Monday, November 15, 2010

Lunch saya hari ini...


Actually hari ini plan nak makan Char Koay Teow Aimar kat TTDI Jaya. Tapi tadi pergi, tengok restoren tu tutup pula. Sebabkan saya tengok dari jauh, jadi tak perasan samada dia tutup sampai lepas raya atau dia buka lewat. Since saya malas nak tunggu atau pergi tengok dari dekat, saya just tukar plan makan something else. So pilihan yang ada cuma nasi ayam, tapi saya tak nak makan nasi sebabnya semalam lunch and dinner pun saya dah pulun makan nasi. Ini gara gara my husband la, ajak saya pergi makan kat tempat yg saya tak boleh resist makanannya.... (hehehehehe salahkan orang lain pulak....)

So lunch hari ni saya beli wantan mee yang disediakan dengan roasted chicken drumstick. Walla.....

Saturday, November 13, 2010

Dinner malam ni


Malam ni cuma makan sate. Petang tadi keluar jalan jalan cari makan, ramai juga orang sedang membeli belah untuk menyambut Hari Raya Haji. Boleh cuci mata tengok baju kurung, mungkin balance dari Raya Puasa lepas. Lepas cuci mata tengok baju, kami pusing cari makan pulak. Pusing punya pusing tapi tak tau nak makan apa, lastly decided beli sate je. Cukuplah untuk malam ni...

Friday, November 12, 2010

Mari makan buah dokong


Tadi selepas orang lelaki balik solat Jumaat, saya keluar ke Klang. Ada nak ambik barang dan bank in kan check, kebetulan ternampak ada org jual buah buahan tepi jalan. Walaupun bila makan buah dokong ni perut automatic akan sakit, tapi tetap juga nak makan. Jom makan!!!

Puding Jagung Bersos Kastad

Pudding Jagung Bersos Kastad.

Bahan bahan
Puding Jagung - Saya guna instant powder, so ikut je arahan yg diberikan.

Bahan kuah
1 tin susu cair
1 cawan air
1 tin fruit cocktail
Gula secukup manis
1 sudu besar tepung kastad

Cara cara
1. Masukkan semua bahan kecuali fruit cocktail ke dalam periuk. Panaskan hingga semua bahan sebati.
2. Tidak perlu sehingga mendidih, tutup api dan masukkan fruit cocktail dan sejukkan.
3. Hidangkan bersama sama puding jagung, enak di makan sejuk.

Thursday, November 11, 2010

Soto


Malam ni dinner dengan soto. My husband makan nasi lemak seringgit. Sorry no recipe since I just bought them. Malas nak beli barang basah since next week nak cuti panjang. So clear apa yang patut dalam esbok. Lepas raya baru start isi esbok dengan yang baru.

Slices of Choc Cake


Hari tu ada kawan bagi choc cake kukus. Biasalah kalau kat rumah memang lama la duduk dalam esbok sebab bukannya ramai sangat ahli dalam rumah ni. Nak cepat habis, apa jua yang saya masak kat rumah, saya bawa ke tempat kerja atau bagi pada kawan kawan yang lain.Kalau tidak, memang saya tak boleh mencuba resepi yang berkenan di hati. Tambahan pula, my husband bukan tergolong dalam kategori "sweet tooth". Jadi layan je lah gambar choc cake ni ye...

Wednesday, November 10, 2010

Menu Puyuh

 Puyuh Goreng

Semalam masa berjumpa dengan kawan kawan, my husband bawa balik burung puyuh yang sudah siap dibersihkan. Ada la dalam 4 ekor. Ada kawan diorang yang menternah burung puyuh, jadi bagi sample pada kawan kawan dan future customer.

So malam ni terasa nak makan nasi sebab ada burung puyuh tu. Bila balik rumah nak masak nasi baru teringat yang kat rumah saya takde beras. Rasanya dah berapa lama habis, nak beli pun dah kurang makan nasi waktu malam. Itupun my husband cakap tunggu lepas raya baru decide nak beli ke tidak. So tadi my husband beli nasi yang dah siap masak. Adoiiiii bertuah betul........

Puyuh Masak Asam