Salam dan Selamat Petang,
Wah tiba tiba saya terajin pulak hujung minggu ni. Selalunya jarang sangat ada entry, kalau ada pun cuma satu. Hari ni sampai 2 entry pulak, layan je lah sementara mood nak memasak dan upload gambar tengah ada.
Lagipun hari ni tak kemana mana, cuma pagi tadi saja kami ke pasar dan lepas hantar saya balik rumah, my husband terus pergi office.
Lepas siapkan menu untuk makan tengahari, sambil layan TV dan tunggu my husband balik, saya belek belek majalah resepi yang ada. Mencari idea untuk buat minum petang nanti.
Selalunya kalau siang makan di rumah, kami akan keluar lepas asar, jalan jalan cuci mata dan terus makan malam di luar. Tetapi memandangkan hari ni memang takde plan nak merayap di luar, jadi kena cari menu untuk minum petang dan makan malam.
Kebetulan masa membelek Majalah NONA keluaran Julai 2011, ternampak satu resepi yang menarik hati dan bahan yang digunakan pun tidak banyak dan semuanya ada di dapur.
Saya memang sukakan resepi yang mudah dan senang dibuat, sebab itu jarang ada resepi yang canggih dan complicated dalam blog ni. Bukan tak teringin nak mencuba kek yang cantik dan pelbagai rupa tapi belum sampai seru lagi agaknya.
WADAI KEPENG
Bahan bahan
300 gms tepung pulut
4 helai daun pandan - dipotong kecil
1 cawan air
Secubit garam
50 gms sagu
600 ml santan
1 helai daun pandan di simpul
Sedikit garam
1/2 ketul gula melaka
150 gms gula pasir - atau secukup manis yg dikehendaki
Cara cara
1. Kisar daun pandan yg telah do potong kecil dengan air, tapis dan ambil air pandan.
2. Masukkan tepung pulut dan secubit garam ke dalam bekas, tuangkan air pandan sikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh seperti hendak membuat buah melaka.
3. Panaskan air di dalam periuk, ambil sedikit adunan, bulatkan dan tekan di bahagian tengah. Bila air mendidih, masukkan ke dalam. Bila terapung, angkat dan masukkan ke dalam air paip.
4. Masukkan santan, garam, gula merah, gula pasir dan daun pandan simpul ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana.
5. Bila hampir mendidih, masukkan sago dan wadai kepeng tadi. Biarkan seketika tetapi jangan sampai santan mendidih dan pecah minyak. Saya selalunya perah kelapa parut menggunakan air masak.
6. Bila sago berubah menjadi lutsinar, bolehlah dimatikan api. Siap untuk dinikmati.