
Monday, June 9, 2008
Balik Kampung.....
Hari Khamis lepas, habis kerja jer, me and my husband terus balik kampung kat Perlis. Sebenarnya ada majlis kenduri kahwin sepupu my husband. Wifenya orang Pasir Mas Kelantan. Takdelah buat besar besaran, cuma majlis menyambut menantu.


Thursday, June 5, 2008
Ikan Tenggiri masak kicap
Masa beli ikan tenggiri ni, dalam kepala terfikir nak masak asam pedas ataupun masak lemak dengan belimbing buluh. Tapi cari cari kat pasar tani pun tak ada belimbing ni. Kebetulan masa pergi Melaka hari tu, saya beli perencah asam pedas Melaka. Konon kononnya nak cuba la, tapi disebabkan tak ada bendi atau apa pa yg sesuai utk di"sanding"kan dengan ikan tu, cancel lah. Oh ya ... disebabkan "KENAIKAN HARGA MINYAK" mulai hari ni, masa balik kerja semalam semua org naik minyak. Jalan jem disebabkan semua org beratur utk isi minyak. Mak oiii...... tension betul.
Sambal Udang (2)
Sebenarnya ptg nanti nak balik kampung husband kat Perlis sebab ada majlis kenduri kahwin. So tuan rumah akan bercuti dari hari Jumaat hingga hari Ahad. Kalau ikutkan memang le penat sangat, last weekend dah berjalan jalan kat Melaka dan this weekend balik Perlis pulak. Perjalanan pergi dan balik pun dah ambil masa 2 hari. Tapi kena balik le juga sebab bapa saudara husband yg buat kerja kenduri tu. Jadi kena clearkan esbok sebelum bercuti. Jadi semalam masak sambal udang dengan masak kicap ikan tenggiri. Semuanya main campak campak je.Wednesday, June 4, 2008
Bread with Garlic Butter
Resepi garlic butter ambil dari Yani@MyR. French loaf tu saya beli kat Giant jer. Walaupun ada breadmaker, tak ada kesempatan lagi nak menggunakannya semaksimum mungkin.Bahan-bahan ( +250g )
Roti france
*Garlic butter*
50g bawang putih.
250g butter- suhu bilik
daun pasli secukupnya
Cara-cara
Kupas kulit bawang putih. Belah dan buang bahagian tengah(bahagian ni boleh menyebabkan rasa pahit). Basuhkan. Kemudian kisar.
Masukkan bawang putih tadi dan pasli ke dalam butter. Kacau biar sebati.
Potong roti france nipis-nipis, tapi jangan putus. Masukkan butter tadi di bahagian tengah tempat potong tadi. Kemudian sapukan sedikit garlic butter ke atas roti.
Chocolate Waffle
Resepi ambil dari AlongRoz@MyR. Memang sedap dan asyik sekali mengunyah.Bahan-bahan ( 5 x 3 set )
1/2 c Serbuk Koko
62g Butter/Majerin
3/4 c Gula
2 bij Telur
2 st Esen Vanilla
1 c Tepung + 1/2 st Baking soda + 1/2 st Garam
1/2 c Susu Segar + 1 1/2 st Cuka
Cara-cara
Gaulkan koko, majerin & gula sehingga rata.
Masukkan telur sebiji2 sambil di pukul rata. Campurkan esen vanilla.
Masukkan tepung & susu berselang-seli.
Bakar lah dlm wm anda (jangan lupa panaskan wm terlebih dahulu).
Hidangkan dgn sos kegemaran anda
Avocado Salad
Hari tu beli buah avocado byk juga, saya suka makan dengan susu segar. Walaupun buahnya agak tasteless tapi byk khasiatnya. Resepi ni saya ambil dari Ringo@MyR.Bahan-bahan
1 biji avocado
20 ekor udang segar
3 sb mayonaise
2 sk condense milk
1 sk tomato kechup
1 sk susu segar
Cara-cara
Kupas kulit udang, belah belakang dan buang urat hitam. rebus sekejap dalam air bergaram. kalau udang besar potong dua.
Belah dua avocado, keluarkan isi dengan sudu. Potong 1cm persegi. Hati-hati supaya kulit tidak pecah sebab nanti akan digunakan kemudian.
Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
Sudukan 3. kedalam kulit avocado tadi dan hidangkan. sedap dimakan sebagai appertizer.
Tuesday, June 3, 2008
Jeruk Betik
Jus Durian Belanda
Singgang Ikan Aya
Sebelum pergi bercuti hari tu, ada beli ikan aya@tongkol. Ingatkan nak masak masa weekend tapi since my parents datang dan kami takde kat rumah, jadi terbantut lah projek memasak tu. Jadi semalam,saya masak juga singgang ikan aya ni. Sebenarnya agak senang dan mudah sebab semuanya main rebus. Tapi bertambah juga nasi dalam pinggan terutama kalau ada sambal belacan. Resepi ni saya ambil dari liza@MyR.Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol sederhana besar
3-5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5-6 cm lengkuas
1 biji cili merah
1-2 ulas asam keping
4-5 biji cili padi
3-4 cawan air
garam secukup rasa
Cara-cara
Potong ikan...Hiriskan bawang merah, bawang putih dan lengkuas...Kemudian masukkan semua bahan-bahan dalam periuk...Masak atas api sederhana sampai mendidih...Bubuh garam secukup rasa...
Sedia untuk dihidangkan
Kari Ketam & Terung Bulat
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)






