurang 2 jam atau sehingga keras.
3. Sedia untuk dinikmati.


Thursday, May 13, 2010

Mango Gelato


Hari ini saya sibuk sikit, tak sempat nak melompat dari blog ke blog. Ada yang saya singgah tapi tak sempat nak tinggal jejak pun.

Entry kali ini ialah Mango Gelato, ala ala ice cream tapi tiada susu atau cream. Basic ingredient hanyalah buah dan yogurt. Menu sihat la kiranya ni.

Bahan bahan

400 gm isi buah mangga
200 gm greek yogurt
3 sudu makan madu

Cara cara

1. Potong isi mangga dalam bentuk kiub dan bekukan di dalam freezer.
2. Isikan yogurt di dalam beg palstik dan nipiskan. Bekukan di dalam freezer.
3. Keluarkan dari freezer, masukkan semua bahan ke dalam food processor, kisar hingga halus. masukkan ke dalam bekas dan bekukan lebih kurang 20-25 minit.
4. Keluarkan dan bolehlah di nikmati seperti aiskrim.