Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, September 6, 2010

Dapat Kuih Raya lagi.....


Hari ni dapat kuih raya lagi.....  Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan. Terima Kasih buat Pn Masni untuk hamper kuih raya ni.

Sunday, September 5, 2010

Soto Ayam


Hari ni sudah 26 hari umat Islam menjalani ibadah berpuasa dan tinggal beberapa hari lagi menjelang 1 Syawal. Ramai juga yang sudah pulang ke kampung tapi masih ramai yang perlu bekerja hingga hari Rabu depan. Kalau pergi shopping complex, penuh dengan umat manusia bersesak sesak membeli belah di saat saat akhir sebelum balik kampung. Saya saja je ajak my husband pusing Shah Alam, malam semalam. Saja nak tengok orang ramai cam ada pesta je. Pusing pusing Shah Alam lepas tu singgah minum dan balik rumah.

Memandangkan hari ni cuti, saya merajinkan diri buat Soto Ayam untuk menu berbuka hari ni. Seronok tengok rumah kawan kawan yang lain sibuk buat kuih raya, macam macam jenis ada. Ada satu dua kuih raya yang saya teringin nak buat tapi tengok keaadaan dulu. Ingatkan pagi tadi nak keluar cari barang nak buat kuih, tapi tak mendapat reaksi yang menggalakkan dari my husband, terus terbantut. Tengoklah, kalau sempat boleh buat kat kampung dengan adik saya.

Oh ya, resepi Soto Ayam ni saya ambil dari sini

Friday, September 3, 2010

Menu Malam ini


Tadi terasa nak makan pasta, rasanya agak lama juga saya tak masak spaghetti or any other pasta. Saya beli Bowtie Pasta ni rasanya sejak awal ramadhan lagi. My husband seperti biasa akan merayap di Bazar Ramadhan cari lauk dan saya cuma masak nasi je untuk dia.

Hujung minggu lepas masa saya merayap di Bazar Ramadhan, ada orang jual Frozen Food such as sosej, daging burgers dan macam macam lagi. Salah satu yang menarik perhatian saya ialah Sosej yang panjang, rasanya 2 X panjang dari sosej yang biasa dijual di pasaraya. Lagi satu kepingan daging seperti bacon dan di kenali sebagai BRISKET . Harganya boleh tahan mahal juga tapi sebab nak rasa, saya beli juga satu packet each.

Kali ni saya gunakan sos jenama San Remo, selalunya saya gunakan jenama Prego. Saja nak rasa jenama yang berbeza than bolehlah decide yang mana lagi menepati selera sendiri. Dalam sos tu saya masukkan brisket yang telah dipotong kecil dan juga fresh shiitake mushroom.

What is brisket?

Brisket is a beef cut taken from the breast section beneath the first five ribs, behind the foreshank.


Memandangkan saya masih ada stok Greek Yogurt, so malam ni saya makan yogurt dengan honey and dragon fruit. Hari tu tamak sangat, beli sampai 2 bekas. Kalau hari biasa bolehlah cepat habis, bila bulan puasa semua nak makan dalam waktu yang singkat.
Jadi moral of the story...... JANGAN TAMAK & IKUT NAFSU.

Hadiah lagi.....


Hari ni dapat buah tangan lagi sempena Hari Raya Aidil Fitri. Rezeki kan, jangan ditolak. Musuh jangan pulak di cari. My husband tegur saya kenapa tersengih sengih je tu? Saya cakap, suka sebab dapat hamper lagi. Sempat lagi dia sindir saya, asyik orang je bagi kat you, bila you nak bagi kat orang pulak? Yelah, yelah.... nanti saya pergi tengok la hamper tu. Kat sini ada kedai yang khas jual hamper sahaja, bergantung pada occasion. Tapi harganya...... ermmmm semput juga akak dibuatnya. Anyway thanks to Pn. Faridah untuk hamper ni.

Thursday, September 2, 2010

Iftar ke 22

Salam di pagi khamis,

Agak lama juga saya tak memasak, masa cuti hujung minggu lepas, my parents ada kat rumah. So bawa diorang jalan jalan tengok bazar ramadhan kat sini sambil tu carikan baju raya untuk mereka.


Semalam, my husband ada jemputan berbuka, biasanya kalau dengan kawan kawan bisnesnya saya tak ikut. Tak selesa sebab selalunya semua lelaki, lebih baik saya berbuka di rumah.
Mula mula saya terfikir nak beli je makanan yang dah siap masak since saya seorang je nak berbuka di rumah. Tapi masa dok membelek rumah dak IKA, ternampak mee kari. Kebetulan masa tu my husband lalu kat belakang saya, sempat dia menjeling pada komputer kat depan saya. Sempat dia tanya, apa tu? Saya cakap mee kari. Sedap juga kan kalau makan mee kari malam nanti.

Eh!!! bukan ke you nak berbuka kat luar nanti? Ye lah, tapi tak tau la makanan tu kena tak dengan tekak I, atau manalah tau jemputan ramai ke... Itulah my husband, agak susah bila masuk bab makan kat rumah orang. Nasib baik juga saya masak mee kari, sebab bila balik saya tanya makan apa, katanya makan sikit je sebab ramai orang dan bila dah sampai giliran nak ambil makanan, ada lauk yang dah habis. Ada kambing panggang tapi pukul 7 pm baru nak start memanggang, jadi pukul berapa nak makan.

Kiranya mee kari saya jadi penyelamat la malam tadi.... Anyway, my husband and I agreed that this mee kari is really delicious.Thanks to person who share this recipe. Saya ambik resepi ni dari rumah dak IKA. Boleh check kat sini.



Lama juga tak buat dessert, tapi semalam nak cepat saya buat dessert separa segera. Karamel Puding Jagung, saya gunakan serbuk puding segera yang boleh didapati di pasaraya.

Lebih kurang sama seperti membuat cream caramel, sediakan gula hangus, tuangkan ke dalam bekas yang sesuai. Masak puding jagung seperti yang tertera pada bungkusan, biarkan ia suam sedikit sebeluam dituangkan ke dalam bekas yang berisi gula hangus tadi. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidang. Cara ini boleh menjimatkan masa sebab tak perlu mengukus atau membakar secara bain marie.

Sunday, August 29, 2010

Berbuka Puasa di De Palma Inn Shah Alam


Semalam, hari sabtu my parents datang dari kampung. Memandangkan takde sesiapa nak drive kereta, jadi diorang datang dengan bas. Saya pergi jemput di Stesen bas, tapi dari Shah Alam nak ke KL tu bukan main teruk jemnya. Agaknya masing masing nak pergi shopping di Jalan TAR kot. hampir 1/2 jam jugalah jalan terhenguk henguk sebelum sampai di Stesen Bas Pekeliling. 

So, petang tu my husband ajak my parents berbuka di De Palma Inn Shah Alam. Nasib baik sampai awal juga, ada yang dah bising bising kat kaunter sebab tak dapat meja walaupun dah booking.


 Antara makanan yang sempat di shoot, main dish tak sempat snap sebab orang agak ramai juga. Segan pun ada sebab saya dan seorang lelaki saja yang mengendong kamera gabak. Ada yang siap jeling dan tengok saya cam alien pun ada gak. Mesti dalam kepala diorang, entah apa apalah minah sorang ni....











Berbuka puasa di Intekma & Convention Centre

Layan je lah antara gambar makanan yang sempat saya snap masa berbuka puasa di Intekma & Convention Centre Shah Alam pada hari Khamis lepas. Not bad makanan dia dan harganya pun takdelah sampai potong leher.....













Saturday, August 28, 2010

Menu Ramadhan ke 17


Semalam walaupun bercuti, akak maintain tak masuk dapur. Yang saya buat cuma air tembikai laici. Yang lain lain tu semua main tunjuk je.


Yang ni pajeri terung, antara menu yang saya beli semalam. Yang lain lain tu malas nak ambil gambar. Makin hari makin malas la pulak rasanya.

Semalam lepas solat jumaat, my husband ajak jalan jalan ke Komplek PKNS. Konon kononnya nak pergi survey baju raya tapi lastly dia ajak saya keluar sebab orang terlalu ramai, sesak sampai tak selesa nak membelek baju. Memandangkan masa tu pun dah hampir pukul 4.30 ptg, kami singgah la ke bazar Ramadhan kat belakang Kompleks PKNS ni. Saja jalan jalan nak menghabiskan masa dan jeling jeling apa makanan yang berkenan di mata.

Sambil menjamu mata, saya sampai kat satu gerai ni, ramai juga org sedang membeli makanan kat situ. Saya pun join sama la nak tengok menu apa yang menarik. Sambil tu mata saya membelek banner yang digantung di depan gerai ni. Tiba tiba..... rasa cam kenal je gambar yang terpampang di banner tu. Belek dua tiga kali, memang confirm gambar masakan saya yang pernah saya post dalam blog ni lama dulu.
Gambar gulai ikan keli dan keli bakar air asam tu boleh tengok kat sini. Ingatkan nak ambil gambar tapi my husband dah jeling saya, terus terbantut hasrat tu....

Thursday, August 26, 2010

15 Ramadhan


Salam semua, makin hari makin tak tau nak makan apa. Semalam berbuka dengan ayam kampung goreng dan sambal udang petai. Malas nak ambil gambar sebab dah selalu sangat sambal udang tu enterprem kat sini.
Semalam my husband beli air tebu dan saya buat jus karot untuk diri sendiri. Tapi saya cilok juga air tebu yang my husband beli tu.


Semalam sedikit rajin, saya buat agar agar milo dan top up dengan fruit coktail. Hari ni tak perlu fikir nak makan apa sebab semalam my husband dah suruh saya booking buffet ramadhan. Kalau rajin saya gendong kamera gabak, kalau kurang rajin saya bawa compact camera tapi kalau malas, saya bawa diri saya je.....

Wednesday, August 25, 2010

Menu Berbuka Semalam (Hari ke 14)



Makin hari makin tak tau nak makan apa untuk berbuka..... Pening juga kepala nak memirkirkannya. Orang kat Pakistan yg dilanda banjir besar tu pening memikirkan tak ada benda nak makan, yang kita pening sebab bukan takde makanan tapi tak tau nak makan apa. Jadi jangan peningkan kepala anda memikirkan saya yang pening ni...

Menu semalam ialah sup ikan, gulai daging kawah dan ikan bakar. Rasa jemu sangat makan masakan yang bersantan ni, tapi tak boleh fikir tekak kita je, nak kena fikir tekak orang lain juga. Kalau ikut saya, saya suka yang rebus dan kukus je, tak pun panggang.


Ingatkan nak buat laici kang tapi tak cukup bahan pulak. Singgah pasaraya berdekatan, bahan yang dicari takde pulak. Balik rumah, buat jelah sirap campur dengan cendawan bunga, biji selasih, buah kembang semangkuk dan buah kabung atau attap chee.


Nak letak nama apa ye? Sirap caca marba ok tak?

Tuesday, August 24, 2010

Menu Berbuka Semalam


Peria Goreng Udang
Semalam tak tau dah nak masak apa untuk berbuka. My husband seperti biasa, tawaf Bazar Ramadhan kat Stadium Shah Alam. Lastly dia balik dan bagitau saya takde apa yang nak beli. Ramai peniaga yang tak buka gerai. Tak pasti kenapa, mungkin sebab semalam cuaca tak berapa elok pada awalnya. So mungkin diorang takut kena ribut seperti kat Melaka tu kot. So sebelum balik saya singgah beli peria dan udang, rasanya dah lama juga tak masak peria. Untuk my husband, ada sambal sotong kering.

Sotong Bakar

Then saya bakar sotong "gajah" 2 ekor. hehehehe...suka suka je gelar sotong gajah, sebabnya sotong tu agak besar.

Saturday, August 21, 2010

Menu Ramadhan ke 11

Masak Lemak Kurau Masin & Nenas

Salam buat semua tetamu yang bertandang ke dapur saya, maaflah dah 2 hari tak update blog. Agak sibuk sikit kebelakangan ni. Lauk ikan masak kicap tu pun dah basi , ye tak? Nak buat macam mana, saya ni bekerja, jadi kadang kala masa tak cukup nak buat itu dan ini. Jadi kena buat apa yang penting dulu.

Satay

Antara menu berbuka hari ni, Masak Lemak Kurau Masin & Nenas, Satay, Young Tau Foo dan Mango Lassi. Tapi bukanlah saya masak semua ni, main tunjuk je kecuali Mango Lassi tu saya buat sendiri. Hari ni dan esok Ahad pun saya kena kerja. Nak kena siapkan kerja kerja yang melambak lambak ni.

Yong Tau Foo

Saya tengok ramai orang dah start shopping untuk hari raya, maklumlah minggu depan cuti agak panjang, Nuzul Quran dan bersambung dengan Hari Merdeka. Mungkin ramai yang ambil kesempatan membeli belah untuk bawa pulang ke kampung. Yelah kan, mana yang tahun ni giliran rumah mertua, mungkin masa cuti inilah nak balik rumah sendiri dulu ataupun sebaliknya. Ermmm... saya sepatutnya giliran balik ke kampung suami tapi sebabkan my MIL dah passed away, my husband ajak balik rumah saya dulu. Then mungkin balik Perlis pulak.

Mango Lassi

Dah lama tak buat Mango Lassi, kena pulak ada Greek Yogurt, memang superb especially kalau mangga yang kita gunakan tu memang manis. Tak percaya? Cubalah...

Thursday, August 19, 2010

Menu Ramadhan ke 8


Dah beberapa hari asyik makan ayam, daging, ayam, daging..... Jemu juga sebenarnya. Tapi kalau my husband yang beli lauk kat Bazar Ramadhan, itu jelah yang dia nampak, sebabnya dia bukannya peminat Mr. Fish. So semalam masa dia tanya saya nak makan apa, saya cakap beli sikit dahlah, beli yang you terasa nak makan. Sebabnya saya nak makan ikan la pulak.

Mula mula nak masak ikan merah masak lemak, tapi terasa cam baru je makan masak lemak 2 hari lepas.Fikir fikir lebih baik masak yang simple dan cepat. 
Semalam saya balik awal, rasanya sampai rumah lebih kurang pukul 6 ptg. Jalan pun cantik, takde jem. Sampai rumah terus start memasak, elok siap je, saya pun beria ia nak shoot. Bawa la ikan kicap saya ni posing kat luar rumah, sebelum keluar tu siap pandang kiri kanan, teropong sana sini dulu. Yelah kan, tak pasal pasal orang ingat saya tak puasa la pulak. Pukul 6.45 ptg dah siap letak lauk dalam pinggan, cam dah nak berbuka la pulak.


Semalam buat 2 jenis air, sorang nak jus orange, sorang lagi nak jus tembikai. Ha apalagi, kenyang minum air je lah nampaknya.

Wednesday, August 18, 2010

Menu Berbuka Semalam


Antara menu berbuka semalam, sebab hari tu terkilan tak sempat makan kerabu taugeh dengan daun selom sebab dah basi, jadi semalam saya buat sendiri kerabu tomato. Ini yang paling senang dan cepat.
Mula mula nak letak ikan bilis goreng atas kerabu tu tapi tiba tiba malas pulak nak goreng ikan bilis. Boleh gitu? hehehehe...tiba tiba boleh malas pulak kan.


Selain sambal tumis udang, ada lagi masak lemak siput sedut, ayam percik dan murtabak. Fuhhhh...macam ada 5,6 orang kat rumah ni. Patutnya bila bulan puasa ni boleh turun berat badan, tapi nampaknya makin bam bam la lepas ni.