Thursday, June 18, 2009

Bun Nestum


Resepi ambil dari mana lagi kalau bukan dari Tokey Roti aka Ros aka Onigiri. Buat malam tadi untuk breakfast kami hari ni. Jemput makan roti.....

Ikan Bilis Goreng Halia


Resepi asal dari Rahman Bistari @ MyR, namanya Halia Goreng Ikan Bilis. Untuk resepi ni saya gunakan ikan bilis segar, yang ala ala anak ikan tu. Bukan "anak ikan" yang lain tu ye. memang sedap makan dengan nasi panas dan senang dan cepat untuk org yang sedang dilanda kemalasan yang kronik ni.

Kad Dari Mama Hawa


Dapat kad dari Mama Hawa, terima kasih kerana menjadikan saya sebahagian dari sahabat Mama Hawa. Jadi saya ingin panjangkan kad ini buat semua kawan kawan cyber saya yang tersenarai di Cyber Friends List saya. Sila silakan lah ye......

Wednesday, June 17, 2009

Puisi dari Sang Suami...................

PUISI

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...


*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

Restoran Haslam


Masa tengah belek belek gambar dalam handphone, terperasan ada satu gambar yang saya ambil masa nak balik Pahang masa cuti sekolah tempohari. Boleh dikatakan setiap kali balik Pahang, kami akan singgah makan kat Restoran Haslam yang terletak berhampiran Hospital Tawakkal. My husband suka makan kat sini sebab masakan dia kena dengan tekak my husband dan yang paling penting sedap dan banyak pilihan. By the way, restoran ni milik Pengarah Jutawan, Datuk Yusof Haslam. Bukan nak tolong promote, cuma nak share tempak makan yang ok.

Puding Soya


Resepi dari Kak Fida @ MyR, tapi dalam resepi asal dia gunakan fruit cocktail. Memandangkan kat rumah saya takde fruit cocktail tu, saya gantikan dengan dengan mango. Maklumlah buah tu yang selalu ada kat dalam esbok saya.

Sambal Belacan Siam


Pernah nampak kat rumah Rinnchan, dia buat sambal belacan siam ni. Mula mula ingat nak cicah ngan daun selom yang saya beli 2 hari lepas. Tengok tengok daun selom tu dah terkulai layu, terus tukar cicah ngan timun. Itulah je yang ada dalam esbok.

Antara bahan yg digunakan:-

Cili merah besar
Cili padi
Bawang putih
Garam dan gula
Belacan
Jus limau nipis

Caranya blend/tumbuk semua bahan kecuali jus limau nipis. Then baru masukkan jus limau nipis tu.

Tuesday, June 16, 2009

Emping

Pernah dengar tentang Emping? Kalau orang dari sebelah Utara mesti kenal dan pernah makan kan... Kebiasaannya ia dimakan diwaktu pagi sebagai sarapan. Saya pernah tengok ada orang makannya dengan pelbagai cara seperti masukkan emping ke dalam mangkuk dan tuang air kopi ke dalamnya, seperti mat salleh makan their cereals. Ada juga yang makan dengan mencampurkan/menggaulkan dengan kelapa muda parut,gula dan sedikit garam.

Monday, June 15, 2009

Tauhu Kukus Sambal Udang Kering


Beli tauhu ni punyalah lama, memang nak buat resepi ni pun, tapi asyik tertangguh je. Akhirnya selamat juga tauhu ni, kalau tak....selamat masuk tong sampah. Resepi dari dayangjack@myresipi.

Jus Nenas


Ada lebihan nenas yang saya dan suami cicah ngan sambal kicap semalam, hari ni terus buat jus, takut nanti nenas tu jadi masam pulak.