Wednesday, October 31, 2012

Blog Review dalam Majalah Jelita Nov 2012


Salam dan Selamat petang,

Hari ni masa saya tengok Feedjit Live Traffic, saya perasan ramai pengunjung yang dari dari blog tiffinbiru aka CMG. So just curious, saya jenguk blog CMG rupa rupanya ada entry berkenaan resepi CMG dalam Majalah Jelita Nov 2012. Dari situ baru saya tahu ada review blog My Small Kitchen di muka surat 150.

Tapi yang buat saya excited bila ada ulasan " Gambar profesional menambah selera"

Aduhaiiiii perasan sekejap.


Tuesday, October 30, 2012

Jus Roselle


Salam dan Selamat pagi,

Agak lama juga tidak bersiaran, tiada yang menarik untuk dikongsikan di sini. Bagaimana sambutan Hari Raya Aidil Adha anda? Mungkin di sesetengah tempat memang meriah dan sesetengah tempat agak biasa biasa saja. Bagi saya di mana mana pun serupa saja, asalkan kita meraikannya bersama sama keluarga tersayang. Tahun lepas saya dan suami hanya beraya berdua di Shah Alam, maklumlah cuti hanya sehari dan suami agak malas hendak bersesak sesak dijalan raya.

Tahun ini kebetulan hari raya jatuh pada hujung minggu, jadi bolehlah beraya dikampung dan kebetulan semua adik beradik saya balik lagilah seronok. Kebetulan ada rezeki lebih sikit, jadi kami ambil 2 bahagian untuk korban. Sebahagian besar daging lembu diagih agihkan, hanya sedikit untuk dimasak dan dimakan bersama keluarga. Lagipun kebanyakan jiran sebelah rumah mengadakan kenduri korban, sampai pening juga bila tengok daging lembu.....

Bila dah 2,3 hari asyik mengadap hidangan berasaskan daging dan tulang lembu, apalagi kepala pun mulalah berpinar pinar, entah berapa banyak kolestrol yang menimbun...

Sebelum cuti hari raya Aidil Adha tempohari saya beli buah rozel, kebetulan ada promosi harga murah. Tapi semalam baru berkesempatan untuk membuat jus rozel.


JUS ROZEL

20 kuntum buah rozel
1 cawan gula pasir
3 cawan air

Cara cara
1. Buang biji buah rozel, ambil kuntum buah rozel sahaja. Bersihkan dan tos.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, masak hingga mendidih dan gula hancur.
3. Matikan api dan biarkan ia sejuk sebelum di simpan di dalam bekas yang sesuai.
4. Untuk membuat minuman, masukkan pati jus rozel dan campurkan dengan air. Tambahkan ais dan sedia diminum.

Names

The roselle is known as the rosella or rosella fruit in Australia. Its close relative, Hibiscus cannabinus is also known as meśta/meshta on the Indian subcontinentTengamora among assamese and "mwitha" among Bodo tribals in AssamGongura in TeluguPundi inKannadaAmbadi in Marathi, LalChatni or Kutrum in Mithila] Mathipuli in Keralachin baung in Burmaกระเจี๊ยบแดง KraJiabDaeng inThailandສົ້ມ ພໍດີ som phor dee in Lao PDRbissap in SenegalGuinea BissauMaliBurkina FasoGhanaBenin and Niger, theCongo and Francedah or dah bleni in other parts of Maliwonjo in the Gambiazobo in western Nigeria (the Yorubas in Nigeria call the white variety Isapa (pronounced Ishapa)), Zoborodo in Northern Nigeria, Chaye-Torosh in Irankarkade (كركديهArabic pronunciation: [ˈkarkade])[dubious ] in EgyptSaudi Arabia, and Sudanomutete in Namibiasorrel in the Caribbean and in Latin AmericaFlor de Jamaica in MexicoSaril in Panamagrosella in Paraguayrosela in Indonesiaasam belanda[1] in Malaysia. In Chinese it is 洛神花 (Luo Shen Hua) . In Zambia the plant is called lumanda in ciBembakatolo in kiKaonde, or wusi in chiLunda.

[edit]Uses

The plant is considered to have antihypertensive properties. In some places, the plant is primarily cultivated for the production of bast fibre from the stem of the plant. The fibre may be used as a substitute for jute in making burlap.[2] Hibiscus, specifically Roselle, has been used in folk medicine as a diuretic, mild laxative, and treatment for cardiac and nerve diseases and cancer.[3]
The red calyces of the plant are increasingly exported to America and Europe, where they are used as food colouringsGermany is the main importer. It can also be found in markets (as flowers or syrup) in some places such as France, where there are Senegalese immigrant communities. The green leaves are used like a spicy version of spinach. They give flavour to the Senegalese fish and rice dish thiéboudieune. Proper records are not kept, but the Senegalese government estimates national production and consumption at 700 t (770 short tons) per year. Also in Burma their green leaves are the main ingredient in making chin baung kyaw curry.
In East Africa, the calyx infusion, called "Sudan tea", is taken to relieve coughs. Roselle juice, with salt, pepper, asafetida and molasses, is taken as a remedy for biliousness.
The heated leaves are applied to cracks in the feet and on boils and ulcers to speed maturation. A lotion made from leaves is used on sores and wounds. The seeds are said to be diuretic and tonic in action and the brownish-yellow seed oil is claimed to heal sores on camels. In India, a decoction of the seeds is given to relieve dysuriastrangury and mild cases of dyspepsia. Brazilians attribute stomachic, emollient and resolutive properties to the bitter roots.[4]


Sunday, October 21, 2012

Bubur Kacang Durian dan Biskut 4 Segi



Salam dan selamat berhujung minggu.....

Saya dan suami tidak kemana mana hujung minggu ni, sebab semalam dah tentu sesak dengan kehadiran penyokong bolasepak dan hari ni rasa malas nak keluar memandangkan cuaca lembab. Kain baju yang dibasuh dah 2,3 hari belum kering betul. Jadi tak berapa ada mood nak keluar ke mana mana....



Bila tidak ke mana mana dan hanya duduk melingkar di depan TV, mulalah perut asyik berbunyi dan minta diisi. Semalam saya ada beli durian sebiji, mulanya plan nak buat pengat/kuah durian. Tapi bila cakap pada my husband, dia minta buatkan bubur kacang yang dicampur dengan durian. Okay juga sebab agak lama tak buat, lagipun lebih baik buat menu yang dia nak makan daripada saya buat tapi dia tak makan.


Pernah makan bubur kacang dengan biskut 4 segi?


Biasanya saya makan dengan roti atau pernah sekali saya masukkan pulut kukus. Tapi my husband makan bubur kacang dengan biskut 4 segi. 

Pelik?     Tapi benar.....


Friday, October 19, 2012

Beef Pot Sticker @ Dumpling


Salam dan Selamat pagi,


Cuaca yang lembab membuatkan orang pun jadi lembab dan lemau kan.... Alangkah seronoknya kalau masih boleh bermalas malasan di atas sofa sambil melayan mata...


Tapi kena berpijak di atas bumi yang nyata... Bangun bangun... hari ni baru hari Jumaat, esok Sabtu bolehlah  melingkar lama sikit. Lagipun esok Shah Alam akan "SESAK" sebab ada perlawanan akhir bolasepak antara Kelantan dan ATM. Since my husband is not a big fan of soccer or a hardcore soccer fanatic fan, so saya tak adalah nak kena hantar dia ke stadium. Cuma esok malam kenalah makan malam di rumah, mesti tak sanggup nak sangkut lama lama atas jalanraya...


But I'm a big fan of Chinese Pot Sticker @ Dumpling @ Dim Sum. I can eat them over and over again. Selalunya kalau saya buat, saya akan buat dalam kuantiti yang agak banyak bagi 2 orang makan. Bakinya boleh di sejuk beku, tapi selalunya ia akan habis dalam masa 2 hari. Selain dari dikukus, ia boleh digoreng dan juga masukkan ke dalam sup.


Filling untuk pot sticker / dumpling boleh dipelbagaikan. Selalunya saya buat campuran udang dan isi ayam. Tapi untuk kali ini saya hanya letakkan minced beef sebab hanya itu yang ada dalam peti ais saya.


BEEF POT STICKER

Bahan bahan
300 gms daging lembu kisar (anggaran)
3 tangkai / stalks daun kucai - dipotong saiz yang sesuai
5 kuntum cendawan shiitake - dihiris nipis
2 inci halia - diracik halus
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan tepung jagung
Kulit wonton ( saya guna Gyoza wrapping skin )

Cara cara
1. Campurkan semua bahan kecuali kulit wonton, gaul sebati.
2.Ambil satu sudu filling, letak di tengah kulit wonton. Sapukan sedikit air di keliling hujung kulit wontan.
3. Rapatkan hujung kulit wonton dan "plead" supaya filling tidak terkeluar. Buat hingga selesai.
4. Kukus hingga masak. Hidangkan dengan sos pilihan.

Dipping Sauce
Kicap cair
Halia
Bawang putih
Cili padi
Cuka
Gula

Cara-cara
Halia, bawang putih, cili padi ditumbuk hancur. Campurkan dengan kicap cair, cuka dan gula. Sesuaikan rasa.

Wednesday, October 17, 2012

Online Kitchen Magazine - Edisi Oktober 2012





Salam,

Semalam Pn Mas dari Online Kitchen Magazine beritahu yang resepi saya dah keluar. Actually last minute punya kerja. Kebetulan selepas cuti hari raya saya agak sibuk dan memang tidak mempunyai masa yang banyak untuk update blog. Mula mula tu rasa macam tak sempat, sebab saya perlu submit 5 resepi dalam masa kurang dari 5 hari. 

Saya fikir, kalau sempat adalah rezeki, kalau tidak mungkin lain kali. Terima kasih buat Pn Mas atas pelawaan beliau. Untuk keselurahan cerita boleh tengok di sini.







Tuesday, October 16, 2012

Kamhiong Prawns


Salam semua,

Bagaimana hari ini? Harap semuanya mengikut apa yang kita rancangkan. Kalau ia tidak mengikut 100 % seperti yang kita harapkan, mungkin DIA sudah ada perancangan yang terbaik untuk kita.

Hari ini saya nak letak entry Kamhiong Prawns yang saya masak untuk makan malam tadi. Resepi asal menggunakan ketam dan saya substitute dengan udang sebab hanya ada udang dalam esbox.



KAMHIONG PRAWNS

Bahan bahan

3 ekor udang harimau
2 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
2 cm halia *
1 sudu makan paste tomyam
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula perang secukup rasa
Daun bawang untuk hiasan
1/3 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara cara
1. Udang di belah bahagian belakang - buang kotoran. Goreng udang separuh masak dan ketepikan.
2. Tumbuk bahan bertanda * hingga hancur.
3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan paste tomyam, sos tamato, sos tiram, kicap dan air.
4. Kacau hingga sebati dan masak hingga sos mendidih, perasakan dengan garam dan gula perang. Biarkan hingga kuah hampir pekat.
5. Masukkan udang yang telah digoreng tadi, gaul rata dan biarkan seketika.
6. Angkat dan hidangkan dalam pinggan hidangan. Taburkan dengan daun bawang jika suka.

Monday, October 15, 2012

Steamed Fish with Lime and Chilies


Salam

Apa khabar semua pengunjung My Small Kitchen?
Harap semoga semuanya sentiasa sihat, maklumlah sejak sehari dua ni cuaca agak tidak menentu dan hujan boleh dikatakan sepanjang hari terutamanya di Shah Alam.  Dalam keaadaan macam ni, memang senang untuk dapat demam dan selsema.

Maaf juga sebab agak lama blog ni tidak updated. Bukan tidak masak, cuma menu ulangan jadi tidak berapa ada mood nak ambil gambar. Tambahan cuaca yang lembab membuatkan saya juga menjadi lembab....

Since tiada gambar masakan yang baru, saya cuma upload gambar lama yang ada dalam folder dalam komputer saya. Harap tidak jemu dan terus bertandang ke My Small Kitchen yang kadang kala agak lama menyepi....


Steamed Fish with Lime and Chilies

Bahan bahan

1 keping isi ikan merah - cuci dan toskan
1/2 sudu teh lada putih
Garam secukupnya
1 tangkai daun ketumbar - hiris halus
1 tangkai daun bawang - hiris halus
1/2 biji limau nipis
3 biji cili padi
1 inci halia - dihiris nipis
2 kuntum cendawan shiitake - hiris nipis
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan kicap cair

Cara cara
1. Lumur ikan dengan lada putih dan sedikit garam. Letak ikan di dalam pinggan untuk mengukus.
2. Susun kepingan limau nipis, halia, daun bawang, daun ketumbar dan hirisan cendawan shiitake
   di atas kepingan ikan.
3. Kukus ikan lebih kurang 8 minit atau sehingga ikan masak.
4. Discard ( buang) air kukusan ikan dari piring pengukus, campurkan minyak bijan dan kicap cair,
   tuang ke atas ikan.
5. Hias dengan hirisan daun ketumbar dan daun bawang. Enak dinikmati bersama sama nasi putih.



Friday, October 5, 2012

Apam Pisang


Salam,


Siapalah yang buat Apam Pisang tengah tengah malam ni kan......

Bukanlah sebab terlebih rajin atau apa, tapi bosan punya pasal. Habis chanel TV kena tukar, then tengok FB pun tiada yang menarik. Akhirnya berlegar kat dapur nampak pisang emas yang dah hampir kehitaman.

Oh ya, hari ni saya tak masak makan malam, lepas kerja terus pergi makan malam awal di Chinese Muslim Restaurant di Seksyen 13 dengan my husband.  Sebabnya my husband ada perjumpaan dengan kawan kawan sekolah. Biasalah kalau dah berjumpa kawan kawan lama, mulalah tak ingat nak balik kan......

So, isterinya yang kebosanan ni mulalah cari kerja nak buat.


So menu yang paling mudah dan cepat ialah buat Apam Pisang since semua bahannya mudah dan dah ada di rumah.  Saya ambil resepi Apam Pisang dari blog Ros, Jintanmanis.

APAM PISANG

Bahan bahan

1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
100 ml minyak sayur
1/4 cawan gula perang
4 biji pisang emas
Secubit garam

Cara cara
1. Kisar pisang hingga hancur. Campur tepung gandum bersama sama dengan serbuk penaik dan soda bikarbonat. Ayak campuran.
2. Masukkan pisang yang telah dikisar ke dalam bekas, masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi.
3. Masukkan telur, minyak sayur, gula perang dan sedikit garam. Gaul rata.
4. Panaskan kukusan, sudukan adunan apam ke dalam bekas, saya gunakan acuan muffin hingga 3/4 penuh.
5. Kukus apam hingga masak.


Apam Pisang yang dihasilkan memang lembut dan gebu. Tak jemu makan apalagi sambil layan tengok movie di TV dan tunggu cik abang pulang..."wink"


Wednesday, October 3, 2012

Gulai Itik & Roti Jala



Salam,

Tiba tiba sehari dua ni saya terlebih rajin pula kan..... Kalau tidak seminggu baru ada 1 entry. Semuanya bergantung pada keaadaan, ada masa tidak sibuk sangat, dan kerajinan pun ada lebih sikit jadi bolehlah letak entry kerap sikit dalam blog ni.

Hari ni saya letak entry Gulai Itik. Kalau nak tahu selama hidup akak yang dah nak masuk separuh abad ni,
 ( ye, saya dah tua), inilah baru pertama kali masak itik. Makan daging itik pun boleh kira dengan jari sebelah tangan je.

  
Jadi kalau orang tanya, bagaimana rasa itik, confirm saya tak boleh nak terangkan dengan terperinci. Kena duduk jauh jauh sikit, takut ada orang tanya.....

Semalam saya beli seekor itik, boleh tahan juga harganya. Tapi sebab nak masak sendiri, saya beli juga. Nanti lepas ni keluar pelbagai resepi berasaskan itik. Lepas tu apalagi, google cari resepi. Nampak resepi gulai itik dalam blog INTAI DAPUR.  Saya salin semula resepi dari blog Liza, tapi saya cuma buat sebahagian kecil saja dari seekor itik.


RESEPI GULAI ITIK SERATI

Bahan bahan
1 ekor itik - potong kecil
Santan pekat dari 2 biji kelapa
2-3 sudu makan kerisik
2 packet rempah kari ayam/daging
2 sudu makan ketumbar biji - goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
1/2 inci lengkuas
1 inci halia
1/2 inci kunyit
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu makan cili kering yang telah dikisar
2 ulas bawang putih
Air asam jawa secukupnya
Garam
Gula kabung
Rempah 4 sekawan - Kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara cara
1. Kisar halus halia, bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas.
2. Campurkan bahan yang telah dikisar tadi bersama sama dengan rempah kari, ketumbar, cili kisar dan sedikit air.
3. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan. Kemudian masukkan bahan bahan yang telah dicampurkan tadi. Masak hingga pecah minyak.
4.Masukkan air asam jawa dan daging itik yang telah dibersihkan. Masak hingga daging itik empuk.
5. Kemudian masukkan santan dan masak lagi hinga mendidih. Masukkan kerisek, garam dan gula kabung.
6. Renehkan dengan api perlahan hingga hampir pekat.
7. Saya tambahkan ubi kentang dalam gulai itik saya.



Saya masak gulai itik sebagai menu makan malam tadi.

Jadi pagi tadi, bangun buat roti jala untuk dicicah dengan gulai itik sebagai sarapan pagi.



ROTI JALA / ROTI KIRAI

Bahan bahan
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
3 cawan air

Cara cara
1. Campurkan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Masukkan dalam botol / acuan roti jala. Panaskan non stick pan, jalakan di atas kuali, biarkan beberapa saat, angkat dan letak di atas pinggan.
3. Gulung atau lipat roti jala.
4. Buat hingga adunan habis.
5. Sedia untuk dinikmati.


Jemput makan....

Tuesday, October 2, 2012

Masak Lemak Siput Sedut



Salam dan Selamat pagi.

Cepat sungguh masa berlalu..... Sedar tak sedar sudah memasuki bulan oktober. Rasa macam baru saja kita menyambut Aidilfitri, 3 minggu lagi kita akan menyambut Aidil Adha pula. Seronok tengok orang yang berpeluang mengerjakan ibadah haji. Entah bila pula saya berpeluang untuk ke sana....

Okay, berbalik kepada entry hari ni, saya masak siput sedut untuk makan malam tadi. Agak lama juga tidak menyediakannya sendiri di rumah. Bukan apa, malas sungguh nak memotong siput sedut tu satu per satu. Kalau siput tu bersaiz besar senang sikit, kalau kena yang kecil, fuhhhhh berpeluh juga nak habiskan.

Siput sedut masak lemak antara masakan kegemaran suami saya. Dulu dulu saya tidak suka makan sebab tak pandai nak menyedutnya. Semasa mula mencuba dulu, saya gunakan tooth pick untuk mencungkil isi siput. So confirm tak boleh makan di kedai.


SIPUT SEDUT MASAK LEMAK

Bahan bahan
1/2 kilo siput sedut - potong bahagian belakang dan rendam seketika ( saya beli siput yg siap dibersihkan dari lumpur)
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 helai daun kunyit - disiat 
1 labu bawang besar *
2 biji cili merah besar *
5 biji cili padi *
2 cm kunyit *
2 batang serai - ketuk
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

Cara cara
1. Kisar bahan bertanda * hingga hancur. Masukkan ke dalam periuk bersama sama santan cair.
2. Kemudian masukkan siput sedut dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan serai, daun kunyit dan asam gelugor. Biarkan ia mereneh seketika dengan api perlahan.
4. Masukkan garam dan santan pekat, masak sebentar dan kacau sekali sekala supaya santan tidak pecah minyak.
5. Bila sudah mendidih, bolehlah matikan api.