Monday, March 25, 2013

Asam Pedas Ikan Parang


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini nak letak gambar masakan Asam Pedas Ikan Parang yang saya masak untuk makan tengahari semalam. 

Asam pedas antara masakan yang saya gemari. Sebab ada rasa pedas dan masam dan memang sedap kalau dapat menghirup kuahnya. Ermmm sambil menaip sambil terbayang bayang asam pedas ni, boleh kecur air liur.

Selalunya kalau saya masak asam pedas, memang buat sikit sekadar untuk sekali makan saja sebab my husband tidak menggemarinya. Disebabkan saya teringin nak makan, so saya masak juga untuk kepuasan tekak sendiri dan untuk yang sorang lagi saya sediakan masakan kegemarannya....


KARI KETAM.

Saya tak makan pun kari tu, sebab lebih excited nak makan asam pedas.



Resepi asam pedas ni saya ambil dari blog CMG.



Sunday, March 24, 2013

Mango Pudding





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekolah sudah mula bercuti dan ramai ibu bapa yang sedang menghabiskan cuti bersama sama keluarga tersayang.

Masa cuti inilah juga kaum ibu sibuk untuk menjamu selera anak anak terutama yang tinggal di asrama. Mesti ada pelbagai menu yang sudah dirancang untuk dimasak pada hari ini kan. Yelah, hari ini hari minggu, semua ada di rumah. Mesti banyak makanan yang enak enak nanti kan...





Shah Alam agak mendung hari ini, langit sudah menunjukkan tanda tanda akan hujan. Nampaknya rancangan untuk keluar berdating dengan my hubby akan tergendala. Harap hujan tak turun atau mungkin sekadar sekejap saja. Walaupun tidak pergi jauh tapi kalau hujan agak kurang selesa untuk keluar berjalan jalan.




Agak lama juga tak buat puding mangga, kadang kala bila beli buah mangga, habis makan begitu saja. Tak sempat nak buat puding pun. Sebenarnya plan nak buat petang semalam tapi tak jadi sebab tak jumpa buah mangga di kedai berhampiran. Tapi pagi tadi saya dan suami keluar bersarapan di luar, kebetulan ada kedai runcit yang menjual buah mangga. Itupun hanya ada 3 biji saja.





Hari ini saya buat puding mangga yang lembut dan agak creamy sebab saya gunakan thicken cream.


Puding Mangga


Bahan bahan
250 gms isi mangga
1 cawan thicken cream
1 cawan susu segar
1 sudu makan serbuk gelatin
120 gms gula pasir - adjust ikut kemanisan yg disukai
Sedikit air untul larutkan gelatin

Cara cara
1. Masukkan serbuk gelatin ke dalam air dan biarkan ia hingga larut.
2. Kisar isi mangga bersama sama dengan susu segar, gula dan cream hingga halus.
3. Tuangkan campuran isi mangga ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan hingga hampir mendidih.
4. Masukkan gelatin yang telah di larutkan ke dalam periuk tadi dan kacau agar sebati.
5. Biarkan seketika tetapi jangan sampai mendidih. Tutup api dan tuangkan ke dalam bekas yang sesuai. Dinginkan.
6. Jika suka dadukan isi manggan dan letak di atas puding semasa menghidang.


Thursday, March 21, 2013

Tomato & Mushroom Omelette

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Sudah beberapa hari saya tak masak di rumah, agak sibuk sikit kebelakangan ni. Badan pun rasa macam agak lemah. Mungkin disebabkan cuaca yang agak panas, kurang minum air dan faktor usia. Maklumlah dah tua...



Hari ini saya cuma letak entry menu yang simple, 

Telur Goreng.

Aduhai!!!! mesti tension kan, telur goreng pun nak masuk dalam blog ke.. 

Ala sesekali apa salahnya glamourkan sikit si telur ayam ni. Lagipun telur ni boleh dikatakan sebagai penyelamat keaadaan. Dibuatnya tiba tiba tetamu datang tanpa war warkan dulu, jamu je lah telur dadar dengan nasi putih. Bagi kicap sekali, confirm 2 pinggan habis.

Telur, Kicap, Sardin antara bahan yang selalu ada dalam gerobok.




Hari ini saya buat telur dadar ala ala Fritata, tapi saya tak letak cheese atau sebarang english herbs. Sebab saya ni peminat fanatic cendawan shiitake, jadi saya letak agak banyak.


Tomato & Mushroom Omelette

Bahan bahan
4 biji telur ayam saiz Jumbo
1 biji cili merah - di dadu
1 labu bawang besar - di dadu
5 kuntum cendawan shiitake - hiris nipis
2 kuntum cendawan tiram - hiris nipis
1 keping daging salai - dihiris kecil
5 biji tomato ceri - dibelah dua
1/2 sudu makan butter
Garam dan lada hitam secukup
Daun salad - bahan sampingan

Cara cara
1. Pukul telur bersama sama dengan garam dan lada hitam hingga agak kembang, ketepikan.
2. Panaskan oven, putar ke function "GRILL".
3. Panaskan kuali, cairkan butter dan masukkan hirisan daging salai. Goreng sebentar hingga hampir masak.
4. Masukkan cendawan, cili merah dan bawang besar. Goreng hingga semua bahan hampir layu.
5. Tuangkan telur yang telah dipul tadi ke dalam kuali, susun buah tomato ceri di atas permukaan telur dan masak dengan api perlahan lebih kurang 5 minit.
6. Matikan api, masukkan kuali berisi telur ke dalam oven dan panaskan lebih kurang 5 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk sebentar.
7. Sedia dinikmati bersama sama nasi atau roti.


Monday, March 18, 2013

Calamansi Iced Tea



Just sharing some pictures with my dear readers...

Do enjoy!!!!




Calamansi Iced Tea

Sebagai penghilang dahaga ketika cuaca panas membahang.




Suka?





Sunday, March 17, 2013

Basic Buttermilk Scones



 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa agaknya menu untuk minum petang di hujung minggu ni ye... Agak lama juga tak baking kek atau cookies kat rumah ni. Maknanya oven pun jarang beroperasi kecuali kalau nak memanggang ikan atau ayam.

So hari ini merajinkan diri untuk membuat scones di rumah. Kalau ke Cameron Highland, memang tak sah kalau tak menikmati scones di sana.


Plan nak buat scones berbentuk bulat tapi puas mencari cookie cutter tapi tak jumpa, entah di mana saya simpan. Akhirnya saya potong bentuk wedges.



Ini ialah "Pastry Blender" yang biasa digunakan untuk menggaulkan tepung dan cold butter. Boleh juga menggunakan jari jika tiada alat ini.



Biasanya scones dimakan bersama sama jem, butter atau clotted cream. Tapi saya cuma menikmatinya bersama sama dengan butter dan homemade strawberry jam.


Tuesday, March 12, 2013

Deep Fried Soft Shell Crabs



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

First of all, thanks for the birthday wishes. Dah tua akak ni, tapi bak kata Cik Mimi, " Age is just a number". That soooooo true my dear friend. Yang penting kita sihat dan bahagia dengan diri kita, dikelilingi keluarga dan kawan kawan yang bukan saja ada semasa kita senang tetapi semasa kita memerlukan walau pun hanya sebagai pendengar.

Berbalik pada menu malam tadi,

Pernah makan Soft Shell Crab? Kesian kat akak tau, baru je nak merasa seafood yang satu ni. Orang lain dah muak, kita baru dapat makan. Bukan apa, selalu juga bila tengok rancangan masakan especially dari luar sana ada tunjukkan pasal soft shell crab ni. Terfikir juga macam mana agaknya rasa dia.

Kebetulan hari ahad lepas suami ajak ke pasar tani Stadium Shah Alam untuk membeli barang basah. Seperti biasa kami sampai lebih kurang pukul 7.30 pagi. Pusing bahagian barang basah then balik. Jarang sangat pergi bahagian yang lain.

Sebelum ini tak adalah pula orang jual soft shell crabs dengan lobster kat pasar tani seksyen 13 ni. Since dah lama teringin nak makan, saya beli 4 ekor yang berharga RM25. Saiznya agak kecil.




Since tak pasti nak masak apa, saya cuma buat seperti ketam goreng tepung.

Bagaimana nak explain rasanya ye... rasa macam ketam lah kan. But according to my little picky eater so called husband, lebih sedap blue crabs lagi. Mungkin sebab blue crabs boleh dapat fresh compared to this soft shell crab yang dah dibekukan.

Bahan bahan

2 ekor soft shell crabs - potong bahagian depan, bersihkan dan tos.
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 cawan susu segar

****  Campurkan semua bahan dan gaul sebati

1 cawan tepung goreng/tempura
Minyak untuk menggoreng

Cara cara
1. Ambil seekor ketam, gaulkan di dalam campuran telur dan susu, keluarkan dan gaul di dalam tepung.
2. Goreng terendam di dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
3. Pastikan kedua dua bahagian masak sekata. Ulang hingga habis.



Saturday, March 9, 2013

It's My Birthday!!!!!!



Alhamdulillah kerana masih bernafas dan berpeluang untuk menyambut hari kelahiran untuk yang ke sekian kalinya.


Terima Kasih buat kedua ibu bapa saya yang bersusah payah melahir dan membesarkan hingga saya menjadi diri saya hari ini.

Dan terima kasih buat suami yang sentiasa mencuba yang terbaik untuk memahami dan memenuhi kehendak saya.


Wednesday, March 6, 2013

Lopes Daun Buluh



Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....

Tiba tiba teringin nak makan kuih lopes. Agak lama juga tak buat, selalunya yang dijual di gerai gerai lopes yang berwarna hijau.

Sejak diperkenalkan dengan Lopes Daun Buluh oleh Cik Puan Mimi, memang dah suka buat kuih lopes macam ini.


Saya dah pernah masukkan entry berkenaan Lopes Daun Buluh sebelum ini, jadi boleh refer di bahagian label kat sebelah kanan jika perlu.

Tapi rasanya cara membuatnya lebih kurang sama cuma lopes ini tidak menggunakan pewarna dan daun buluh digunakan untuk menggantikan daun pisang.



Sebenarnya ada kejadian yang tak sepatutnya terjadi semasa menyediakan lopes ini. Saya sedang masak air gula melaka untuk dihidangkan bersama sama kuij lopes ini tapi sebabkan saya sedikit terleka, tiba tiba nampak asap berkepul kepul di dapur.

Apalagi bergegas berlari ke dapur, rupa rupanya air gula melaka saya dah hangit dan terbakar. Rasanya pun dah terlalu pahit. Bila tengok stock gula melaka, cuma tinggal sedikit saja. Sebab itu air gula melaka saya sedikit pucat.

Tapi bolehlah dari tak ada langsung kan.....





Kuih yang tidak pernah menjemukan.....

P/s - Daun buluh biasanya boleh didapati di kedai ubatan herba cina. Saya pernah nampak di jual di beberapa pasaraya seperti Giant Seksyen 13, Pasaraya HERO seksyen 13, tetapi bukannya sentiasa ada.



Monday, March 4, 2013

Talam Sekoteng



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Hampir seminggu tidak berupdate blog My Small Kitchen, entah kenapa. Mungkin tuan rumah agak sibuk atau agak malas disebabkan cuaca yang terlebih berbahang di Shah Alam kebelakangan ini.

Boleh bagi alasan macam tu tak?

Sebenarnya agak lama juga saya beli sekoteng ni, rasanya akhir tahun lepas. Punyalah lama disimpan, maklumlah bila teringin nak buat mencari bagai nak rak. Tapi bila barang dah ada dalam tangan, rasa malas pulak atau ada benda lain yang lebih mengujakan untuk dicuba.



Tapi semalam walaupun cuaca membahang, saya rajinkan juga membuat Talam Sekoteng yang saya ambil resepinya dari blog Kak CT Delima. Ini kerana kuantiti adunannya tidak banyak dan sesuai untuk keluarga yang kecil. Maklumlah kalau buat banyak, nanti membazir pula sebab tak ada yang nak tolong habiskan.

Saya memang selalu ketinggalan keretapi kan.... Masa orang lain tengah menggila buat Talam Sekoteng, saya tengok dari tepi je. Masa orang lain menggila buat Durian Crepes, saya jeling  sipi sipi je.... 

Bila orang dah habis menggila,

saya pula yang menggila sorang sorang. Okay apa....



Since ada banyak kerja yang buat saya "gila" sekarang ni, jadi jamu mata dulu lah ye. Bila saya dah normal balik, saya type resepi.Itupun nak pergi copy kat blog kak CT




LAPISAN BAWAH
Bahan : A
35g sekoteng (rebus dahulu & toskan)

Bahan : B
90 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1/2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)
110 gm gula castor
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara :
Bahan A, direbus dan toskan, bancuh bahan B dan tapis. Masak Bahan B sehingga naik wap, masukkan sekoteng dan gaul rata. Tuangkan kedalam loyang 8" dan kukus selama 25 minit. 


LAPISAN ATAS
Bahan:
90 gm tepung gandum
125 gm gula halus (boleh juga guna gula kastor)
3 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil-esen ros cap star + 1/2 sudu kecil pewarna rose pink

Cara-cara :
Bancuh semua bahan2 atas, tapis kedalam periuk. Masak hingga naik wap & tuangkan keatas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit.



Gambar ihsan dari google.

Sekoteng juga di kenali sebagai "PACAR CINA"