Thursday, June 30, 2011
Tuesday, June 28, 2011
Bangkok Taufu
Bangkok Tauhu....
Tak pasti kenapa dipanggil "Bangkok Taufu"
Bahan bahan
100 gms minced meat
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1 roll egg tofu
1 sudu kecil cili kisar
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
2 kuntum shiitake mushroom
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang untuk hiasan
Cara cara
1. Potong egg tofu kepada saiz 1 1/2 inci. Gaulkan dengan teoung jagung. Goreng dan toskan.
2. Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan halia. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan daging kisar (minced meat), kacau hingga warna daging bertukar. Masukkan sos cili,sos tomato, sos tiram dan kicap manis. gaul rata.
4. Masukkan cendawan shiitake dan sedikit air. Biarkan hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
5. Bancuhkan sedikit tepung jagung dengan air, tuang kedalam kuali untuk memekatkan kuah. Setelah masak, tuangkan kuah ke atas egg tofu yang telah digoreng tadi. Hias dengan daun bawang.
Masala Crab
Hari ini lambat sikit bersiaran....
Antara seafood yang selalu ada dalam pantri saya ialah ketam. Setiap kali ke pasar mesti cari ketam, sebab nanti bila sampai rumah mesti my husband tanya, beli ketam tak? Kadang kala sampai tak tahu nak masak apa, boring la pulak kalau asyik asyik kari, rebus, sambal atau goreng kunyit je. Dah 2,3 hari saya asyik mencari resepi nak masak ketam.
Kebetulan semalam saya teringat yang saya pernah beli rempah Garam Masala. Masa beli tu tak tau nak masak apa pun. Beli dulu kemudian baru cari idea macam mana nak buat. So masa surf internet, keluar la satu menu yang dipanggil Masala Crab. Tengok bahan pun tak banyak dan tak susah sangat, so I just give it try. Boleh tahan la, maklumlah pertama kali masak. Lagipun masih ada rasa rempah so my husband takdelah complain apa apa.
Bahan bahan
2 ekor ketam - siang, cuci dan toskan.
1 biji cili hijau
1 inci halia
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
1 biji buah tomato
1 labu bawang besar
1 sudu makan rempah Garam Masala
Sedikit jus asam jawa
Garam
Air secukupnya
Cara cara
1. Tomato, bawang besar dan cili hijau dihiris nipis. Tumbuk halus halia. bawang putih dan bawang merah.
2. Panaskan minyak, tumis tomato,bawang besar dan cili hijau hingga layu. Masukkan bahan yang telah ditumbuk, rempah Garam Masala dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan sehingga rempah masak.
3. Masukkan ketam, 1 cawan air, daun kari dan jus asam jawa. Gaul sebati dan biarkan hingga mendidih.
4. Perasakan dengan garam dan gula jika suka. Kalau suka kuahnya sedikit cair, boleh tambahkan sedikit lagi air.
5. Setelah masak, bolehlah tutup api.
Monday, June 27, 2011
Sup Cendawan Tiram
Selain Sambal Bali Ayam, saya buat juga sup cendawan tiram dan juga Terubuk bakar.
Saya pernah makan sup cendawan tiram ni di satu restaurant dan yang paling saya ingat ialah dia letakkan daun limau purut dalam sup tu. Mula mula rasam cam pelek je sebab tak pernah masak sup letak daun limau purut. Tapi bila dah makan rasanya sedap la pulak.
Bahan bahan
1 packet cendawan tiram
1 helai daun limau purut
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Sedikit garam
5 cawan air - anggaran
Sedikit daun sup untuk hiasan
Cara cara
1. Cendawan tiram di siat kepada sais yang sesuai
2. Mayang bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan mayang hingga wangi.
3. Masukkan air dan cendawan tiram. Kemudian masukkan serbuk pati ayam, garam dan daun limau purut.
4. Biarkan hingga mendidih. Tutup api, taburkan daun sup semasa menghidang.
Ayam Sambal Bali
Selamat pagi....
Baru berkesempatan nak upload entry menu semalam. Dari semalam sampai hari ni kepala masih berdenyut denyut je, entah silap makan ke apa pun tak tau. Rasanya sebab makan buah durian dan petai agaknya.
Hari sabtu petang, my husband ajak ke pasar malam. Mula mula my husband request nak makan mee kari untuk dinner malam sabtu tapi cancel bila dia nampak ada penjual lauk pauk yang dia berkenan. Masa tu saya beli ikan bilis goreng dengan petai. Then nampak org jual buah durian, my husband beli sebiji. Penjual tu tanya, sebiji saja ke? My husband cakap, ya sebiji cukuplah. Agaknya penjual tu terfikir, cukup ke makan sebiji saja...
Semenjak dua menjak ni saya agak sensitif sikit dengan petai, kadang kala teringin sangat nak makan. Bila makan je mulalah angin dan kepala berdenyut denyut, tambahan makan durian pulak tu. Durian yang sebiji tu, makan malam sabtu separuh dan sambung makan hari ahad. Lepas tu siap berlawan, abg habiskan lah... you lah tolong habiskan. Akhirnya saya yang kena habiskan. Masa muda muda dulu setakat 2,3 biji sekali harung je. Sekarang dah tak boleh.....
Dah lama tak masak sambal ayam. Semalam masa belek majalah ternampak satu resepi yang namanya Sambal Bali Ayam. Tengok simple je so saya terus mencuba. Not bad, macam sambal ayam lain cuma ada tambahan kicap manis.
Saturday, June 25, 2011
Asam Pedas Daging Tetel Nor Kasih
Selamat berhujung minggu....
Oh ya, nama Asam Pedas Daging Tetel Nor Kasih ni takde kena mengena langsung dengan tajuk drama Nur Kasih kat TV tu ye. Sebenarnya saya dapat resepi asam pedas ni dari seorang kawan masa sama sama kerja dulu. Kebetulan nama FB dia Nor Kasih, so saya pun sajalah letak nama dia.
Beberapa kawan kawan lama tu selalu juga bercerita yang mereka pernah makan asam pedas daging tetel yang dimasak oleh kawan ni. So saya pun teringin juga hendak mencuba dan merasanya. Dia cuma beritahu apa yang perlu ada dan saya adjust kuantiti mengikut kesesuaian. Biasalah kan, kalau memasak ni agak susah sikit nak bagi exact quantity setiap bahan yang digunakan, tak sama dengan membaking sebab setiap bahan perlu diukur mengikut kuantiti yang telah ditetapkan.
Bahan bahan
500 gms daging tetel - direbus hingga empuk ( saya gunakan PC )
2 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
2 sudu makan cili kering kisar
Sedikit belacan
1 sudu makan paste asam jawa
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kuntum bunga kantan
Daun kesum
Daun limau purut
Garam dan gula
Air secukupnya ( gunakan air rebusan daging tetel )
Minyak untuk menumis
Cara cara
1. Kisar bawang merah, bawang besar, serai, kunyit dan halia. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kering kisar dan sedikit air rebusan. Biarkan hingga rempah masak. Masukkan belacan, paste asam jawa dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.
3. Masukkan daging tetel yang telah direbus bersama sama air rebusannya. Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan daun limau pururt, daun kesum dan bunga kantan. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Renehkan ia seketika dengan api perlahan supaya semua bahan mesra dan bolehlah ditutup api. Sedia dihidangkan.
Friday, June 24, 2011
Apam Keledek Jepun
Salam di hari Jumaat....
Semalam mood datang untuk buat apam. Nampak chik mimi buat apam labu, memang teringin nak buat tapi selalu tak jadi, ada kalanya apam tu bantat dan keras kejung je jadinya. Rasa cam phobia gitu....
Thanks to Kak Nor Secubit Garam, sebab bagi tips bagaimana nak menjadikan apam tu naik, lembut dan gebu gitu.
Alhamdulillah, menjadi apam ni dan memang lembut dan gebu, Tapi gambar hari ni malap semacam je, macam cuaca kat luar tu. Agaknya nak hujan kot. ( Cakap je la tak gheti ambik gambo, nak salahkan cuaca la pulak....)
Seperti biasa, saya suka sangat menderhaka kat resepi orang. Bukan apa, takde labu atau kentang kat rumah. Yang ada cuma keledek Jepun yang saya beli hari ahad lepas kat Jusco. Sajalah testing gunakan keledek, ok apa. Sedap dan lemak berkrim lagi. Oh lagi satu, saya derhaka lagi, patutnya guna santan tapi saya pandai pandai guna susu segar. Nasib baik menjadi, kalau bantat juga, jangan salahkan resepi ye.. Saya update resepi yang telah saya modified.
Bahan bahan
200 ml air
3/4 cawan gula
1 helai daun pandan
2 cawan tepung beras
1 cawan keledek jepun yang sudah direbus
3/4 cawan tepung gandum
sedikit garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
250 susu segar
Cara cara
1. Masak air, gula dan daun pandan hingga gula larut dan ketepikan.
2.Kisar keledek bersama sama dengan sus segar. ketepikan.
3. Di dalam bekas lain,campurkan tepung gandum, tepung beras, garam, yis,baking powder dan garam.
4. Tuangkan air gula, campuran susu dan keledek, gaul rata. Masukkan semula dalam blender dan kisar halus. Peramkan selama 1 jam atau lebih.
5. Panaskan kukusan, tuang adunan ke dalam bekas yg telah disapu sedkit minyak masak, biarkan adunan di dalam bekas beberapa minit sebelum dimasukkan ke dalam kukusan.
6. Kukus sehingga masak, sejukkan dan hidangkan bersama kelapa parut yang dicampurkan dengan garam jika suka.
Thursday, June 23, 2011
Avocado Mousse with Choc Sause
Minggu ni saya banyak buat entry dessert, sebabnya untuk dinner selalu masak menu ulangan saja. Nanti orang jemu pulak asyik tengok menu yang sama je berulang kali. Tapi memandangkan menu itu yang paling disukai kena jugalah masak.
Hari ni pun saya letak dessert lagi, hari tu saya ke Giant nak cari buah Avocado murah, tapi harganya RM2.49 sebiji, beberapa hari kemudian turun kepada RM1.99 sebiji. Adusss.... tapi dah beli nak buat macam mana kan.
Di tempat lain buah ni masih agak mahal, anggaran RM4.90 sebiji. Kalau tak "mengidam" kena fikir dulu baru boleh beli.
Bahan bahan
200 ml susu cair
100 gms gula pasir
20 gms tepung jagung
2 biji kuning telur
10 gms gelatin - rendam dalam air sejuk dari peti ais
250 gms isi avocado
200 gms kirm - pukul kembang ( saya tak letak )
Sos coklat ( ready made )
Cara cara
1. Panaskan susu dengan gula hingga hampir mendidih. Masukkan larutan tepung jagung, masak hingga ternampak letusan kecil. Tutup api.
2. Masukkan kuning telur, kacau cepat, hidupkan api semula dan masak sebentar sambil masukkan gelatin. Kacau hingga larut dan sebati.
3. Masukkan isi avocado yang telah dikisar dan kacau rata. Tutup api dan tuang ke dalam bekas sesuai dan sejukkan.
4. Tuang sos coklat semasa menghidang, hiaskan dengan pistachio nut.
Wednesday, June 22, 2011
Popia Pisang bersama Sos Vanilla
Selamat pagi Malaysia...
Menu popia pisang gara gara nak menghabiskan baki kulit popia. Lama lama nanti keras kejung pulak kulit popia dalam peti ais.
Kali ni kita pelbagaikan sikit, dulu saya pernah buat tapi saya letak choc sauce, tapi untuk kali ini saya buat simple vanilla sauce to go with this lovely popia pisang.
Bahan bahan
Kulit Popia
Pisang
Untuk Vanilla Sauce
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla extract
2 sudu makan butter
1/2 sudu makan tepung jagung
Sedikit garam
Cara cara
1. Letakkan sebiji pisang di atas kulit popia, gulung dan goreng hingga kekuningan. Toskan.
2. Masukkan semua bahan untuk vanilla sauce ke dalam periuk. Dengan menggunakan api sederhana, kacau perlahan lahan hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.
3. Hidangkan popia pisang bersama sama dengan vanilla sauce.
*** Vanilla sauce ini juga sesuai untuk sebarang dessert lain seperti bread pudding.
Kulit Popia
Pisang
Untuk Vanilla Sauce
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla extract
2 sudu makan butter
1/2 sudu makan tepung jagung
Sedikit garam
Cara cara
1. Letakkan sebiji pisang di atas kulit popia, gulung dan goreng hingga kekuningan. Toskan.
2. Masukkan semua bahan untuk vanilla sauce ke dalam periuk. Dengan menggunakan api sederhana, kacau perlahan lahan hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.
3. Hidangkan popia pisang bersama sama dengan vanilla sauce.
*** Vanilla sauce ini juga sesuai untuk sebarang dessert lain seperti bread pudding.
Tuesday, June 21, 2011
Lempeng Telur Sambal Cumi
Sarapan apa ya hari ini?
Hari ini mood rajin tak berapa nak ada, even semalam pun masak simple saja untuk dinner. Saya ada beli sotong kecil atau saya gelarkan ia cumi, memang kecil, mungkin jenis atau mungkin ia anak anak sotong. Agak leceh masa nak siang, tapi kami suka masak sambal tumis. Kurang sikit liatnya kalau dibandingkan sotong besar kalau dibuat sambal. Tetapi bergantung pada selera masing masing la kan.
Jadi pagi tadi saya cuma buat lempeng telur dan cicah dengan lebihan sambal cumi malam tadi. Then minum susu kambing.....
Bahan bahan
130 gms tepung gandum
375 ml air
1 biji telur
1 sudu makan minyak masak
Beberapa titik pewarna kuning
Sedikit garam
Cara - cara
1. Campur semua bahan ke dalam mangkuk, gaulkan hingga sebati. Tuang ke dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Panaskan kuali non stick dengan api kecil, ambil sesenduk bancuhan dan tuang rata menjadi kepingan dadar yang nipis.
3. Biarkan ia masak sehingga sedikit keperangan. Angkat dan lipat ikut kreativiti masing masing.
4. Sedia untuk dinikmati dengan sambal cumi.
Monday, June 20, 2011
Haemul Pajeon í•´ë¬¼íŒŒì „
Haemul Pajeon @ Seafood & Scallion Pancakes
Saja saja nak testing, apa rasanya.
Lebih kurang macam rasa cucur udang kita kot, cuma a bit healthier coz less oil.
Semalam kan saya ke pasar tani, tambahan pergi seorang diri, jadi senang sikit nak ke hulu ke hilir, membelek itu dan ini. Ada satu gerai saya saya mesti singgah setiap kali ke pasar tani Stadium Shah Alam. Rasanya mereka dari Sungai Besar sebab selalu ada seafood yang jarang ada kat gerai lain seperti Bamboo Lala, Kepah, Kijing, Oyster, Remis, Mentarang dan ada beberapa species lain lagi. Rambang mata la sekejap.
Mula mula saya nampak Bamboo Lala, rasa rasa macam nak beli je, lepas tu ternampak isi tiram pulak. Masa tu tak terfikir nak buat apa lagi, terus ambik satu packet. Masa nak bayar, baru perasan Jalil Hamid dan family dia kat sebelah, pun sedang membelek isi tiram tu.
So, untuk menu pertama yang gunakan isi tiram ni, saya buat Korean Pancakes.
Resepi kemudian ya, nak keluar ke Puchong dulu.
Puding Soya Gula Melaka
Salam,
Mari kita jamu mata dengan Puding Soya Gula Melaka. Saya memang suka buat dessert especially dalam bekas yang comel. Bak kata orang, jamu mata dulu sebelum menjamu tekak. Memandangkan semalam saya memasak 3 main dishes so saya cuma buat dessert yang simple dan tak ambil banyak masa.
Bahan bahan
500 ml air soya tanpa gula
10gms serbuk agar agar
Sirap gula melaka secukupnya.
Cara cara
1. Panaskan air soya di dalam periuk, masukkan serbuk agar agar.
2. Kacau supaya serbuk agar agar larut dan jangan biarkan air soya meruap. Padamkan api.
3. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
4. Tuang sirap gula melaka semasa menghidang.
Sunday, June 19, 2011
Masak Lemak Ikan & Belimbing Buloh
Pagi ahad terjaga se awal 5 pagi, mata dah tak mau pejam. Tanya my husband nak tak pergi pasar tani dekat Stadium Shah Alam. Memandangkan my husband ada plan nak jumpa kawan kawannya pukul 10 pagi terpaksalah pergi dengan kereta masing masing, sampai seksyen 13, tinggal kereta saya dan dia hantar dan jemput saya. My husband memang malas nak bersesak sesak dalam pasar tani tu.
So untuk lunch saya masak lauk ketam untuk my husband, udang kertak goreng dan masak lemak ikan untuk diri sendiri.
Bahan bahan
1 bahagian ekor ikan merah - anggaran 400 gms
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 inci kunyit hidup
5 biji cili padi
1 labu bawang besar
1 batang serai
1 biji cili merah
Beberapa biji buah belimbing buluh
Sedikit daun kunyit
Garam dan gula
Cara Memasak
1. Bersihkan ikan dan toskan.
2. Tumbuk halus bawang besar, cili padi, cili merah dan kunyit hidup. Masukkan ikan dan bahan tumbuk ke dalam periuk.
3. Tuang santan pekat dan santan cair. Masukkan juga serai yang di ketuk sedikit.
4. Masak menggunakan api sederhana supaya santan tidak berketul sambil dikacau selalu.
5. Masukkan daun kunyit dan belimbing buloh, perasakan dengan garam dan gula.
6. Biarkan hingga mendidih dan ikan masak. Tutup api dan sedia dinikmati.
Saturday, June 18, 2011
Popia Daging
Bahan bahan
Kulit popia secukupnya
Inti
300 gms daging kisar
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 sudu makan rempah kari daging
1biji ubi kentang dipotong dadu dan direbus sebentar
1 tangkai daun sup
Garam dan serbuk lada sulah
Sedikit campuran tepung jagung dan air sebagai pelekat
Cara memasak inti
1. Kisar bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan daging dan biarkan hingga daging bertukar warna.
2. Masukkan rempah, ubi kentang, daun sup, garam dan serbuk lada sulah. Kacau sebati dan biarkan hingga masak dan kering. Angkat dan biarkan sejuk sebentar.
3. Sediakan kulit popia, isikan inti dan gulung. Lekatkan dengan pelekat tepung jagung dan goreng di dalam minyak yang panas. Biarkan hingga kekuninggan sebelum diangkat.
Wednesday, June 15, 2011
Cranberries Baked Cheese Cake
Salam,
Selamat pagi buat semua kawan kawan, sudah sarapan? Atau barangkali masih meneruskan puasa di bulan Rejab.
Semalam nampak ada kawan kawan/blogger yang buat Light Cheese Cake, adussss sedap je nampak. Terbayang bayang je cheese cake kat depan mata. Fuhhh mana tahan.... So sebelum balik rumah, singgah pasaraya nak cari cream cheese, kebetulan ada promosi 500gm cream cheese cuma berharga RM 10.90 rasanya. Normal price 250gm ialah RM6.50.
Seperti biasa, saya kan selalu derhaka pada resepi, pandai pandai tambah dried cranberries dalam adunan kek dan siap buat cranberries sauce lagi. Sedikit kelainan untuk mempelbagaikan resepi yang ada.
Rasanya resepi Light Cheese Cake dari rumah HaSue, cuma saya tambahkan dried cranberries saja dan saya lebihkan kuantiti cream cheese untuk lebih moist and cheesy flavour. Memang marvelous, sedap, lembut dan cair di dalam mulut. Bahan yang digunakan pun tak banyak, prosess yang senang juga, jadi kena cuba, insyaallah tidak mengecewakan.
Dulu dulu rasa macam susah sangat nak buat cheese cake yang macam di jual di bakeri, tapi sekarang dah tak beli lagi, kalau terasa nak makan je, terus buat sendiri. Proses yang paling penting ialah masa nak buat meringue tu. Pastikan putih telur di pukul hingga betul betul soft peak atau stiff, insyallah cheese cake tu akan menjadi.
Bahan bahan
125 gms cream cheese ( saya letak 200 gms )
3 biji telur ayam
300 ml susu segar
80 gms tepung
80 gms gula
80 gms butter
Sedikit jus lemon / perasa vanilla
50 gms dried cranberries ( saya letak sendiri )
Cara cara
1. Masukkan cream cheese, butter dan susu segar ke dalam periuk. Panaskan, kacau dengan whisk hingga sebati, tak perlu sampai mendidih. Ketepikan.
2. Asingkan putih telur dengan kuningnya. Pukul putih telur hingga kembang dan gebu. Masukkan gula, jus lemon dan pukul lagi hingga soft peak atau bertanduk.
3. Pukul ringan kuning telur, masukkan ke dalam bekas berisi adunan cream cheese tadi. Gaul rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
4. Tuang meringue/putih telur ke dalam adunan cheese tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan kaedah kaup balik hingga betul betul sebati. Jangan overdo.
5. Griskan bekas kek, taburkan sedikit tepung. Tuangkan adunan, taburkan dengan dried cranberries dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu bergantung pada oven masing masing, sekitar 160 darjah celcius.
Tuesday, June 14, 2011
Sayur Lodeh Hati Ayam
Sayur Lodeh Hati Ayam
Biasanya menu ini dimasak pada hari raya, tapi sekarang sudah menjadi salah satu menu sarapan di kedai makan atau restoren. Silap silap kat restoren mamak pun ada jual, maklumlah apa yang takde kat kedai mamak tu. Thai food, Chinese food even western food pun ada. Bak kata bebudak sekarang ni, " You name it, you got it". hehehehehe...
Resepi Sayur Lodeh Hati Ayam ini saya ambil dari Majalah RASA, tak ingat bulan berapa, rasanya menu sempena Bulan Syawal kot. Memandangkan saya malas nak buat sambal tumis, saya buat ia sedikit pedas, lagipun bukan ada budak kecik kat rumah.
Saya akan berikan resepi asal dari Majalah RASA, tapi seperti biasa saya kurangkan kuantiti sebab ahli kat rumah ni tak ramai.
Bahan A
1/2 kg hati aya,
100 ml minyak masak
Bahan B (dikisar)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 batang serai
1 cm kunyit hidup
Bahan C (disangai)
30 gms biji ketumbar
20 gms jintan manis
20 gms jintan putih
Bahan D
50 gms udang kering
80 gms cili kering dikisar
1 1/2 liter santan
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Bahan Bahan Sayur
Lobak merah
Kacang Panjang
Kubis Bunga
Kubis Bulat
Terung Panjang
Tauhu
Tempe
Fucuk - rendam hingga lembut
Suhun - rendam hingga lembut
Cara Memasak
1. Panaskan minyak, tumis Bahan B dan Bahan C hingga berbau harum. Kemudian masukkan udang kering dan cili kering yang telah dikisar. Tumis hingga naik minyak atau cili masak.
2. Masukkan hati ayam dan biarkan hingga hati ayam masak. Masukkan santan dan sayuran yang keras terlebih dahulu.
3. Apabila santan mendidih, masukkan sayuran yang lembut dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama nasi impit.
Sayur Lodeh Hati Ayam dimakan bersama nasi impit/ ketupat nasi aka Lontong
Monday, June 13, 2011
Caramelised Banana Cake with Pistachio
Salam di pagi Isnin.....
Mesti ramai yang Monday Blues hari ni....
Maklumlah sekolah dah start semula, ataupun ada mak bapa yang bersorak sakan sebab anak anak dah start ke sekolah. Maklumlah ada pening kepala bila rumah tunggang langgang dan riuh rendah dengan anak anak. itu yang ada orang hilang pertimbangan, sampai sanggup merodok perut anak sedara yang masih kecil, disebabkan hanya kerana mereka terlalu bising.
Macam macam manusia ni kan...
Hari ni saya letak entry kek pisang saya yang tak berapa menjadi. Layan gambar dululah ye...
Maklumlah hari Isnin, sedikit sibuk, kena siapkan kerja yang BOSS bagi dulu. Nanti saya sambung balik, update resepi.
Sunday, June 12, 2011
Ketam Goreng Cili Kering
Menu Makan Tengahari
Bahan bahan
2 ekor ketam - potong dua dan bersihkan
1 inci halia *
2 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
1 batang serai *
1 labu bawang besar**
4 biji cili kering **
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan lemon jus
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Cara cara
1. Ketam di letak garam kunyit, goreng hingga masak dan ketepikan.
2. Tumbuk halus semua bahan bertanda *. Mayang bahan bertanda **.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan ** yang telah dimayang, kemudian masukkan bahan bertanda* yang ditumbuk halus. Goreng hingga wangi.
4. Masukkan air, sos tiram, sos cili, minyak bijan dan jus lemon. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan ketam yang telah digoreng, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula. Jika suka sedikit berkuah, boleh lebihkan kuantiti air.
Saturday, June 11, 2011
Hazelnut Chocolate Pudding
Bahan bahan
3/8 cawan gula
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu makan tepung jagung
3 cawan hazelnut milk
4 kuning telur
85 g dark chocolate, finely chopped
28 g hazelnuts
1 sudu teh vanilla extraxt
1 sudu makan butter
Cara-cara:
1. Panggang hazenuts in a 350ºF (180ºC) oven, anggaran 10 hingga 15 minutes, sehingga hazelnuts keperangan. Cincang hingga hancur.
2. Satukan gula, tepung jagung dan serbuk koko di dalam bekas. Masukkan 1/2 cawan hazelnut milk dan kacau hingga sebati. Masukkan kuning telur, kacau dan ketepikan.
3. Di dalam periuk kecil, masukkan baki hazelnut milk dan panaskan. Tuang hazelnut milk ini ke dalam bekas berisi adunan koko tadi.
4. Kacau, masukkan semula adunan ini ke dalam periuk, masak menggunakan api sederhana. kacau lebih kurang 5-7 mins sehingga mendidih dan adunan menjadi pekat.
5. Kemudian masukkan dark chocolate, hazelnut panggang, butter dan vanilla extraxt. Kacau sebati, tuangkan ke dalam bekas sesuai dan sejukkan.
Friday, June 10, 2011
Hazelnut Milk
Hazelnut
Salam di Pagi Jumaat....
Sedar sedar sudah hampir 3 hari saya tak post apa apa entry. Agak sibuk sikit 2,3 hari ni. So bila balik rumah keletihan + kemalasan tahap kronik menyebabkan mata layu semacam je.
Ada sekali saja masak, itupun yang mudah dan siaran ulangan, malas nak ambil gambar. Hari hari lain tu confirm tapau ataupun makan dulu sebelum balik.
Hari rabu sebelum balik saya singgah BAGUS sebab nak beli kacang hazelnut, sebenarnya saya plan nak buat something. So pagi khamis, sebelum saya pergi kerja, saya rendam dulu kacang hazelnut so bila balik semalam boleh proceed project yang dah plan. Tapi semalam sibuk la pulak, tersangatlah letihnya so sebelum balik my husband ajak makan dulu kat luar. So sampai rumah dah hampir waktu maghrib.
Saya cuma sempat buat satu prosess saja, iaitu Hazelnut Milk. Finished product menggunakan Hazelnut Milk dan hampas dari prosess ni masih tertangguh. Insyaallah, kalau sempat, saya sambung malam ni ataupun esok petang.
Hazelnut Milk
Bahan bahan
1 cawan kacang hazelnut yang sudah dibuang kulit
3.5 cawan air
Cara cara
1. Cuci kacang hazelnut, toskan. Rendam kacang hazelnut menggunakan air yang bersih selama lebih kurang 6-8 jam. Seelok eloknya simpan di dalam peti ais.
2. Masukkan kacang hazelnut bersama sama air rendamannya dan campur lagi air supaya mencukupi sebanyak 3.5 cawan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
3. Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam bekas yang dilapik dengan kain kasa atau kain uncang penapis kopi atau teh.
4. Perah untuk mendapatkan cecair sebanyak yang mungkin. Hampasnya jangan dibuang kerana boleh menghasilkan finished product yang lain.
Monday, June 6, 2011
Cream Caramel
Hari tu nampak ramai yang buat cream caramel yang letak roti dan ada yang letak kentang rasanya. Kononnya saya pun nak letak kentang la juga, tapi bila check dalam kantung, rupa rupanya kentang dah tumbuh. Punyalah lama terperap dalam kantung tu....
Jadi nak tak nak, buat sajalah cream caramel yang biasa biasa tu.
Kebelakangan ni saya selalu gunakan tripod setiap kali nak shoot gambar, memang lebih selesa dan gambar pun ok sikit. Maklumlah jurugambar amatur la katakan. Tetapi tripod yang dapat FREE masa beli DSLR tu kurang stabil sikit. Tetapi daripada takde langsung, boleh pakai la juga.
Sebenarnya ada cerita masa saya nak shoot gambar cream caramel ni. Mood tak berapa nak ada so malas betul nak pasang kamera kat tripod. Saya ambil gambar waktu malam dalam bilik stor yang telah saya jadikan mini studio saya. Jadi untuk balance kan cahaya, saya sandarkan satu reflector di sebelah kiri dan 2 lampu di sebelah kanan saya.
Bila nak ambil sudut yang macam bagus pada pandangan saya, maknanya kenalah bergerak ke kiri atau ke kanan, entah macam mana siku saya terkena reflector kemudiannya benda tu jatuh tersembam atas cream caramel tu. Apa lagi, pecah la cream caramel tu. Sebabkan saya malas nak tukar yang baru, saya repair supaya tak nampak sangat 'kemusnahannya'. So cari buah apa yang ada untuk cover sikit kat bahagian atas.
So moral of the story, jangan la MALAS sangat.......
Kari Daging Berkerisek
Beberapa kali saya cuba upload gambar tapi asyik failed saja.
Hari ini cuma nak tunjuk menu ulang tayang, sebab saya tersangatlah malasnya 2,3 hari lepas. Malas betul nak fikir nak masak apa, nak bereksperimen kat dapur.... walaupun hari Jumaat tu dah beli beberapa bahan untuk buat something masa weekends. Akhirnya semua bahan tu berlonggok atas kaunter dapur.
Ohhhhhh tolong!!!!!! Kalaulah penyakit malas ni ada ubatnya kan....
Disebabkan saya malas nak fikir menu apa yang hendak di masak, saya tanya apa yang sorang lagi nak makan. Ermmmmm kalau tanya dia, takde menu lain la selain kari/gulai. Jadi menu hari ahad ialah Kari Daging + Rebung Berkerisek.
Since dah masak kari, ingatkan petangnya nak buat roti puri atau pun roti kerca untuk di makan dengan kuah kari daging ni, tapi macam saya cakap awal tadilah, MALAS so apa pun tak buat. Since my husband ajak keluar cari ikan untuk tambah koleksi ikan dalam kolamnya, kami terus minum petang kat luar je.
Kari Daging dan rebung berkerisek
Bahan bahan
300 gms rebung yang telah direbus terlebih dahulu
200 gms daging cincang
3 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan cili kisar
1/2 labu bawang besar yg telah dikisar
1/2 cawan jus asam jawa
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh jintan manis
1 tangkai daun kari
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
Garam secukup rasa
1 sudu makan kerisek
150 ml santan pekat
500 ml air atau secukupnya.
Cara cara
1.Hiris bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dihiris serta bunga lawang,bunga cegkih, jintan manis dan kulit kayu manis hingga naik bau.
2. Sementara itu, campurkan rempah kari, cili kisar, bawang kisar, daun kari dengan sedikit air.Tumiskan campuran ini hingga rempah masak dan naik minyak. Masukkan jus asam jawa.
3. Masukkan daging, gaul sebati dan biarkan ia mereneh seketika.Anggaran 5-10 minit dengan api perlahan.
4. Kemudian masukkan santan pekat dan air secukupnya, adun sebati dan masukkan juga rebung.
5. Setelah kuah mendidih, masukkan kerisek. Perasakan dengan garam dan masak selama lebih kurang 10 minit.
Nota kaki: Kebiasaannya kuah kari ini agak pekat dan enak dimakan dengan ketupat pulut.
Friday, June 3, 2011
Chrysanthemum Tea With Goji Berries
Salam di Hari Jumaat di bulan Rejab.
Hari ni ramai juga yang berpuasa Bulan Rejab kan....
Dari semalam saya rasa tak berapa sihat, badan terasa lemah saja. Mata rasa macam layu nak lena..... Alangkah bestnya kalau boleh balik rumah...
Oleh itu secara automatiknya saya tak masak semalam. Macam cari alasan tak nak masak je.....
Frankly speaking, ada la juga terselit sikit sikit niat nak ngelak dari masuk dapur tu. Jadi hari takdelah menu untuk ditayangkan kat sini.
Sebagai pencuci mata untuk hari ni, saya letak gambar teh kekwa dengan keichi. Selamat berhujung minggu buat semua dan kepada yang merancang untuk cuti cuti Malaysia, Selamat bercuti dan berhati hati di Jalanraya.
Thursday, June 2, 2011
Sweet & Sour Garoupa
Sekejap saja sudah masuk hari Khamis. Sekarang ini rasa macam masa tu bergerak begitu pantas sekali, walhal dari dulu sampai sekarang sama saja.
Menyeramkan bila tengok muka ikan tu lama lama kan....Nampak macam ganas je. macam rupa ikan piranha. hehehehe....
Semalam masih dalam mood yang masih kemalasan tapi memikirkan masih banyak barang basah dalam esbok jadi kenalah masuk dapur juga. Nanti kalau dah lama ikan dah kurang enak dan lebih menyedihkan kalau terpaksa di buang begitu saja. Sayang kan....
Selalunya kalau saya masak mesti ada sekurang kurangnya 2 atau 3 menu walaupun org dalam rumah cuma ada 2 orang saja. Tapi semalam my husband pesan cuma masak 1 menu saja sebab masing masing sedikit kepenatan dan tak berapa ada nafsu nak makan banyak banyak. Jadi saya decided masak kerapu masam manis, ada lauk, sayur dan kuah dalam satu menu. Alhamdulillah hasbis dengan meratah saja.
Bahan bahan
Bahan A
1 ekor ikan kerapu
1 sudu makan tepung jagung
Sedikit lada sulah
Sedikit Garam
Bahan B
1 biji buah tomato - buang biji dan potong kiub
50 gms nenas kiub - saya guna nenas dalam tin
1 labu bawang besar - di potong dadu
1/2 biji timun - dipotong dadu
1 batang lobak merah - dipotong dadu
1 biji lada merah - di potong dadu
1 biji cili hijau - dipotong dadu
Bahan C
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos plum
2 sudu makan jus limau
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa
1 sudu makan tepung jagung + air untuk memeatkan kuah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
200 ml air
Cara cara
1 Siang ikan, cuci kemudian letakkan garam dan lada sulah. Salutkan dengan tepung jagung. Perapkan seketika kemudian goreng terendam hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, tumis halia,bawang putih dan merah yang telah dimayang hingga naik bau.
3. Masukkan air dan semua BAHAN C. Kacau sebati, kemudian masukkan BAHAN B. Biarkan ia mereneh sehingga kuah mendidih.
4. Masukkan campuran tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuah. Setelah masak, tuangkan kuah tadi ke atas ikan kerapu. Hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)