Saturday, July 30, 2011

Bubur Kacang Merah


Selamat berhujung minggu...
Hari ini hujan turun agak lebat juga, alhamdulillah sedikit sebanyak sejuk dan pokok pokok di rumah tu segar sikit. Maklumlah tuan rumah sedikit sibuk sampai tak sempat nak siram pokok bunga. Ada yang dah hampir menyembah bumi, itu belum tengok rumput lagi.... Aduh pening kepala tengok rumah yang tunggang langgang ni. Dah plan dengan my husband nak bersihkan rumah dan laman hari ini dan esok, sebelum bulan puasa. Maklumlah, bila bulan puasa banyak alasannya nanti kalau disuruh potong rumput.... Selalunya bulan puasa kami agak sibuk, pengalaman dari tahun tahu yang lepas.

Semalam, sebelum balik kerja, saya tanya my husband nak makan apa untuk dinner. Awalnya nak makan itu, nak makan ini dan akhirnya sebelum balik minta saya belikan murtabak mamak untuk dinner. So saya tak masak juga malam tadi. Since tak perlu singsing lengan baju nak siapkan dinner, saya buat bubur kacang merah yang saya beli bila entah.

Bahan Bahan
100 gms kacang merah - rendam selama 2 jam
1 liter air
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir - atau secukup rasa
Secubit garam
1 cawan santan pekat - tambah sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara cara
1. Toskan kacang merah, masukkan kacang merah dan air ke dalam Pressure Cooker dan masak hingga kacang empuk dan sedikit hancur.
2. Pindahkan ke dalam periuk biasa, masukkan gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
3. Semasa menghidang, masukkan bubur kacang merah ke dalam mangkuk, tuangkan sedikit santan pekat yang telah ditambah garam ke atas bubur tadi.
4. Sedia untuk dinikmati.


Bubur Kacang Merah

Friday, July 29, 2011

Dried Persimmon Punch 수정과


Salam Jumaat...


Semalam saya tak masak untuk dinner, my husband beli bungkus bawa balik. Sempatlah berehat sebentar bila sampai rumah, kalau tidak tergesa gesa nak siapkan makan malam. Lagipun semalam my husband excited nak tengok Harimau Lawan Singa, so kena makan malam awal sikit.

Sementara my husband layan orang berebut bola kat TV, saya buat buat sibuk di dapur. Apa tidaknya, sambil layan games tu, kena sediakan air teh la, lepas tu nak mengunyah keropok la.... Sambil tu sempat saya buat Dried Persimmon Punch ni. Simple saja tambahan kalau ada pembantu dapur yang bernama "Pressure Cooker".

Bahan bahan
3 pcs dried persimmon
1 pc cinnamon stick
1/2 cup sugar
1 inch ginger - peeled and sliced
Pine nuts - for garnished
6 cups of water

Method
1. Put all the ingredients except Pine nuts into Pressure Cooker, cooked about 30 minutes.
2. Pour into cup and garnish with pine nuts before serve. Recommended to keep in refrigerator before serve.


Dried Persimmon Punch ( Sujeonggwa )

Thursday, July 28, 2011

Bubur Lambuk


Biasanya Bubur Lambuk dikaitkan dengan bulan Ramadhan.


Masa inilah orang akan memperkatakan tentang Bubur Lambuk Kampung Baru. Saya tak pernah rasa bubur lambuk Kg. Baru, so tak boleh komen apa dan bagaimana rasanya. Tapi yang pasti orang akan beratur panjang untuk mendapatkannya. So mestilah sedapkan....

Bazaar Ramadhan nanti mesti ramai yang menjual bubur lambuk, tapi bukan seperti yang saya sukakan. Biasanya mereka letak lobak merah dan beberapa bahan lain yang saya rasa lebih kepada bubur nasi biasa. Bubur Lambuk yang paling sedap dan paling saya suka ialah yang dimasak oleh jiran sebelah rumah emak di kampung. Dia akan kutip pelbagai daun ulam ulaman di kawasan belakang rumah untuk dicampurkan ke dalam bubur lambuk. Saya boleh makan berulang ulang kali....

Semalam terfikir nak cuba masak bubur lambuk saya sendiri, jadi saya cuba mendapatkan bahan bahan. Saya cuba berjaya dapatkan pucuk paku merah sahaja, cukuplah untuk percubaan pertama.

Bahan bahan 
1/2 pot beras
2 liter air - anggaran
1 inci halia *
3 ulas bawang merah *
1 ikat pucuk paku merah - diambil daun sahaja
3 ekor ikan kembung - rebus dan ambil isinya sahaja.
1 sudu makan lada hitam yg ditumbuk
Garam secukup rasa
1/2 cawan santan

Cara cara
1. Masak beras dengan air hingga menjadi bubur - gunakan Pressure Cooker.
2. Tumbuk halia dan bawang merah hingga hancur. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi bersama sama dengan lada hitam dan  isi ikan ke dalam periuk berisi bubur. Biarkan hingga mendidih.
3. Kacau hingga sebati, kemudian masukkan santan dan sayur, perasakan dengan garam.
4. Setelah semua sebati dan masak, bolehlah diangkat.


Bubur Lambuk - My First Trial, bubur lambuk saya dah hampir kemerahan sebab saya letak semua pucuk paku merah.

Wednesday, July 27, 2011

Ahli Baru.....

New Tripod


Orang lain sibuk tambah ahli keluarga, saya pulak sibuk tambah ahli kelab menembak. Selama ni guna tripod free yang agak ringan, so bila pasang kamera + lens + Flash memang tak stabil. Itu pasal ada sekali tu hampir nak tersungkur menyembah makanan atas meja.

Thanks to my beloved hubby sebab belikan tripod baru. Sila abaikan persekitaran yang semak dan bersepah sepah tu ye.... Baru sampai pagi tadi, tak sempat nak membelek lagi sebab hari ni sibuk ke sana ke mari.

Asam Rebus Tempoyak Jenahak


Salam,
Sedar sedar sudah masuk hari Rabu, cepat masa berlalu apalagi kalau agak sibuk dengan pelbagai perkara tak kira sebagai eurirumah atau berkerja. Minggu depan, Insyaallah semua umat Islam akan memulakan ibadah puasa, semoga dikurniakan badan yang sihat untuk menyempurnakan ibadah puasa tahun ini.

Dari semalam tekak dah terasa rasa nak makan asam rebus tempoyak ikan. Pahang memang terkenal dengan masakan Asam Rebus Tempoyak ikan Patin, tapi saya memang tak makan ikan patin, so kena tukar ikan lain kalau terasa nak makan. Selalu saya gunakan ikan kembung atau tenggiri, tapi semalam saya beli sekeping isi ikan Jenahak. Aduhhhh sedapnya menghirup kuah asam rebus tempoyak...... My husband memang tak makan tempoyak, so saya masak menu kegemarannya, Kari Ketam.

Bahan bahan
1 keping isi ikan Jenahak
4 biji cili padi
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
1 batang serai
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
2 sudu makan tempoyak
Garam secukupnya
Air secukupnya

Cara cara
1. Tumbuk hancur bawang putih, merah,cili padi dan kunyit hidup. Masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan air secukupnya serta tempoyak, serai yang diketuk, daun kesum dan bunga kantan. Didihkan.
3. Masukkan kepingan ikan jenahak, biarkan sebentar dan perasakan dengan garam.
4. Renehkan dengan api sederhana hingga ikan masak. Sedia dinikmati dengan nasi putih hangat.



Asam Rebus Tempoyak Ikan Jenahak

Tuesday, July 26, 2011

Pulut Kuah Durian


Selamat pagi.....


Musim durian belum habis lagi, so bagi sesiapa yang "hantu" durian masa inilah boleh makan bersungguh sungguh sebab harga durian dah turun sikit sebab hampir memasuki bulan Ramadhan. Biasa buah yang berharga RM12 sekilo dah tinggal RM6. Ada juga yang harga RM4 sekilo dan buahnya elok berbanding yang harganya lebih mahal.

Last weekend saya balik kampung, sepanjang jalan penuh dengan orang jual buah durian. Seminggu sebelum tu my mom dah borong hampir 2 bakul padahal yang makan durian kat rumah tu bukannya ramai sangat tapi dia menjamu pekerjanya makan, so yang lebih tu siap buat tempoyak lagi. Bila nak balik, my mom suruh bawa balik tempoyak. Bestnya masak rebus tempoyak.....

Masa nak balik ke Shah Alam,sempat lagi beli 2 biji buah durian. Saya bukannya tau sangat jenis apa, ada yang namanya Musang King la, D24, Durian kampung, Udang Merah dan beberapa lagi yang saya pun tak pernah dengar. Sampai rumah, saya keluarkan isinya dan simpan dalam bekas kedap udara. Malam tadi terasa macam nak makan pulut kuah durian, so saya buat sikit. Masih ada balance lagi, masih berfikir nak buat apa pulak....


Pulut Kuah Durian

Saturday, July 23, 2011

Apricot & Cheese Gratin

Apricots & Cheese Gratin
 
 
Sebab semalam saya tak masak untuk dinner, balik rumah boleh teruskan agenda yang tergendala beberapa lama. Resepi dari Majalah SEDAP. Resepi asal menggunakan apricots dalam tin, since saya jumpa fresh apricots yang manis, jadi saya gunakan yang fresh.
Bahan bahan

9 biji buah apricots - belah 2 dan buang bijinya
300 gm krim keju
75 gm mentega tawar
1/2 sudu teh garam
150 gm coklat masakan putih - cairkan
Biskut kelapa/digestive biscuits - hancurkan

Cara cara
1. Susun apricots di dalam mangkuk tahan panas yang telah disapu nipis mentega dengan keaadaan bahagian cekung ke atas.
2. Pukul krim keju, mentega, garam sehingga lembut. Masukkan coklat masakan putih dan pukul sebati.
3. Tuang ke atas apricots tadi. Taburkan biskut sehingga rata permukaannya.
4. Bakar selama 10 minit atau sehingga biskut kecoklatan.
5. Hidangkan suam.


Selepas kena 'tebuk"...


Fresh Apricots


Crab Meat Shark's Fin Soup


Selamat berhujung minggu...
Oh ya, shark's fin soup ni bukan saya yang masak. Semalam my husband ada plan nak jumpa kawan kawannya lepas waktu kerja. Selalunya kalau dia ada plan nak keluar, kami akan makan dulu sebelum balik rumah. Hari tu saya temankan dia makan mamak je kan, so kali ni dia temankan saya makan chinese food pulak.

Sekarang di Shah Alam banyak Chinese Muslim restaurant. Ada yang makanannya sedap dan ada yang so so je. Bergantung pada selera masing masing.... Semalam saya order crab meat shark's fin soup, small size berharga RM25. Actually banyak juga untuk 2 orang makan, so confirm tak habis kat situ. My husband suruh saya bungkus bawa balik, boleh makan sambil tengok TV katanya.

Crab Meat Shark's fin soup dihidangkan dengan cili ceruk dan cuka hitam. Bulan lepas saya makan shark's fin soup saja tapi di restoren yang lain. Dia tidak disertakan dengan cili jeruk dan cuka hitam dan sedikit hanyir. Tapi semalam, tidaklah terlalu kuat sangat bau hanyir especially lepas ditambah cuka hitam dan cili jeruk.

 Crab Meat Shark's Fin Soup

Friday, July 22, 2011

Lemon Tea Jelly



Salam di hari Jumaat...
Agak sibuk sikit kebelakangan ini, masak yang simple dan tak sempat nak fikir untuk berexperiment di dapur.
Walaupun dah ada beberapa resepi yang terfikir nak mencuba tapi bila sampai rumah sudah keletihan.....

Masa call my mak kat kampung minggu lepas, ramai juga yang buat kenduri nak sambut bulan ramadhan dan ada juga yang buat majlis pertunangan. Baru 2 hari lepas dapat call dari kawan lama masa belajar dulu, dia akan melangsungkan majlis perkahwinan hari ahad nanti.. Alhamdulillah sampai juga seru untuk dia berumahtangga.

Rasanya esok nak balik kampung jengok my parents sekejap, dah lama juga tak balik walaupun mereka selalu datang ke Shah Alam.

Pernah nampak beberapa teman blogger yang buat Nestea Jelly rasanya, tapi kat rumah takde nestea tapi saya ada teh berperisa lemon yang saya beli masa ke Cameron Highlands tempohari. Jadi kena improvised menggunakan apa bahan yang ada saja.

Lemon Tea Jelly

Wednesday, July 20, 2011

Secangkir Nescafe...


Hari ini takde entry masakan sebab malam tadi saya masak menu ulangan, masak lemak cili padi ketam dengan ikan terubok bakar. Dah beberapa kali tayang, so malas pulak nak ambil gambar.

Jadi saya cuma letak gambar menu breakfast pagi tadi. Dah lama juga tak minum nescafe dan makan telur separuh masak. Sebabkan dah lama tak buat telur separuh masak, pagi tadi cari bekas untuk buat telur separuh masak tu tak jumpa. Rasa macam baru je nampak, tapi bila nak buat, tak jumpa pulak. Jadi kena buat the old fashioned way la...

Saya dan suami kategori "Tea Person", sebab selalu minum teh berbanding kopi atau nescafe. Tea bags memang sentiasa ada, so kalau teringin nak minum nescafe sesekali, baru beli packet yang kecil sekali. Memang sedap bila minum naescafe tapi saya tak tahan sebab lepas minum mesti berpinar pinar je mata.

Half Boiled Eggs

Tuesday, July 19, 2011

Miso Soup with Clam, Shiitake Mushroom and Wakame


Hari Ahad lepas dah seharian, dari pagi sampai ke malam makan mamak, so semalam makan yang mild sikit. Saya buat miso soup untuk saya dan goreng ketam dan sambal sotong untuk suami.
Saya pernah nampak beras HUMA yang dijual di pasaraya, pernah tanya my husband macam mana la rasanya.. Dia cakap, entahlah sebab dia pun tak pernah makan. Then dia cakap beli la sikit kalau nak rasa. Nasib baik ada jual dalam packet 1 kg yang berharga RM 6.90. Bukan apa, kalau beli packet besar dan tak kena dengan selera my husband, berapa lama saya nak makan sorang soran kan....

Masa masak nasi tu, memang harum semerbak macam masak beras wangi dan nasinya sedikit melekit. Rasanya sedap walau hanya dimakan begitu saja.


Bahan bahan
1/2 kilo Asari / Clams
4 cawan air
4 pcs small konbu / kelp ( seaweed )
2 sudu makan Miso Paste
1 block japanese tofu - potong kecil
1 sudu makan bonito flakes
3 pcs shiitake mushroom
Wakame - rendam lebih kurang 10 minit
Sedikit daun bawang untuk hiasan

Cara:

1. Masukkan air ke dalam periuk, masukkan konbu seaweed dan bonito flakes. Panaskan hingga mendidih, tapis dan ambil stok sahaja.
2. Panaskan stok, masukkan miso paste, kacau sebati dan masukkan asari/clams dan hirisan shiitake mushroom.
3. Masak sehingga asari/clams terbuka dan masukkan potongan tofu dan wakame. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.
4. Taburkan potongan daun bawang semasa menghidang.

 Miso Soup

Masala Chai


 Masala Chai @ Spice Tea,

Sinonim dengan masyarakat India, tehnya sedikit pekat dan mempunyai rasa berempah. First time juga minum serta membuatnya sendiri.

Masa surf di internet, ada beberapa resepi yang berbeza dari segi rempah yang digunakan. Ada yang menggunakan sedikit saja dan ada juga yang menggunakan rempah yang pelbagai, so kita boleh adjust according to our taste.

Bahan bahan
2 cawan air
1 cawan susu segar
Gula secukup rasa
1 1/4 sudu makan serbuk teh ( black tea)
2 pcs buah pelaga
2 pcs bunga cengkih
1/2 batang kulit kayu manis
1 pc bunga lawang
1 slice of ginger / halia
A pinch of nutmeg powder

Cara cara
1. Masukkan susu dan air ke dalam periuk, panaskan hingga mendidih.
2. Masukkan serbuk teh, spices dan gula dan biarkan hingga mendidih. Tapiskan ke dalam cawan dan sedia untuk dinikmati.




Monday, July 18, 2011

Pengat Labu


Saya suka makan labu, tak kira sweet or savoury dish. Saya selalu juga menderhaka pada resepi, buat ikut sempat dan cara yang saya preferred. Saya akan steamed labu hingga mencapai tahap kelembutan yang saya suka, sebab saya tak suka labu terlalu lembik. Selalunya saya kisar kelapa parut dengan air suam, so saya tidak perlukan masa yang lama untuk masak santan di atas api. Saya cuma panaskan santan, gula, daun pandan, sedikit garam dan sagu yang telah direndam terlebih dahulu.

Jadi saya akan masukkan buah labu yang telah dikukus ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah ke atasnya. Misalnya tak habis, atau tak nak makan pengat labu, saya boleh buat kuih lain menggunakan labu yang telah dikukus tadi.

Murtabak Mamak.....


Selamat tengahari.....

Lebih kurang lagi 2 minggu, kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak.
Antara makanan yang sinonim dengan bulan puasa ialah murtabak, entah kenapa 2,3 hari lepas my husband tiba tiba merungut mengidam nak makan murtabak. Saya cakap beli sajalah di kedai mamak yang bersepah kat Shah Alam ni. Dia kata bukan semua kedai mamak ada jual murtabak... entahlah saya pun tak tahu.

Petang semalam, bila boring tak tau nak buat apa, my husband ajak keluar dan terus dinner kat luar. Tapi dia cakap tak nak makan nasi. So dia tanya saya nak makan apa... bila saya ajak makan western, tak nak pulak. Lepas tu dia cakap, kita makan kat kedai mamak nak tak? Adoiiii rasa nak nangis je... Dah la pagi tu breakfast kat kedai mamak Section 13, malam pun nak makan mamak juga ke...

Malam, tukar tempat saja. Kali ni restoren mamak di D'Bayu Bukit Jelutong pulak. Mula mula dia nak makan Roti Naan dengan Tandoori, lepas tu bila dia tanya ada tak murtabak, mamak tu cakap ada, so order murtabak seorang satu. Rasanya sedap juga, kena dengan kuah kari dan bawang jeruk tu. Saya tak habis pun makan, jadi minta bungkus bawa balik. So pagi tadi kena breakfast dengan leftover murtabak la jawabnya.

Moral of the story.....
Saya nak pindah duduk sebelah restoren mamak.....

Wednesday, July 13, 2011

Sayur Buncis Goreng Udang


2,3 hari ni badan rasa tak bermaya saja, rasa malas lebih banyak dari rajin. Mungkin sebab cuaca yang agak panas dan udara yang sedikit berjerebu.
Pagi semalam saya sempat ke pasar sebab barang basah memang tak ada di rumah. Tapi bila balik kerja semalam, rasa macam malas nak memasak. Kebetulan my husband pun tak berapa nak berselera nak makan, jadi saya memang masak sesimple yang mungkin.

Jadi saya masak sayur goreng buncis dengan udang, ada sayur dan lauk sekali. Senang kerja saya. Rasanya seminggu ini menu kat rumah saya akan penuh dengan sayur sayuran sebab nak kena habiskan stok sayur yang beli di Cameron Highland. Nak sedekah kat jiran sebelah rumah pun rasanya dah 2 bulan dia tak jengok rumahnya.

Jadi sila jangan muntah hijau kalau asyik menu sayur je yang keluar lepas ni.




 

Monday, July 11, 2011

Unplanned Trip to Cameron Highland

Antara beberapa gambar yang sempat saya snap masa di Cameron Highland.







Sempat snap gambar orang lain, gambar sendiri takde pulak. 




Antara barang saya beli selain dari strawberry. Tapi bunga memang tak beli pun....


Jagung Cameron Highland

Long Green Scallion / Negi / Welsh Onion

Buah Nona

 Buah Cinta


Giant Avocado ( 2 biji = 1 kg )

Passion Fruit Iced Tea

 Passion Fruit Iced Tea

Salam pagi Isnin,
Letihnya badan hari ni, mata terasa kuyu semacam saja.
Inilah akibatnya kalau buat kerja "gila".

Actually saya ajak my husband balik Pahang hari sabtu lepas, my husband cakap ok juga sebab dah lama tak balik tapi lepas pergi majlis kenduri kahwin. Sebenarnya ada jemputan majlis perkahwinan di Bukit Jelutong hari sabtu so kami planned lepas habis makan kenduri terus balik Pahang, lagipun kami masih kerja hari sabtu tu. Jadi malamnya saya dah kemas semua pakaian dan esoknya kami pergi kerja dengan kereta my husband saja sebab malas nak balik rumah semula.

Sempat dengar berita di radio pasal banyak sekatan jalanraya dan ada sesetengah jalanraya yang sudah ditutup dari dilalui, baca status kawan kawan saya di FB yang tersangkut hampir 4 jam untuk sampai ke Tol Gombak dan ada yang keluar selepas subuh untuk balik Pahang. So my husband dah berbelah bagi nak balik ke tidak sebab tak sanggup nak sangkut berjam jam dalam keksesakan jalanraya. Lastly dia cakap, kita pergi dulu makan kenduri, lepas tu baru kita decide nak buat macam mana.

So kami pergi makan kenduri, elok keluar dari dewan, hujan pulak turun. So saya tanya macam mana, kalau tak pasti jalan ok ke tak lebih baik kita balik rumah dan lepak depan tv je. Tiba tiba my husband tanya, nak tak pergi Cameron Highland? Hah! Biar betul.... mana sempat nak booking Hotel atau Homestay ke... Tapi my husband cakap, kita pergi je, lagipun sekarang bukannya cuti sekolah atau public holiday. Mesti ada bilik kosong.

So kami pun terus menghala ke utara, my husband drive slowly sebab tak rushing katanya. Kami tak naik ikut exit Tapah tapi ikut exit Simpang Pulai sebab kawan my husband pernah cakap jalannya lebih baik dari ikut Tapah. Siap berhenti R&R Tapah, lepas tu naik Cameron Highland dan sempat singgah merata sepanjang perjalanan. Sempat berhenti minum teh lagi, sedangkan kami belum ada bilik penginapan lagi. Bila sampai dekat KEA Farm dah hampir pukul 6 ptg dan tiba tiba traffic tak bergerak. Ingatkan mungkin sesak sikit dekat KEA Farm tu tapi bila lepas KEA Farm pun masih tak bergerak. Hairan juga, lepas tu ada 2 kali ambulans datang dari aran bertentangan, so kami assume ada accidents kat depan.

Bayangkan dari KEA Farm ke pekan Brinchang ambil masa lebih dari 1 jam 30 minit. Hari dah makin gelap tapi kami belum tempah bilik lagi, saya dah risau dan call setiap nombor telefon hotel/resort/homestay yang ada kat papan tanda sepanjang jalan tapi semuanya penuh, dari standard room sampai Deluxe room. Nak google kat internet, line dah la macam siput khinzir. Sudahlah, tak kan nak tidur kat Masjid atau terpaksa balik malam tu juga.

Sampai pekan Brinchang dah hampir pukul lapan, saya terlupa yang malam minggu ada Pasar Malam di pekan Brinchang dan kekesakan disebabkan oleh pengunjung yang parking kereta di sepanjang jalan untuk ke pasar malam. Kebetulan ternampak beberapa hotel kat situ. Saya call, semuanya penuh. Last hotel yang saya call tu pun penuh tapi dia cakap cuba call hotel ni, mungkin ada. So saya call dan dia cakap cuma ada satu bilik saja berharga RM250. My husband cakap, book jelah. Tapi receptionist tu cakap tak boleh book melalui phone, kami kena register. So terpaksa parking jauh dan berjalan kaki dengan high heel untuk register. So kami terus ambil kunci dan naik bilik dan tunggu pasar malam habis baru turun ambil kereta untuk parking berdekatan dengan hotel. Inilah akibatnya kalau main redah jer....

Malam tu kawan my husband called cakap ada kerja yang perlu disiapkan sebab nak submit hari Isnin. Adoiiiii baru je nak berehat. So bangun pagi, pusing KEA Farm dan pasar pagi di Brinchang, beli barang serba sedikit dan kami turun balik ke Shah Alam lebih kurang pukul 9.30 pagi. So takde la nak pergi Strawberry Farm ke, Tea Plantation ke atau mana mana tempat. Orang lain pukul 9.30 pagi baru nak keluar hotel nak berjalan jalan di Cameron Highland, kami dah siap nak balik.... Sampai rumah, rehat sekejap then my husband pergi office dia. Oh letihnya uplanned trip yang ntah apa apa ni......


 Fresh Tea Leaves

 Passion Fruit @ Markissa

Award from Ayu


Thanks to Ayu from http://ladychenta.blogspot.com for this award and really appreciated it.

Friday, July 8, 2011

Steamed Red Snapper in Soy Sauce


Salam di hari Jumaat...

Hari ini lambat sikit bersiaran, sedikit sibuk dengan kerja. 
Rasanya dah lama Shah Alam tak hujan, tiba tiba hari ni awal pagi sudah mula mendung dan sekarang hujan sedang mencurah curah di luar sana..
(Apahal hari ni akak bersastera sastera bagai......)

Semalam masak menu ulangan, buat ikan kukus dengan sambal tumis udang. Malas betul nak fikir menu apa nak masak.

Ingeridients
1 red snapper - gutted, cleaned and marinated with salt and white pepper
2 cm young ginger - slice
2 stalks of Shiitake Mushroom  - slice

Seasoning
4 sudu makan light soy sauce
1 teaspoon sesame oil
2 tablespoon water
1 slice of lemon

Garnishing
2 tablespoon fried minced garlic and garlic oil
Spring onion, thinly sliced
Coriander leaves

Method
1. Bring water to boil in a steamer. Place fish onto a plate. Fill the fish's stomach with ginger. Place the slice mushrooms and lemon on the plate too.
2. Steam the fish on medium heat for 8- 10 mims. Remove from steamer.
3. Combine seasoning ingredients in a bowl and pour over the fish. Garnished with spring onion, coriander leaves and pour fried minced garlic with its oil over the fish.
4. Serve with hot plain rice.


Thursday, July 7, 2011

Masak Lemak Pucuk Paku


Salam di pagi Khamis...

Malam tadi saya masak Pucuk Paku Masak Lemak dengan Ikan Bilis. My husband dia nak makan bihun sup utara sebab malam tu dia tak sempat makan. Saya masak nasi juga sikit sebab takut tiba tiba dia nak makan nasi pulak.
Entah kenapa tiba tiba tekak terasa nak makan masak lemak pucuk paku....

Dan yang paling buat ia bertambah tambah sedap sebab ada ikan gelama masin dan sambal belacan kaw kaw punya.


Bahan bahan

1 ikat pucuk paku - dipotong saiz yang sesuai
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
4 biji cili padi
4 cawan santan dari 1 biji kelapa - anggaran
Segenggam ikan bilis - anggaran
Garam

Cara cara
1. Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan kunyit. Masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan ikan bilis dan santan ke dalam periuk dan masak hingga hampir mendidih.
3. Masukkan daun pucuk paku, kacau biar sebati. Pastikan memasak dengan api perlahan supaya santan tidak berketul.
4. Perasakan dengan garam, bila pucuk paku sudah masak dan layu bolehlah tutup api.



Sambal belacan dan gelama masin