Friday, May 15, 2009

Seafood Tomyam


Dah lama tak buat tomyam, semalam ada sorang pengunjung,kak ieda mention pasal tomyam, terasa pula kat tekak cam nak makan tomyam. Apalagi balik rumah terus buat, maklumlah resepi campak campak jer, cepatlah siap.

Thursday, May 14, 2009

Nasi Goreng Cendawan



Dah lama tak buat breakfast, pagi tadi teringin pulak nak makan nasi goreng. Kebetulan nasi letfover semalam ada sikit jer, cukuplah nak lepaskan kempunan.

Siakap Goreng Bercili & Mangga


Ikan siakap lagi kan......, sampai dah tak tau nak masak apa. Jadi semalam belek belek majalah RASA ada satu resepi yang simple dan semua bahan ada kat rumah. Sedap gak, kira tak rugi mencuba.

Bahan Bahan

1 ekor ikan siakap sederhana besar
4 ulas bawang putih
4 biji cili padi
3 camca besar sos cili thai
1 biji mangga muda - diparut
Sedikit lobak merah - diparut
Sedikit daun ketumbar untuk hiasan
Sedikit air
1/2 labu bawang besar - dihiris nipis

Cara cara
  • Ikan siakap dicuci bersih dan diletak garam kunyit dan digoreng garing. Ketepikan.
  • Bawang putih dikisar lumat dan cili padi di hiris nipis.
  • Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau, masukkan sos cili thai dan sedikit air. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
  • Letakkan ikan di dalam serving plate, tuangkan kuah ke atas ikan tadi.
  • Gaulkan mangga muda,lobak merah dan bawang besar. Letakkan diatas ikan dan taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.
  • Sedap dinikmati dengan nasi panas.

Gulai Ikan Keli


Dah lama teringin nak buat Gulai Ikan keli, sebab kalau beli jer, my husband dah book nak goreng dulu. Semalam beli lebih sikit so bolehlah buat gulai dan goreng sikit untuk my husband.

Wednesday, May 13, 2009

SORRY.............

Buat semua kawan kawan yang sudi singgah kat sini, saya minta maaf banyak banyak sebab dah 2 hari takde apa apa entry. Keaadaan tak begitu mengizinkan sebab saya sibuk sangat. Bukan tak masak tapi tak sempat nak ambil gambar pun. Insyaalah kalau tiada aral melintang, ada new entry esok. Terima Kasih buat semua yang setia ke sini.......

Monday, May 11, 2009

Gossip di petang Isnin.....

GOSSIP!!!!!!........ mana ada gossip apa pun, saya tengah boring giler. Oh ya pagi tadi gi Maybank & Bank Islam kat Sect 14 ( dekat SACC Mall ), biasalah nak uruskan apa yang patut memandangkan saya ni Menteri Kewangan. Sekali yang lalu kat depan saya ialah JAMAL ABDILLAH, penyanyi tu.. Tapi cam biasalah, saya buat donno je, tak kuasa nak gi ambil gambar ke atau nak minta autograf ke.. Mak tak kuasa nyah. Rasanya dia baru keluar dari Mahkamah Syariah, sebab kes dia sedang dibicarakan. Taklah kurus sangat dan dia pakai wig/rambut palsu dan berkaca mata hitam. Mungkin dia risau kalau ada orang/wartawan yang recognize muka dia.

Kat tempat saya ni (tempat keje), kawasan artis kot sebab ramai yang selalu ke sini. Selalu buat drama shooting dan shoot untuk iklan. Last 2 year, buat shooting drama Impak Maksima untuk slot aksi TV3, haaa berderet muka artis bersidai kat situ. Ada Ahmad Idham (pengarah), Nabila Huda, Awal, Aida Aris, Ezlan dan entah siapa siapa lagi. Lepas ada beberapa kali shooting untuk drama entah apa apa, sebab saya tak pernah tengok drama tu dalam TV pon.Kalau muka Zul Yahya tu ( Pepaya), memang selalu sebab dia buka restoran kat sini. Cam tu gak dengan Linda, Diana Rafar serta Syed Aiman. Ada gak beberapa muka Pembaca Berita yang selalu makan kat restoran berdekatan.

So moral of the story....... sape nak tengok artis meh la datang sini.

Ikan Rebus Tempoyak & Belimbing Buloh


Dinner malam tadi masak sempoi jer, nak habiskan ikan dalam esbok yang dah beberapa hari. Sedap makan dengan nasi panas.

Oreo Cheesecake


Dah lama pending nak buat oreo cheesecake ni, asyik tunggu Kak Ummi hantar tapi tak sampai sampai pun, jadi kenalah buat sendiri. Memang sedap. Resepi saya ambil dari dapur Kak Ummi.

Cucur Udang


Semalampi semalam hari MALAS saya, biasanya pagi pagi pergi Sunday Market tapi semalam saya asyik melingkar depan TV. My husband kena gi Site sampai petang, rasa cam malas sangat nak masak. Tengahari my husband call ajak lunch kat luar. Uihhhh sepantas kilat saya bersetuju sebab malas nak masak tapi perut lapar pulak. So petang sementara my husband nak balik, saya buat cucur udang untuk minum petang.

Black Pepper Beef Udon

Ahhhhhh...tension betul dengan streamyx ni tau. Dah beberapa hari tak boleh online kat rumah, connected tapi tak boleh browse internet. Call TM, dia cakap takde masalah, then dia cakap mungkin laptop ada masalah pulak. Dia suruh buat ini buat itu masih tak ok lagi. Tapi bila saya guna hari ni kat tempat kerja takde masalah pulak. Maknanya bukanlah masalah laptop saya. Sekejap lagi nak pegi TM nak buat report pulak. Uihhh panjang lebar membebel pepagi ni pulak. Hari Sabtu tu saya buat Black Pepper Beef Udon yang saya nampak dalam majalah NONA. Nampak cam sedapnya gambar dalam majalah tu, tapi memang sedap pon.