Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Tuesday, March 4, 2014

Angel Hair Pasta with Mushroom & Beef Bacon


Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Alhamdulillah pagi ini hujan rahmat turun membasahi bumi. Nampak hujan turun bagai nampak makanan yang tersangat lazat rasanya....

Baru sikit Allah swt turunkan dugaan dengan musim kemarau yang hanya beberapa hari, kita sudah mengeluh. Bayangkan mereka yang di negara yang bertahun tahun tanpa hujan.... 

Tapi kita masih tidak tahu bersyukur...
(peringatan untuk diri sendiri sebenarnya)


Bercakap pasal bersyukur, kadang kala kita tak tahu nak makan apa bukan kerana tiada makanan. Walau ada pelbagai jenis menu tetapi tekak semacam tak boleh nak terima, tiada selera. Bila makin berusia, satu satu nikmat dunia ditarik sedikit demi sedikit...

Saya selalu tanya suami apa nak makan untuk makan malam nanti. Minta dia fikirkan apa menu yang dia rasa nak makan. By the end of the day mesti jawabannya ialah " entahlah tak tahu nak makan apa. Masak sajalah yang simple" Kadang kala saya masak nasi goreng yang simple atau goreng bihun atau mee. Paling senang kalau dia hanya minta masakkan mee segera.



Memandangkan hanya aperlu masak mee segera, saya masak simple pasta untuk saya. Google cari resepi bergantung apa yang ada dalam peti ais. Saya ada lebihan swiss brown mushroom, ada beef bacon dan sedikit daun pasley. Pasta memang selalu simpan stok untuk kecemasan.


Bahan bahan
Segenggam Angel Hair Pasta jenama Barilla - rebus hingga empuk dan toskan
3 kuntum swiss brown mushroom - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 keping beff bacon - dihiris nipis
Sedikit Flaxseed Oil
1/4 cawan beef stock
Garam jika perlu
Parmesan Cheese & Daun Pasley - untuk tabur

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan beef bacon dan mushroom, goreng hingga hampir garing.
3. Masukkan beef stock, biarkan seketika. Kemudian masukkan angle hair pasta, gaulkan hingga sebati. Perasakan jika perlu. Matikan api.
4. Hidangkan di dalam pinggan, taburkan dengan daun pasley dan parmesan cheese.



Tuesday, December 13, 2011

Spicy Angel Hair with Clams and Spinach


Salam buat semua....

Rasanya bualan December ini saya tak begitu productive, sebab ini baru entry kedua bagi bulan ini. Bukannya tak masak, cuma agak malas nak ambil gambar. Lagipun bila ada ramai anak anak saudara di rumah, masing masing asyik kelaparan saja, sebaik masak terus hidang untuk dimakan. Tak sempat lagi nak posing makanan macam selalu.

Hari Sabtu lepas 3 orang anak saudara yang dari Terengganu dah balik ke rumah emak saya sebab adik saya masih lagi di sana. Mungkin hujung minggu ini baru mereka pulang ke Terengganu. Sementara anak saudara suami saya dari Perlis masih ada di rumah saya, insyaallah hujung minggu ini kami akan hantarnya ke Perlis pulak. Sebulan dua ni saya memang agak penat, sekarang pun badan rasa lemah saja. Letih pulak kalau asyik travel ke sana sini, maklumlah badan bukannya masih muda lagi.

Saya ada cadangkan pada suami saya suami ambil saya flight dari Subang ke Alor Star untuk hantar anak saudara tu, sebab boleh jimatkan masa dan takdelah penat memandu ulang alik dari Shah Alam ke Perlis dan balik ke Shah Alam semula. Tapi my husband cakap tak selesa sebab susah nak ke sana sini kalau tak ada kereta. Memang la boleh pinjam kereta sedara mara tapi my husband kurang selesa memandu kereta orang. So kebarangkalain kami memandu balik Perlis memang tinggi.

Berbalik pada entry kali ini, saya masak Spicy Angel Hair Pasta with Clams and Spinach. Saya memang suka one dish macam ni sebab senang dan tak perlu masa yang lama untuk memasaknya. Kebetulan anak saudara suami saya kurang makan nasi dan lebih suka makan mee atau yang seangkatan dengannya. Lagilah senang kerja saya.


Bahan bahan

Angel Hair Pasta - Rebus hingga lembut
200 gms Kepah Merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili padi
Sedikit daun bayam
1/4 cawan air
Sedikit pati ikan bilis
Minyak zaitun untuk menumis
Garam Secukup rasa

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang dimayang dan cili padi yang telah dihiris hingga naik bau.
2. Masukkan kepah dan air, masak hingga semua kepah terbuka. Masukkan pati ikan bilis dan perasakan dengan garam.
3. Kemudian masukkan sayur bayam, gaul sekata dan biarkan hingga sayur bayam layu. Masukkan angel hair pasta, gaul sekata dan biarkan seketika dan bolehlah matikan api.
4. Sedia untuk dihidang.

Friday, November 25, 2011

Baked Pasta


Maaflah sehari dua ni asyik tayang menu ulangan saja. Malas betul nak fikir nak masak apa. Barang basah pun tak ada dalam esbok, malas nak top up sebab esok dah cuti sampai hari Isnin. Bila cuti saja, kebarangkalian nak masak kat rumah tu hanya tinggal 20%. Lagipun my husband ada bagi hints nak jalan jalan masa cuti nanti, lagi la saya tak simpan stock barang basah.

Balik kerja semalam, saya plan nak buat simple dish, Baked Pasta. Kebanyakkan bahn yang digunakan adalah "segera". Pasta (macaroni), sos spaghetti, daging burger, cheese, cendawan dan bawang. Saya cuma beli daging burger dan cendawan saja sebab yang lain semua ada dalam simpanan di rumah.


Bahan bahan

Pasta - rebus hingga lembut dan toskan
1 tin sos spaghetti (original)
2 keping daging burger - cincang
5 kuntum shiitake mushroom - hiris nipis
Sedikit garam dan lada hitam
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dicincang
1/2 cawan mixed vege
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan daging burger yang telah dicincang. Kacau hingga daging bertukar warna.
2. Masukkan cendawan dan mixed vege, kacau hingga cendawan layu. Masukkan air, biarkan ia seketika.
3. Masukkan sos spaghetti, kacau sekata dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Biarkan ia mendidih seketika. Tutup api.
4. Masukkan pasta yang telah ditoskan tadi ke dalam sos. Kacau sekata, tuangkan ke dalam bekas tahan panas.
5. Taburkan dengan mozzarella cheese di atas permukaan dan bakar di dalam oven hingga cheese cair dan sedikit keperangan.
6. Sedia untuk dinikmati.


Tuesday, October 25, 2011

Beef Lasagna


Alahai.......

Disebabkan sedikit terleka bila syok mengadap TV, akibatnya lasagna saya sedikit "terbako" di bahagian atas tu. Nasib baik tersedar dan cepat cepat keluarkan dari oven. Kalau tidak, lasagna saya jadi Dayang Senandung la....

My husband selalu bising, kalau nak tengok TV, tengok jelah tak payah nak sibuk masak lepas tu lari ke sana lari kesini. Kalau nak masak, concentrate masak je... Uishhhh mana boleh, perempuan kan terer, kalau setakat 2,3 kerja dalam satu masa tu kira standard la kan. Kalau tak macam mana nak jadi "Superwomen" kan...

Ressepi nanti saya update kemudian ye....


Beef Lasagna

Tuesday, October 18, 2011

Pasta with Clams & Sausages

Pasta with clams & sausages


Dinner malam ni hanya masak yang simple saja, actually nak guna spaghetti tapi bila check stock tak ada pulak. Yang ada hanyalah bow tie, shell, macaroni dan yang saya gunakan kali ini. Dulu dulu saya suka pasta dengan sos merah tapi sekarang prefer dengan sos putih atau masak dengan seafood seperti yang saya buat malam ni.




Rasanya lama juga tak masak western, so memang planned dari awal nak masak pasta. First thing yang terfikir ialah nak buat Baked Macaroni tapi takde daging kisar pulak. Then teringat masa saya pergi pasar utk beli barang basah untuk jamuan hari ahad lepas, saya ada beli Manila Clams/Kepah kecil. Jadi menu bertukar dari Baked Macaroni kepada Pasta with clams & sausages.

Bahan bahan
Pasta
Manila Clams/Kepah
Daun Pasley
Bawang Putih
Bawang Merah
Lada Hitam
Sausage
Minyak zaitun
Garam

Cara cara
1. Panaskan air bersama sedikit garam dan minyak zaitun. Biarkan hingga mendidih, masukkan pasta dan biarkan hingga masak. Tapiskan dan tinggalkan sedikit air rebusan. Anggaran 1/4 cawan.
2. Hiris bawang merah, bawang putih dan daun pasley. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sausages yang telah dihiris nipis, goreng sebentar dan masukkan clams. Kacau sebati dan masukkan air rebusan pasta tadi dan sedikit daun pasley yang telah dicincang halus. Biarkan hingga kepah terbuka.
4. Masukkan pasta, perasakan dengan garam dan lada hitam. Biarkan seketika, angkat dan sedia untuk dinikmati.


 
Ini pula Cupcakes, buah tangan dari salah seorang kawan yang datang bertandang ke rumah saya weekend lepas. Edi membuat/menjual cupcakes dan juga menyediakan kelas untuk belajar membuat cupcakes. Jika berminat boleh jengok blog edi di ~c.a.k.e.w.o.r.m~.


Thursday, September 22, 2011

Mac Soup


Salam dan Selamat Sejahtera.....


Lamanya saya bermalas malasan....... Bukanlah tak masak langsung, tapi malas sungguh nak ambil gambar. Itulah kalau dah lama tak buat activity "masak - ambil gambar - makan", nak mula balik tu punyalah liat.


So, sebagai permulaan, saya hidangkan something which is light and easy...
( sebenarnya nak cover yang saya masih malas nak fikir apa menu untuk main masak masak )
Dua tiga hari ini hujan turun agak frequent dan lebat, kain baju bergantungan dan lembab. Membuatkan mood saya pun ala ala lembab gitu.

Semalam, Shah Alam especially kat Seksyen 13 hujan memang lebat dan agak luar biasa. Kami yang ada di dalam bagunan memang tak lah terasa sangat cuma tau hujan lebat saja. Rupa rupanya air dah naik di depan Pasaraya Giant dan berdekatan PTPL/Laman Seri. Banyak kereta yang sudah di masuki air dan tersadai sebab air naik mendadak. Pagi tadi hujan turun awal, ingatkan sepanjang harilah hujan. Alhamdulillah hujan dah berhenti walaupun matahari masih malu malu bersembunyi di sebalik awan.....



Macaroni Soup

Rasanya menu ni simple je kan, ala ala main campak. Campurkan saja sayur yang ada dalam peti ais untuk mempelbagaikan rasa dan warna. Kadang kala menu itu simple tapi bila warnanya menarik, lebih seronok untuk menikmatinya especially untuk anak anak kecil.

Tuesday, July 5, 2011

Pasta Goreng

 Pasta Goreng Pedas

Ini menu breakfast pagi tadi. Tapi terlebih cili so agak pedas sikit walaupun bagi orang melayu cam akak ni. "Terbako" juga la lidah. Mula mula ingat nak buat Pasta berempah Cajun resepi kak nor tu tapi malas la pulak nak check resepi pagi pagi. So buat ikut apa yang sempat sajalah...

Bahan bahan
100gm pasta - direbus hingga masak, toskan.
3 kuntum cendawan shiitake - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 batang lobak merah - dipotong dadu
2 sudu besar sos spaghetti
1 sudu besar cili kisar ( kena kurangkan )
Garam secukup rasa
Sedikit air
100 gms daging ayam - dipotong sais sesuai

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan cili kisar hingga masak. Masukkan ayam dan biarkan sebentar.
2. Masukkan sos spaghetti, cendawan dan lobak merah. Masukkan sedikit air dan biarkan hingga kuah mendidih.
3. Perasakan dengan garam. Masukkan pasta, gaul rata dan biarkan sebentar. Tutup api dan sedia dihidang.


Wednesday, June 1, 2011

Pasta with Meatballs Sauce


Salam di Pagi Rabu.

Mari kita jamu mata pagi ini dengan Pasta bersama Meatballs Sauce. Malam tadi tak berapa ada mood nak masak. Entahlah.... rasa malas sangat dan badan pun rasa macam lemah je. Rasa macam nak selsema agaknya.

Jadi saya masak yang ready made saja. Cuma tambahkan carot dan mushroom. Sauce pun yang ready made, senang kerja sikit. Lagipun sebelum balik my husband dah makan makan dengan kawan kawannya.

Wednesday, December 8, 2010

Pasta with meatball sauce

Dah 2 malam my husband takde kat rumah. So makan ikut tekak sendiri je lah. Nak masak beria ia pun takde mood. I feel soooooo blue. Hehehehe..... dah lama tak pernah berjauhan, sesekali rasa sayu je bila kena tinggal. Ek eleh makcik ni, orang lain lagi lama berjauhan dengan suami pun tak bising. Macam manalah orang lain yang terpaksa menjalani long distance relationship..... Tapi kalau dah terpaksa dan terbiasa dah lali la kan. Bukan apa, dalam rumah ni hanya kami berdua, so kalau sorang takde memang la rasa sunyi sangat. Tapi kalau dah ada depan mata, asyik cari pasal je.....

Berbalik pada menu malam ni, saya cuma masak pasta dengan meatball sauce. Semua yang dah ready made, cuma tambah shiitake mushroom dengan carot je dalam sauce tu. Jemput makan......

Wednesday, November 3, 2010

Baked Spiral Pasta

 
Minggu ni minggu yang agak busy + malas + kurang sihat + takde mood dan seribu satu alasan lagi, so masak yang simple je. Semalam saya masak Baked Spiral Pasta with beef, baby spinach and lots of mozzarella cheese. Habis diet segala. Malam ni pun tengah fikir nak makan apa yang simple je sebab my husband ada small gathering dengan kawan kawannya. Kalau rajin saya masak pasta lagi, kalau malas, saya pergi cari popiah basah kat Giant. Semuanya bergantung pada MOOD. Actually malas nak letak entry ni sebab tak puas hati dengan kualiti gambar tapi semua gambar yg ambik tak menjadi, jadi hantam sajalah....

Wednesday, October 13, 2010

Pasta & Wonton Soup

 
East Meet West..... pening kepala orang Italy tengok makanan tradisi mereka telah dubahsuai oleh rakyat Malaysia yang kreatif kan. Dah 2 malam tak makan nasi, tengoklah berapa lama boleh tahan. So dinner malam tadi saya buat wonton soup campur dengan Bow Tie Pasta. Sedap you, 2 mangkuk jugalah habis.
 
Tengahari semalam, berkobar kobar tak nak makan makanan yang berat sebab pagi tu saya dah makan soto bihun. Tapi my husband pulak beria ia tanya saya nak makan apa. Saya cakap, malas la nak makan nasi, dia cakap org nak belanja tak nak pulak. Akhirnya terpedaya, saya order pizza. Ambik, tak nak makan nasi tapi melantak pizza.  Alahai camne nak kuruskan badan ni, banyak betul dugaan......

Friday, October 1, 2010

Shell Pasta with Sausage


Menu semalam, resepi orang tengah takde idea nak masak apa. Lagipun semalam lunch dah hampir pukul 4 petang, siap makan nasi ayam sampai licin pinggan. So bila balik dah malas nak masak nasi. Tapi kena masak something untuk isi perut sebelum tidur. Manalah tau, dah syok syok tarik selimut, perut berbunyi minta diisi pulak. Lagi la malas nak bangun untuk cari apa yang nak makan.

Saya memang simpan beberapa jenis pasta kat pantry, selain spaghetti dan macaroni yg commonly used, saya ada fettuccine, Bowtie dan Shell Pasta. Senang untuk simpan sebab ia kering. Kalau nak masak mee pun lagi senang guna spaghetti dari beli mee kuning especially untuk keluarga yg tak ramai seperti saya ni. Kalau beli mee kuning, selalunya 1 packet boleh guna 2 kali, selalunya guna separuh, balance simpan dan akhirnya masuk tong sampah.

Resepi kali ni simple sangat dan cepat untuk disediakan. Tak banyak guna bahan bahan.

Bahan bahan
Shell Pasta - rebus hingga al Dante ( toskan )
2 ulas bawang putih
Garam
Sedikit sayuran berdaun - saya guna baby spinach
Olive Oil
1/2 sudu teh serbuk cili
1 batang sausage - dihiris menyerong ( saya guna sausage yg panjang 12 inci )
Cara cara
1. Panaskan minyak, goreng sausage hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan bawang putih, biarkan hingga naik bau. Masukkan daun bayam dan kacau hingga agak layu.
3. Masukkan shell pasta dan sausage, gaul rata. Masukkan serbuk cili dan perasakan dengan garam.
4. Siap untuk dinikmati.

Tuesday, July 27, 2010

Meatball Spaghetti


Semalam kami dinner awal, rasanya pukul 6 petang. Bukan sebab masak awal atau makan yang lefover tapi lepas habis kerja terus my husband ajak makna kat kedai. Sebabnya my husband nak main golf so takut terlewat nanti saya kelaparan pulak katanya. Alahai, macam la saya tak tau nak cari makan sendiri.

Tapi sebabkan makan awal, bila dah pukul 9 malam, perut cam minta diisi. Ingatkan nak masak mee segera tapi takde stok pulak. Yang ada cuma bahan nak buat spaghetti. Belek belek dalam freezer, ada meatball yang belum expired lagi, itupun dah hampir hampir.... Maka terhasillah meatball spaghetti dari bahan yang dah ready made.

Friday, June 11, 2010

Spaghetti Sambal Udang

Alahai lamanya saya tak sapu rumah ni, dah banyak habuk berterbangan di setiap ruang rumah. Kesian pada tetamu yang bertandang, tuan rumah tak ada ye..... Maaf la, tuan rumah dilanda kemalasan paling kronik di abad ini. Sungguh, saya malas yang teramat amat sangat, sepanjang minggu ni boleh dikatakan saya tak masak. Ermmmm...dah tentu tentu my husband belikan untuk dinner. Ada la sekali kot minggu ni, my husband request saya masak nasi lemak, tapi malas nak letak entry.

Tapi hari ni nak letak menu semalam, actually the previous day tu saya masak nasi lemak dengan sambal udang, so semalam masa balik rumah terasa lapar sangat. My husband pukul 9 malam baru sampai, so saya buka peti ais ada leftover sambal udang. Apa la nak buat ni, nak masak nasi, my husband tak nak makan nasi. So saya pun rebus spaghetti then campurkan sekali dengan sambal udang tu. Ehh....sedap juga. Bolehlah alas perut, memang sesuai sangat untuk orang orang yang "Terlebih Rajin" seperti saya ni.

Friday, June 4, 2010

Baked Pasta

Malam ni dinner makan pasta saja, saya buat baked pasta menggunakan instant Leego's Sauce. Semenjak dua menjak ni my husband tak nak makan nasi masa dinner. Dia hanya nak makan selain nasi. Memang la seronok sebab tak perlu masak berbagai bagai lauk untuk di makan dengan nasi, tapi sebab lama tak masak, teringin pulak nak masak kari ke. Eh, cakap pasal kari, dah lama my husband tak request nak makan kari kepala ikan.

Kalau tak, masa dulu sekurang kurangnya sekali dalam seminggu mesti nak kena masak kari kepala ikan ni. Sekarang, saya pun dah jarang ke pasar membeli barang basah. Tadi masa sembang dengan my husband, saya cakap dah lama tak ke pasar. Lagipun esok public holiday, bolehlah pergi pasar pagi pagi dan fikir nak masak apa untuk lunch esok.

Berbalik pada menu malam ni, saya ikut resepi yang ada pada botol sauce tu. Nanti kalau ada masa saya letakkan resepinya. Selamat berhujung minggu dan buat semua guru dan pelajar, selamat bercuti panjang.

Wednesday, January 6, 2010

Fettuccine Goreng


Sebabkan semalam dinner awal, pagi pagi tadi dah rasa cam kebulur la pulak. Goreng Fettuccine tapi letak udang dengan sayur kobis je. Sebab tu nampak pucat. Hari ni lambat nak update sebab P1 WIWAX TERSANGAT la lembab dua tiga hari ni.

Thursday, December 10, 2009

Fettucine Alfredo Portabello



Mak oiiii..... namanya bukan main ITALY lagi. Sos dia saya guna yang dalam tin. Ikut je cara cara yg tertulis kat tin tu. Cuma saya tambah lala dan dry herbs.

Saturday, October 31, 2009

Spaghetti Sardines

Konon kononnya nak buat Pastri sardines cam kat rumah Ayu tu, apa ke namanya. Tapi bila tengok pastri saya tak cukup. sambal sardines dah buat dulu sebab ingat pastry ada lagi dalam esbok. Jadi saya gunakan pastry yg ada buat sardines puff dan balance sardines tu makan dengan spaghetti. Kiranya gantikan kuah Bolognese tu dengan sambal sardines.

Friday, October 23, 2009

Spaghetti With Meatball Sauce


Semalam mata hitamku bertukar jadi hijau dan biru gitu. Sebenarnya dah tak tau nak masak apa. Tanya yg sorang tu nak makan apa, jawapan yg standard ialah.... apa apa je lah. Adoi bab tu yg akak pening kepala tu nak memikiokan resepinya. Alih, petang tu ajak dia gi TESCO, rembatlah apa yang patut untuk dinner. Since dah lama tak masak spaghetti, so kita buat yang senang je lah kan. Meatball tu pun yang ready made. Sos, dah tentu yg dalam botol je.

Thursday, November 20, 2008

Fettucinne Bersama Sos Putih


Semalam, mimpi apa ntah, masak semua yang western jer. Bukan apa, my husband dah makan kat luar jadi saya masak ikut tekak saya ler. Balance sos putih yang makan ngan ikan salmon tu saya gaulkan dengan pasta dan selamat masuk perut.