Showing posts with label Korean Food. Show all posts
Showing posts with label Korean Food. Show all posts

Thursday, December 3, 2015

Kimchi Fried Rice




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam kita dah pergi Turki, so hari ni kita jalan jalan cari makan di Korea pula. Kita pusing satu dunia...

Nasi goreng Kimchi antara menu dari Korea yang agak popular juga. Ala macam nasi goreng kita juga, ada pelbagai jenis nasi goreng. Kita boleh tambah apa jua yang ada di dapur atau apa yang kita suka. Memandangkan orang Korea suka sangat dengan kimchi, segala masakan kalau boleh mesti nak masukkan kimchi.

Seeloknya untuk membuat nasi goreng kita gunakan nasi yang telah dimasak semalam dan disimpan di dalam peti sejuk atau nasi yang di masak dan dibiarkan sejuk beberapa jam pada suhu bilik. Ini untuk mendapatkan tekstur nasi goreng yang berderai dan tidak melekit.



Sekarang banyak kimchi yang Halal dijual dipasaran tapi kalau rajin boleh buat sendiri di rumah. Sebab harga untuk sepaket kecil lebih kurang RM 8 lebih dan kuantitinya hanya cukup untuk menyediakan sekali nasi goreng ini. Anggaran 1 cawan. So kalau ramai memang tidak mencukupi.

Nasi Goreng Kimchi

Bahan bahan
2 cawan nasi 
1 cawan kimchi - potong kecil
1 sudu besar pes gochujang
1/4 cawan daun bawang
1 cawan paru yang telah direbus - boleh gantikan dengan ayam/daging/isi ketam dll.
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu besar minyak masak
Bijan dan nori/seaweed untuk hiasan jika suka
Telur mata untuk setiap hidangan

Cara cara
1. Panaskan minyak masak, masukkan kimchi yang telah dipotong. Kacau sekata dan biarkan sebentar. Kemudian masukkan paste gochujang dan kacau sebati.
2. Kemudian masukkan nasi, paru, daun bawang dan minyak bijan. Gaul dan pastikan semua bahan sebati. Jika suka boleh tambahkan garam.
3. Hidangkan dengan telur mata dan taburkan hirisan nori dan bijan jika suka.




Jemput makan....
Lepas tu boleh layan drama korea....

Tuesday, November 26, 2013

Spicy Soft Tofu Stew





Salam dan Selamat Sejahtera....

Tanpa sedar November sudah menghampiri penghujungnya. Dan tidak lama 2014 akan muncul, cepatnya masa berlalu...

Kalau dulu masa kecil, terasa lambat sangat masa berjalan. Bagaikan tidak sabar untuk menjadi dewasa, tetapi sekarang bagai tak cukup 24 jam sehari...

Itulah manusia namanya..

Tiada menu baru yang sempat dicuba,hujung minggu lepas memang dah siap beli barang sebab dah cakap dengan my husband nak masak something different during weekends. Memang tiada plan nak ke mana mana pun. Tiba tiba hari sabtu lebih kurang pukul 3 ptg, my husband suruh kemas baju, ajak balik Pahang. Biar betul... Apalagi, kelam kabut dibuatnya, tak perlu lipat, sumbat je apa yang sempat dalam bag then campak masuk boot kereta... Bila sampai kampung, baru perasan ada barang yang tertinggal....

Since tiada menu baru, just letak gambar Spicy Soft Tofu Stew. Layan gambar jelah ye...

Nampaknya bulan Disember baru ada entry baru sebab hujung minggu ni saya dan suami nak Cuti Cuti Pulau pula...

Selamat bercuti pada yang bercuti....


Friday, July 29, 2011

Dried Persimmon Punch 수정과


Salam Jumaat...


Semalam saya tak masak untuk dinner, my husband beli bungkus bawa balik. Sempatlah berehat sebentar bila sampai rumah, kalau tidak tergesa gesa nak siapkan makan malam. Lagipun semalam my husband excited nak tengok Harimau Lawan Singa, so kena makan malam awal sikit.

Sementara my husband layan orang berebut bola kat TV, saya buat buat sibuk di dapur. Apa tidaknya, sambil layan games tu, kena sediakan air teh la, lepas tu nak mengunyah keropok la.... Sambil tu sempat saya buat Dried Persimmon Punch ni. Simple saja tambahan kalau ada pembantu dapur yang bernama "Pressure Cooker".

Bahan bahan
3 pcs dried persimmon
1 pc cinnamon stick
1/2 cup sugar
1 inch ginger - peeled and sliced
Pine nuts - for garnished
6 cups of water

Method
1. Put all the ingredients except Pine nuts into Pressure Cooker, cooked about 30 minutes.
2. Pour into cup and garnish with pine nuts before serve. Recommended to keep in refrigerator before serve.


Dried Persimmon Punch ( Sujeonggwa )

Sunday, July 3, 2011

Home Made Gochujang Paste ( 고추장 )


 Home Made Gochujang Paste ( Korean Hot Pepper Paste )

Ingredients

270 ml water
250 gms sugar cane / brown sugar
300 gms miso paste
100 gms chilli powder
1 teaspoon salt
1 teaspoon rice vinegar

Method
1. Pur water into sauce pan, add sugar and heat until sugar dissolved.
2. Add in miso paste, keep stirring using wooden spoon until smooth.
3.Then add in chilli powder and mix well untill all combined. Switch off the fire and let it cool down for a few minutes.
4. Add in salt and vinegar, mix well and let it cool before put them in a bottle.

Monday, June 20, 2011

Haemul Pajeon 해물파전

Haemul Pajeon @ Seafood & Scallion Pancakes

Saja saja nak testing, apa rasanya.

Lebih kurang macam rasa cucur udang kita kot, cuma a bit healthier coz less oil.

Semalam kan saya ke pasar tani, tambahan pergi seorang diri, jadi senang sikit nak ke hulu ke hilir, membelek itu dan ini. Ada satu gerai saya saya mesti singgah setiap kali ke pasar tani Stadium Shah Alam. Rasanya mereka dari Sungai Besar sebab selalu ada seafood yang jarang ada kat gerai lain seperti Bamboo Lala, Kepah, Kijing, Oyster, Remis, Mentarang dan ada beberapa species lain lagi. Rambang mata la sekejap.

Mula mula saya nampak Bamboo Lala, rasa rasa macam nak beli je, lepas tu ternampak isi tiram pulak. Masa tu tak terfikir nak buat apa lagi, terus ambik satu packet. Masa nak bayar, baru perasan Jalil Hamid dan family dia kat sebelah, pun sedang membelek isi tiram tu.

So, untuk menu pertama yang gunakan isi tiram ni, saya buat Korean Pancakes.
Resepi kemudian ya, nak keluar ke Puchong dulu.



Tuesday, June 29, 2010

Easy Kimchi


Puas saya tunggu kat Simpang Pulai, takde sape pun datang nak ambik ciskek, jadi saya balik je lah.Balik rumah makan kimchi lagi bagus..... Semalam saya terlebih rajin, mula mula buat preparation untuk sediakan Kimchi, siap semua saya buat ciskek pulak. Uishhhh penuh betul aktiviti malam semalam. Mesti ada yg tanya, ehhh! makcik sorang ni tak masak untuk makan malam ke? Ala, pakcik korang dah siap belikan makanan untuk dinner, jadi makcik bolehlah buat kerja lain.

My husband selalu pesan sebelum balik, " Tak perlu masak, nanti I beli je. Balik rehat, jangan nak sibuk buat kuih muih ke, apa apa je lah. Bolehlah layan cerita Korea you tu, tengok blog ke". Hehehehehe...maksudnya, saya boleh layan citer Korea atau tengok blog sebelum dia sampai rumah. Kalau dia sampai, laptop saya masih ON, selagi saya tak OFF dia akan tanya, tak habis lagi ke? So, sebelum dia sampai, lebih baik saya habiskan entry ni.

Mari kita tengok cara cara nak buat Kimchi, saya buat sebahagian saja dari resepi di bawah sebab sekadar nak mencuba. Kalau buat banyak, tak boleh masuk kat tekak pun rugi juga. Saya buat semalam, so makan hari ni. Kalau ikut tekak saya yang boleh masuk kepala keretapi ni, not bad rasa kimchi ni. Kira boleh diterima lagi, rasanya seperti jeruk kubis tapi sedikit pedas.


Easy Kimchi
Sebiji Napa Cabbage ( Kubis Panjang )
350 gms garam kasar
air untuk mencuci kubis
1 batang lobak putih / radish saiz sederhana
100 gms daun bawang
100 gms leeks
1 batang lobak merah saiz sederhana

Bahan Perasa

65 gms serbuk cili

50 ml sos ikan
50 gms udang kering / isi tiram segar
1/2 sudu besar gula
100 gms bawang merah kisar
40 gms bawang putih kisar
1 1/2 sudu besar halia kisar
1 gelas buah pear yang telah dikisar


Cara cara
1.Belah kubis secara memanjang dan potong sebesar bite size. Cuci 2,3 kali sehingga bersih dan toskan.
2. Masukkan ke dalam bekas besar dan lumurkan dengan garam dan biarkan selama lebih kurang 1 1/2 jam. Dalam masa itu balik balikkan kubis supaya masinnya sekata.
3. Bilaskan kubis dengan air dan toskan. Basuh sayur sayuran lain dan toskan. Potong kira kira 5 cm panjang dan 0.3 cm tebal.
4. Gaulkan bahan bahan perasa, dan masukkan sayur sayuran yang telah dipotong tadi dan garam.
5. Gaulkan bahan No 4 dengan kubis yang telah siap ditoskan tadi. Pastikan semua kubis disaluti dengan bahan perasa.
6. Masukkan ke dalam bekas, tekan tekan kimchi biar padat dan tutup dengan rapat.
7. Boleh terus di makan atau simpan sehingga ia menjadi jeruk.

Sunday, June 27, 2010

Kimbap

Hari ni hari menu Korea. Chik Mimi kata bukan setakat kena demam cerita Korea je tapi dah berjangkit sekali dengan makanannya. First time buat ni, belum excellent bab nak gulung Kimbap. Tapi bolehlah kan for first timer. Saya letak isi telur dadar.

Bahan bahan

2 cawan nasi sushi yang telah dimasak
Lobak merah - potong memanjang
Timun Jepun - potong memanjang
Telur dadar yang telah dihiris saiz yang sesuai
Seaweed
1/2 sudu gula
1 sudu makan cuka
Sedikit garam

Cara cara

1. Campurkan gula, cuka dan garam. Gaul hingga menjadi cecair jernih. Masukkan ke dalam nasi sushi dan gaul rata.
2. Bentangkan bamboo mat, letak 1 keping seaweed. Ratakan satu senduk nasi ke atas seaweed tadi.
3. Susunkan timun, lobak merah dan telur dadar ke atas nasi tadi.
4. Gulung sehingga kemas. Sapukan sedikit sesame oil di atas permukaan seaweed. Potong kepada beberapa bahagian yang sesuai.

Japchae

Dua hari lepas, dalam paper Utusan Melaysia kalau tak silap, ada keluar article pasal Kimchi yang dipercayai boleh menguruskan badan. Cepat je my husband tanya dah baca ke belum article tu. Amboi!!!!! cik abang ni sindir saya gemuk sangat ke ni? My husband sengih je, katanya saya sibuk nak kurus jadi apa salahnya mencuba. Then saya cakap oklah, next week kita tukar menu kita ala ala Korean Food. Tak mau pulak.

Semalam tak de kerja, saja saja search for Korean Food, ingat nak buat Homemade Kimchi, tapi rasa cam malas pulak. So jumpa satu resepi Japchae aka Stir Fry Vermicelli with Vegetables. Lebih kurang mee hoon goreng kita je kot, cuba diorang terlebih rajin, so setiap bahan digoreng berasingan.

Bahan bahan

1 packet kecil soo hoon - rendam hingga lembut
150 gms daging
1 ikat bayam
1 batang carot saiz sederhana - potong dalam bentuk strip / julienne
1 labu bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - diketuk
3 pcs button mushroom - hiris nipis
3 pcs shitake mushroom - hiris nipis
Beberapa helai daun bawang - potong sepanjang 2 inci
Soya sauce
Sesame oil
Olive oil
Garam
Gula
Serbuk lada hitam

Cara cara
1. Didihkan air, celur soo hoon hingga lembut. Toskan dan masukkan ke dalam bekas yang agak besar. Masukkan 1 sdm soya sauce dan sesame oil. Gaul rata dan ketepikan.
2. Celur daun bayam, angkat, tos dan masukkan ke dalam bekas soo hoon tadi.
3. Panaskan oil oil di dalam pan, goreng carot, bawang besar,bawang putih, cendawan dan daging secara berasingan. Masukkan semua bahan yang telah digoreng ke dalam bekas berisi soo hoon tadi.
4. Masukkan 1 sdm makan soya sauce, 1 sdm sesame oil ke dalam bekas tadi. Masukkan juga sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam.
5. Gaulkan semua bahan di dalam bekas sehingga sekata. Letakkan Japchae di dalam serving plate dan taburkan dengan sesame seeds. Sedia untuk dinikmati.