Wednesday, June 30, 2010

Homemade French Fries

Hari ni tak tau nak masak apa, my husband nak makan nasi lemak bungkus je. Nasib baik kat depan MyMydin Bukit Jelutong tu ada orang jual nasi lemak bungkus, seringgit satu bungkus. Malas arrr nak masak nasi lemak, nasib baik dia suruh beli je. Since tak masak lagi dan lagi, saya buat homemade fries. Eh, sedap apa makan fries sambil layan citer kat TV. Sebelah tangan ambik fries masuk mulut, satu tangan lagi pegang remote control.........

Bahan bahan
2 biji kentang ( Russet is the best )
Minyak untuk menggoreng
Garam
Sos Tartar

Cara cara
1. Potong kentang mengikut saiz yang dikehendaki, ( saya gunakan alat untuk potong fries).
2. Panaskan minyak, jangan terlalu besar api, goreng lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak dengan api yang sedikit besar, masukkan semula kentang yang telah digoreng tadi. Goreng sehingga kuning dang garing.
4. Angkat dan toskan. Perasakan dengan garam dand hidangkan bersama sos tartar. Yum yum yum....

Tuesday, June 29, 2010

Easy Kimchi


Puas saya tunggu kat Simpang Pulai, takde sape pun datang nak ambik ciskek, jadi saya balik je lah.Balik rumah makan kimchi lagi bagus..... Semalam saya terlebih rajin, mula mula buat preparation untuk sediakan Kimchi, siap semua saya buat ciskek pulak. Uishhhh penuh betul aktiviti malam semalam. Mesti ada yg tanya, ehhh! makcik sorang ni tak masak untuk makan malam ke? Ala, pakcik korang dah siap belikan makanan untuk dinner, jadi makcik bolehlah buat kerja lain.

My husband selalu pesan sebelum balik, " Tak perlu masak, nanti I beli je. Balik rehat, jangan nak sibuk buat kuih muih ke, apa apa je lah. Bolehlah layan cerita Korea you tu, tengok blog ke". Hehehehehe...maksudnya, saya boleh layan citer Korea atau tengok blog sebelum dia sampai rumah. Kalau dia sampai, laptop saya masih ON, selagi saya tak OFF dia akan tanya, tak habis lagi ke? So, sebelum dia sampai, lebih baik saya habiskan entry ni.

Mari kita tengok cara cara nak buat Kimchi, saya buat sebahagian saja dari resepi di bawah sebab sekadar nak mencuba. Kalau buat banyak, tak boleh masuk kat tekak pun rugi juga. Saya buat semalam, so makan hari ni. Kalau ikut tekak saya yang boleh masuk kepala keretapi ni, not bad rasa kimchi ni. Kira boleh diterima lagi, rasanya seperti jeruk kubis tapi sedikit pedas.


Easy Kimchi
Sebiji Napa Cabbage ( Kubis Panjang )
350 gms garam kasar
air untuk mencuci kubis
1 batang lobak putih / radish saiz sederhana
100 gms daun bawang
100 gms leeks
1 batang lobak merah saiz sederhana

Bahan Perasa

65 gms serbuk cili

50 ml sos ikan
50 gms udang kering / isi tiram segar
1/2 sudu besar gula
100 gms bawang merah kisar
40 gms bawang putih kisar
1 1/2 sudu besar halia kisar
1 gelas buah pear yang telah dikisar


Cara cara
1.Belah kubis secara memanjang dan potong sebesar bite size. Cuci 2,3 kali sehingga bersih dan toskan.
2. Masukkan ke dalam bekas besar dan lumurkan dengan garam dan biarkan selama lebih kurang 1 1/2 jam. Dalam masa itu balik balikkan kubis supaya masinnya sekata.
3. Bilaskan kubis dengan air dan toskan. Basuh sayur sayuran lain dan toskan. Potong kira kira 5 cm panjang dan 0.3 cm tebal.
4. Gaulkan bahan bahan perasa, dan masukkan sayur sayuran yang telah dipotong tadi dan garam.
5. Gaulkan bahan No 4 dengan kubis yang telah siap ditoskan tadi. Pastikan semua kubis disaluti dengan bahan perasa.
6. Masukkan ke dalam bekas, tekan tekan kimchi biar padat dan tutup dengan rapat.
7. Boleh terus di makan atau simpan sehingga ia menjadi jeruk.

Mango Cheese Cake


Semalam nampak Kak Watie buat Blueberry ciskek, aduhai meleleh leleh air liur depan lap top. Apalagi, semalam balik terus buat sendiri la kan. Sape yang dah meleleh air liur juga bolehlah tunggu saya kat simpang depan rumah ye.......

Sunday, June 27, 2010

Kimbap

Hari ni hari menu Korea. Chik Mimi kata bukan setakat kena demam cerita Korea je tapi dah berjangkit sekali dengan makanannya. First time buat ni, belum excellent bab nak gulung Kimbap. Tapi bolehlah kan for first timer. Saya letak isi telur dadar.

Bahan bahan

2 cawan nasi sushi yang telah dimasak
Lobak merah - potong memanjang
Timun Jepun - potong memanjang
Telur dadar yang telah dihiris saiz yang sesuai
Seaweed
1/2 sudu gula
1 sudu makan cuka
Sedikit garam

Cara cara

1. Campurkan gula, cuka dan garam. Gaul hingga menjadi cecair jernih. Masukkan ke dalam nasi sushi dan gaul rata.
2. Bentangkan bamboo mat, letak 1 keping seaweed. Ratakan satu senduk nasi ke atas seaweed tadi.
3. Susunkan timun, lobak merah dan telur dadar ke atas nasi tadi.
4. Gulung sehingga kemas. Sapukan sedikit sesame oil di atas permukaan seaweed. Potong kepada beberapa bahagian yang sesuai.

Japchae

Dua hari lepas, dalam paper Utusan Melaysia kalau tak silap, ada keluar article pasal Kimchi yang dipercayai boleh menguruskan badan. Cepat je my husband tanya dah baca ke belum article tu. Amboi!!!!! cik abang ni sindir saya gemuk sangat ke ni? My husband sengih je, katanya saya sibuk nak kurus jadi apa salahnya mencuba. Then saya cakap oklah, next week kita tukar menu kita ala ala Korean Food. Tak mau pulak.

Semalam tak de kerja, saja saja search for Korean Food, ingat nak buat Homemade Kimchi, tapi rasa cam malas pulak. So jumpa satu resepi Japchae aka Stir Fry Vermicelli with Vegetables. Lebih kurang mee hoon goreng kita je kot, cuba diorang terlebih rajin, so setiap bahan digoreng berasingan.

Bahan bahan

1 packet kecil soo hoon - rendam hingga lembut
150 gms daging
1 ikat bayam
1 batang carot saiz sederhana - potong dalam bentuk strip / julienne
1 labu bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - diketuk
3 pcs button mushroom - hiris nipis
3 pcs shitake mushroom - hiris nipis
Beberapa helai daun bawang - potong sepanjang 2 inci
Soya sauce
Sesame oil
Olive oil
Garam
Gula
Serbuk lada hitam

Cara cara
1. Didihkan air, celur soo hoon hingga lembut. Toskan dan masukkan ke dalam bekas yang agak besar. Masukkan 1 sdm soya sauce dan sesame oil. Gaul rata dan ketepikan.
2. Celur daun bayam, angkat, tos dan masukkan ke dalam bekas soo hoon tadi.
3. Panaskan oil oil di dalam pan, goreng carot, bawang besar,bawang putih, cendawan dan daging secara berasingan. Masukkan semua bahan yang telah digoreng ke dalam bekas berisi soo hoon tadi.
4. Masukkan 1 sdm makan soya sauce, 1 sdm sesame oil ke dalam bekas tadi. Masukkan juga sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam.
5. Gaulkan semua bahan di dalam bekas sehingga sekata. Letakkan Japchae di dalam serving plate dan taburkan dengan sesame seeds. Sedia untuk dinikmati.

Fanta Selasih




Rasanya saya nampak resepi minuman ni dalam majalah Sedap, tapi ada bahan lain yang saya tak letak. Minuman ini campuran Fanta Hijau, Biji Selasih dan Nata di Coco.

Saturday, June 26, 2010

My New Lady's Golf set




Hari ni saya dapat new golf set, Lady's set. Sebelum ni my husband bagi saya guna set dia sebab dia ada 2. Men's set lebih panjang dan sedikit berat berbanding dengan lady's set. Saya tak mintak pun, tadi lepas habis makan tengahari, my husband ajak singgah kat kedai Golf. Bila tanya nak buat apa, katanya saje je nak tengok apa yang baru. Bila masuk dalam kedai, dia tanya salesman tu pasal lady's set. Ada set yang pink colour dan siap dengan rambu ramba lagi. Tapi yg itu branded, MARUMAN dan harganya mencecah RM4000. Alahai, saya ni baru belajar pukul bola, bukannya nak main atas green pun, so rasa cam membazir juga kalau beli yang itu. Actually dia belikan saya set ni sebab dia tension saya asyik dok mengadap laptop atau pun asyik tengok cerita Korea la, sekejap cerita Taiwan la.... Sebab tu kalau saya on laptop je, dia mesti jeling dan tanya, "Bila nak habis tu?"

Thursday, June 24, 2010

Wonton Soup


Terima kasih banyak banyak pada yg bagi komen pasal luahan hati saya semalam.Adik saya tu rupanya dah selalu jadi punching bag suaminya. Tapi dia selalu sembunyikan dari kami. Lagipun dia jarang dapat balik rumah my parents walaupun hari raya. Setiap kali hari raya mesti kat rumah keluarga suaminya. Paling teruk my sister kena pukul rasanya 2 tahun lepas sehingga keguguran. Saya memang basuh dia habis habisan semalam, bukan apa takut nanti dia pulak mati dikerjakan suaminya tu. Doa doa takdelah sampai ke situ jadinya. Bila kenangkan adik saya ni, buat saya bersyukur sangat sebab suami saya tak pernah naik tangan, malah sentiasa cuba memenuhi semua keperluan saya. yelah kan, bukan semua orang nasib yang sama. Ada yang lebih kat sana dan kurang kat sini. Tapi selagi dia jaga kita dengan baik, alhamdulillah.

Eh eh, saya dah melalut sampai ke mana pulak ni. Dah lama tak masak chinese food, tapi my husband bukan peminat chinese food, so saya kena masakkan makanan lainlah untuk dia. Malam ni saya buat Wonton Soup.
Nanti saya update resepi, ada orang sibuk menjeling kat sebelah sebab saya asyik mengadap laptop ni je.

Wednesday, June 23, 2010

Kiwi-Grape Spritzer Dan Luahan Perasaan.

Oh ya, hari ni saya buat Kiwi-Grape Spritzer. Senang je, campur semua, blend, tuang dalam gelas dan "Kita Minum Dulu!!!!!!"
Ermmmm.......hari ni saya emosi sikit.Hati saya tengah menanah dan membusuk sebab geramkan suami adik saya yang MALAS KERJA. Dah la malas kerja, menyusahkan orang lain termasuk la saya.Bila sesak je, tak kira masa call nak pinjam duit. Apa, dia ingat saya ni kerjanya cop duit ke? Ingat BANK NEGARA tu saya yang punya ke? Dia memang tak tau malu, dengan my parents pun dia boleh mintak duit. Apa yang dia tau BUAT ANAK je, tapi tak tau nak cari duit nak besarkan anank anaknya yang 4 orang tu. Saya memang tengah geram, tersangat sangat geram. Tambah geram bila tau dia suka naik tangan kat badan adik saya.

Semalam, adik saya call nak pinjam duit, bukan pertama kali tapi dah tak terkira banyak kali.Sudahlah pinjam, bayarnya payah sekali sebab semuanya adik perempuan saya yang kena tanggung. Hutang lama tak berbayar, dah nak menambah hutang baru. Saya bukanlah kedekut atau terlalu berkira, tapi kalau duit segunung, ditarah lama lama pun habis juga. Tadi adik saya mengaku yang selalunya terpaksa ikat perut sebab tak cukup duit. Saya sedih sangat sebab saya kat sini makan sampai tak ingat dunia.

Tapi sampai bila saya nak bantu? Sebab selagi di bantu, selagi itulah suaminya tak ada rasa tanggungjawab. Dia akan fikir, apa susah, kalau sesak call saja kakak ipar atau my parents, mesti diorang tolong. Jadi saya selalu serba salah, tak bantu kesiankan adik dan anak anak sedara tapi bila mengenangkan suaminya, buat saya terfikir nak humban dia dalam laut.......

Fuhhhhh!!!!!!.....selesai sudah sessi luahan perasaan, berbalik pada menu hari ni.
Bahan bahan
1 biji buah Kiwi Hijau - dipotong saiz yang sesuai
1 cawan grapes - dibuang biji
1/2 cawan air soda
2 sudu makan madu
1/2 cawan air masak

Cara cara

1. Campurkan semua bahan di dalam blender kecuali air soda. Kisar hingga hancur.
2. Masukkan air soda ke dalam gelas tinggi dan tuang campuran jus yang telah dikisar tadi.
3. Kacau rata, jika suka boleh letak ais kiub. Sedia untuk dinikmati.

Tuesday, June 22, 2010

Roasted Chicken Kylie Kwong Style


Minggu ni ialah minggu grilled and roasted. Malam ni saya buat Roasted Chicken Kylie Kwong Style. Actually semalam rasanya saya tengok Channel AFC, nampak dia buat roasted chicken ni. Tadi singgah beli ayam, bahan yang lain semua dah ada kat rumah. Nanti saya update resepi tapi saya agak agak je lah ye. Sebab masa tengok tu takdelah salin betul betul.

Bahan bahan
1 bahagian peha ayam - cuci dan toskan
1 sprig fresh rosmary
1 sprig fresh tarragon
1 sprig fresh oregano
1/2 lemon
2 pcs fresh Bay Leave
1 labu bawang Holland - dibelah 4
1 biji kentang - di belah saiz yg sesuai
1/2 biji lobak merah - dipotong saiz yg sesuai
Garam kasar
Minyak zaitun
Mentega

Cara caranya
1.Sediakan baking dish, letakkan buah lemon dan letakkan ayam ke atasnya.
2. Sumbat mentega di dalam kulit ayam.Sumbatkan juga sebahagian rosemary, tarragon dan oregano ke dalam kulit ayam.
3.Masukkan semua sayur sayuran ke dalam baking dish. Taburkan baki rosemary, oregano dan tarragon. Masukkan juga bay leave.
4. Tuangkan minyak zaitun ke atas ayam dan juga sayur sayuran tadi. Tabur sedikit garam kasar.
5. Tutup baking dish dengan aluminium foil dan bakar di dalam oven pada suhu 220 darjah celcius selama lebih kurang 25 min.
6. Keluarkan baking dish, turunkan suhu pada 180 darjah celcius, tukar kepada function "GRILL". Buka aluminum foil, grill selama 25 min atau sehingga kulit ayam keperangan.

Pistachio Panna Cotta With Choc Sauce


Saya kan ratu desert! So mana boleh tak buat desert seperti selalu. Desert kali ni ialah Pistachio Panna Cotta with Choc Sauce. Saya akan bagi original resepi tapi kalau nak buat next time kena kurangkan whipping cream, because it is too creamy for me.

Pistachio Panna Cotta With Choc Sauce
Prep : 25 min.   Chill : 6 to 24 hours

1 cup pistachio, toasted
2/3 cup sugar
1 tablespoon gelatin
2 cups whipping cream
1/2 cup fresh milk
1/8 teaspoon salt
Choc Sauce
Toasted pistachio for decoration (optional)

Method

1. Place pistachio in food processor and process until finely ground into smooth paste. Set aside.
2. In medium saucepan, stir together the sugar and gelatine. Add the whipping cream. Heat until gelatin is dissolved.
3. Remove from heat , stir in milk, salt and the pistachio paste. Mixed until well combined.
4. Pour the mixture into 4 individual pudding moulds, cover and chill until set.



Monday, June 21, 2010

Grilled Salmon with Bechamel Sauce


Malam ni makan ala ala western, Grilled Salmon with Bechamel Sauce. Saya dah beberapa kali buat menu ni, jadi kalau perlukan resepi, just type salmon kat bahagian search tu. Selalunya saya buat pan grilled salmon tapi hari ni saya grilled dalam oven. Rasanya lagi crispier kat bahagian luar salmon tu. Then saya buat mashed potato dan blanched carot dan brocoli. Fuhhhh..... terbelit belit lidah nak menyebutnya.

Sunday, June 20, 2010

Punch Nenas


Petang tadi buat Punch Nenas, buat minum sambil layan tengok ASTRO. Selalunya petang sabtu dan Ahad saya kena temankan my husband ke Driving Range, tapi minggu ni malas sangat. So my husband pergi seorang dan saya melingkar atas sofa sambil layan cerita kat TV. Huishhhhh bestnya kalau boleh lepak selalu cam ni. Resepi ni saya nampak kat dalam Majalah Sedap atau Saji. Tapi saya tak guna air soda perisa halia, sebabnya malas nak cari.

Bahan bahan

200 gms kiub nenas dalam tin
100 ml sirap nenas dalam tin
100 ml air
Ais ketul secukupnya
250 ml air soda

Cara cara

1. Kisar nenas, sirap nenas dan air hingga halus.
2. Masukkan air soda dan ais batu.
3. Sedia untuk dinikmati.

Dinner Tadi......

Sotong Masak Asam

Dah lama tak ambil gambar masakan, yelah, macam mana nak ada gambar kalau tuan rumah tak masak. Hari ni dah mula panaskan jari jemari yang dah beku tu untuk memasak untuk makan malam. Sebenarnya plan nak masak untuk makan tengahari, tapi terlupa pulak yang gas dah habis. Minta tolong my husband pergi beli gas, lastly dia suruh siap untuk makan kat luar je. So, kenalah masak untuk makan malam, nanti barang basah yang dah beli tu keras kejong dalam freezer pulak.

Daging Panggang

Bila dah orang belikan oven, kenalah gunakan, nanti tak pasal pasal kena sindir pulak. Beli tapi tak guna, buat tukun tiruan dalam stor je. So, tadi marinate daging, simpan dalam peti ais dulu. Petang tadi terus panggang dalam oven. Senang kerja akak.

Tuesday, June 15, 2010

Mushroom Soup in a Bread



Kebelakangan ni saya agak sibuk sikit, memang dah jarang sangat masak. Tapi dah lama tak buat homemade bread, bread machine pun dah lama dok tidur dalam stor. Ada kesempatan saya jalan rumah kawan kawan, walau tak sempat tinggal pesan, nampak ada yang buat roti la, masak macam macam. Aduh rindu juga nak main masak masak ni tapi masa tak mengizinkan.

Entry kali ni saya letak gambar Mushroom Soup in a Bread, tapi buat masa ini tengok gambar je lah dulu ye. Sibuk sikit, nak mengemas rumah yang dah macam tongkang pecah ni. Lagipun esok ada tetamu nak datang, kalau tengok rumah yang bersepah ni, mau koma 2,3 hari dia nanti. Bila senang nanti saya letak resepi apa yang patut.

Sunday, June 13, 2010

Lempeng Pisang Berkelapa

Pagi tadi breakfast saya hanya buat lempeng bersama dengan pisang di campurkan dengan kelapa parut. resepi saya ambil dari Majalah Keluarga. Sejak Piala Dunia dah mula, saya kena temankan my husband menonton bola kat TV pulak. Malam tadi tengok 2 games, first Korea VS Greece dan second Argentina VS Nigeria. Tapi my husband bukanlah fanatic sangat pasal bola, hanya negara negara tertentu saja yang dia nak tengok. Apalagi, saya pun terpaksalah duduk menonton sekali kan....... Tapi bila gol je, saya yang lebih bersorak.

Bahan bahan
75 gm tepung gandum
175 ml susu segar
1 sudu teh gula halus
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
sedikit garam

Bahan Inti
2 biji pisang berangan di potong dadu
2 sudu makan kelapa parut
1 sud makan gula perang
sedikit garam

Cara cara
1. Untuk membuat lempeng, campurkan semua bahan dan kisar hingga sebati.
2. Ambil sesenduk adunan, tuangkan ke dalam kuali leper. Kaup balikkan hingga masak. Angkat dan ketepikan dahulu.
3. Sementara itu, untuk isian lempeng, gaulkan semua bahan. Ambil satu sudu dan letakkan ke atas lempeng dan gulungkan.
4. Akhir sekali paipkan sos coklat ke atas lempeng tadi dan sedia untuk dinikmati.

Friday, June 11, 2010

Spaghetti Sambal Udang

Alahai lamanya saya tak sapu rumah ni, dah banyak habuk berterbangan di setiap ruang rumah. Kesian pada tetamu yang bertandang, tuan rumah tak ada ye..... Maaf la, tuan rumah dilanda kemalasan paling kronik di abad ini. Sungguh, saya malas yang teramat amat sangat, sepanjang minggu ni boleh dikatakan saya tak masak. Ermmmm...dah tentu tentu my husband belikan untuk dinner. Ada la sekali kot minggu ni, my husband request saya masak nasi lemak, tapi malas nak letak entry.

Tapi hari ni nak letak menu semalam, actually the previous day tu saya masak nasi lemak dengan sambal udang, so semalam masa balik rumah terasa lapar sangat. My husband pukul 9 malam baru sampai, so saya buka peti ais ada leftover sambal udang. Apa la nak buat ni, nak masak nasi, my husband tak nak makan nasi. So saya pun rebus spaghetti then campurkan sekali dengan sambal udang tu. Ehh....sedap juga. Bolehlah alas perut, memang sesuai sangat untuk orang orang yang "Terlebih Rajin" seperti saya ni.

Sunday, June 6, 2010

Homemade Watermelon Ice Cream

Hari tu saya beli tembikai sebab nak buat jus tembikai laici, tapi masih ada baki lagi. Itupun dah beberapa kali makan ratah cam tu je. Semalam terfikir nak buat ais krim tembikai. Lagipun dah lama sangat ais cream machine saya tu tak berfungsi, takut lama lama langsung tak boleh pakai.


Sebelum gunakan ice cream machine, kena baca dulu manual sebab kebanyakkannya kena bekukan bekas untuk buat ais cream tu semalaman. Bergantung pada manufacture masing masing.


Bahan bahan

3 butir kuning telur (pukul sedikit)

250 ml susu segar
250 ml heavy cream
100 gms gula
2 cawan isi tembikai yang telah dikisar halus.
Sedikit perasa vanilla


Cara cara
1. Masukkan semua bahan kecuali isi tembikai ke dalam periuk. Panaskan adunan agar sebati tetapi jangan sampai mendidih.
2. Tutup api dan biarkan adunan sejuk, kemudian campurkan adunan dengan isi tembikai yang telah dikisar tadi.
3. Masukkan campuran tadi ke dalam bekas, simpan di dalam peti sejuk ( bukan tempat ais) sekurang kurangnya 3 jam.
4. keluarkan adunan tadi dan masukkan ke dalam ice cream maker. Tunggu hingga selesai.
5. Sedia untuk dinikmati.

Saturday, June 5, 2010

Creamy Mango Pudding

Dessert for today is Creamy Mango Pudding, nasib baik ada sedikit lagi darjah kerajinan saya. Lagipun dessert ni senang sangat, bak kata org, pejam mata pun boleh buat. Resepinya later, tengah sibuk buat benda lain lagi ni.


Bahan bahan

1/2 biji buah mangga ( bergantung pada saiz buah mangga )
200 ml susu segar
1 1/2 sudu makan gula ( bergantung pada kemanisan yg dikehendaki )
100 ml cream
Pistachio untuk hiasan

Cara cara

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali pistachio. Kisar hingga halus.
2. Tuangkan ke dalam bekas sesuai dan sejukkan seketika.
3. Taburkan dengan pistachio sebelum dihidangkan.

Friday, June 4, 2010

Baked Pasta

Malam ni dinner makan pasta saja, saya buat baked pasta menggunakan instant Leego's Sauce. Semenjak dua menjak ni my husband tak nak makan nasi masa dinner. Dia hanya nak makan selain nasi. Memang la seronok sebab tak perlu masak berbagai bagai lauk untuk di makan dengan nasi, tapi sebab lama tak masak, teringin pulak nak masak kari ke. Eh, cakap pasal kari, dah lama my husband tak request nak makan kari kepala ikan.

Kalau tak, masa dulu sekurang kurangnya sekali dalam seminggu mesti nak kena masak kari kepala ikan ni. Sekarang, saya pun dah jarang ke pasar membeli barang basah. Tadi masa sembang dengan my husband, saya cakap dah lama tak ke pasar. Lagipun esok public holiday, bolehlah pergi pasar pagi pagi dan fikir nak masak apa untuk lunch esok.

Berbalik pada menu malam ni, saya ikut resepi yang ada pada botol sauce tu. Nanti kalau ada masa saya letakkan resepinya. Selamat berhujung minggu dan buat semua guru dan pelajar, selamat bercuti panjang.

Indian Mango

Dah lama dok usha buah mangga India ni. Baunya cukup harum seakan akan buah mempelam Harum Manis dari Perlis. Harganya boleh tahan juga, saya pernah nampak sekilo RM 16.99 dan yang ini RM 12.90 sekilo. Tadi saya ambil 2 biji, bila timbang beratnya hampir 1.2 kg.
Plan asal nak buat Creamy Mango Pudding, tapi bergantung pada tahap dan darjah kerajinan saya. Silap haribulan, buah ni tak sempat buat dessert tapi kena makan mentah cam tu saja.

Bunga Kemboja


Dulu dulu kalau sebut pokok kemboja, first thing that triggers in my mind is a grave yard, KUBUR. Maklumlah pokok kemboja begitu sinonim dengan kawasan perkuburan terutama orang Islam. Tetapi sejak kebelakangan ni ramai orang yang tanam pokok kemboja dalam kawasan rumah. Sebenarnya bunga kemboja ni cantik , banyak juga warna lain selain dari warna putih.

Saya pun teringin nak tanam kat kawasan rumah, tapi saya letak di dalam pasu besar dan letak di bahagian depan rumah. Masa beli hari tu takde bunga lagi, tanya kat penjual tu dia kata bunganya bewarna merah hati atau pun merah jambu. Tak kisahlah warna apa pun, asalkan ada bunga dan berwarna. Mahal juga pokok kemboja ni, pokok yang kecil pun hampir RM60.

Minggu lepas saya nampak pokok ni dah keluarkan putik bunga, tak sabar nak tengok apakah warna bunganya. Hari Isnin baru keluar sekuntum bunga, rupa rupanya bukan merah hati atau merah jambu tapi campuran merah dan kuning.

Thursday, June 3, 2010

Tembikai Laici

Tengoklah, sampai dah naik kecut buah laici yang saya beli tu. Dah beberapa hari duduk dalam peti ais, mula mula masa beli buah laici ni, plan nak buat puding laici dangdut. Tapi bila dah sampai rumah, jadi malas yang amat. Dua tiga kali buka peti ais, konon kononnya nak buat puding la, kek la tapi end up tak buat apa apa. Tadi sebelum balik, beli buah tembikai, bolehlah buat jus tembikai campur laici. Buat menyejukkan tekak. Sambil hirup jus ni, bolehlah fikir nak makan apa dinner nanti. Jemput......

Wednesday, June 2, 2010

Egg Benedict


Semenjak dua menjak akak dijangkiti virus cerita korea ni, dinner pun masak yang simple je. Semalam makan mee goreng, malam tadi my husband belikan nasi goreng ayam. Hahahahaha...itulah kan, lain kali kena ambil antivirus baru boleh kebal dari segala ancaman. Tapi janganlah ingat saya ni tak nak masak semata mata sebab nak layan citer tu. Takde tau, saya memang plan nak masak, tapi bila ada orang offer nak beli yang dah siap masak, tak kan nak tolak. Tak baik kan, tolak niat baik orang pada kita. ..........


Pagi tadi saya cuma buat egg benedict untuk sarapan. Senang, cepat dan sedap. Masa oven rosak, berkobar kobar nak membaking, macam macam resepi beratur dalam kepala. Bila oven ada kat depan mata, fuhhhh.....semua resepi yang beratur tu berterabur entah ke mana. Tunggulah sampai saya kebah dari ancaman virus dulu ye.... Mana tau tiba tiba malam ni saya terajin pulak sebab my husband balik lambat, ada meeting dengan kawan kawannya. Tak masak lagi malam ni.....

Tuesday, June 1, 2010

Mee Goreng Basah


Menu dinner malam tadi ialah Mee Goreng Basah, saya dah banyak kali buat dan pernah posted 2 kali rasanya. Kali ni saya tambah udang galah yang saya bawa balik dari kampung. Adik lelaki saya pergi memancing dapat hampir 3 kilo udang galah. Cuma udangnya tidaklah besar sangat tapi isinya manis dan tak liat.

Ini menu yang my husband request sebab tak nak makan nasi katanya. Lagipun dia tahu saya mesti nak layan citer Korea kan. Hahahaha.....nasib baik dapat suami yang tahan melayan kerenah saya. Syukur kan, ada orang yang salah sikit kaki dan tangan suami naik badan.