Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini tak esmpat nak bercerita panjang, agak fully occupied tapi sempat juga curi curi update blog.
Entry hari ini ialah Kuih Koci Labu. Maklumlah tuan tanah penggemar tegar labu.
Kuih koci labu ini saya sediakan sebagai juadah minum petang semalam. Kebetulan 3 orang anak saudara ada di rumah, maka cepatlah habis kuih ni. Masing masing tengah dalam process pembesaran, asyik lapar saja.
Resepi saya ambil dari blog Chah cuma saya skip kuah santan. Malas pula nak buat.
KUIH KOCI LABU
Bahan bahan (Inti)
1/2 biji kelapa parut - ambil bahagian putih sahaja
2 keping gula melaka
1 sudu makan gula pasir
Sedikit air
1 sudu besar tepung gandum
1 helai daun pandan
Cara cara
1. Masak gula melaka dan gula pasir hingga larut. Masukkan daun pandan dan kelapa parut.
2.Masak hingga kelapa parut agak kering, masukkan tepung gandum. Gaul sebati dan biarkan ia kering sebentar. Sejukkan.
Bahan untuk doh
1 cawan labu yang telah direbus
1 1/4 cawan tepung pulut
Sedikit garam
Cara cara
1. Gaul semua bahan hingga sebati dan sedikit melekat di tangan. Tidak perlu tambah tepung kerana ia akan menyebabkan kuih menjadi liat.
Cara untuk membungkus
1. Bulatkan inti sebesar ibu jadi. Buat sehingga selesai.
2. Ambil sedikit adunan doh, leperkan sedikit dan letak inti dan bungkus hingga tidak nampak inti.
3. Ambil sekeping daun pisang yang telah dilayur dan dipotong kepada saiz yang sesuai.
4. Sapukan sedikit minyak masak di atas daun pisang, letakkan doh yang telah berisi inti tadi dan balut. Buat hingga selesai.
5. Panaskan kukusan, kukus kuih koci lebih kurang 15-20 minit atau sehingga masak.
5 comments :
sedapnyer. .nekcik pun peminat labu. .bilalah dapat membuatnya ni
Nampak macam rumit NEKCIK, tapi tidaklah serumit yg disangka. Tapi memang sedap apa apa yang ada labu ni kan...
assalam. adda mmg suka sgt kuih koci...ikut la berasaskan apa kuih koci pasti laju jer masuk mulut..
WS adda,
Sama la dengan akak, nanti nak cuba koci pulut hitam pulak.
Kuih koci klu intinya klpa campur ngn durian lagi sedap
Saya buat jualan lagi...😊😊
Post a Comment