Saturday, May 14, 2011

Marble Pumpkin Butter Cake


Semalam blog ada masalah, ingatkan blog saya saja sebab sebelum ni pun dah pernah jadi. Semalam entry terakhir saya hilang, tiba tiba hari ni muncul balik tapi semua komen hilang. Nanti orang ingat saya yang delete pulak.
Actually saya buat kek ni malam semalam, tapi sebab semalam tak boleh buat entry jadi postponed ke hari ni. First time saya buat pumpkin butter cake, walaupun rupanya tak berapa menawan tapi memang sedap, lembut, gebu dan moist sekali. Sedap pada tekak saya sebab saya sukakan labu.

Sehari dua mungkin sedikit occupied sebab sepupu suami datang dari Perlis jadi nak jalan jalan cuci mata sekejap. Takde plan nak ke mana lagi tapi saya sedang mencari idea bagaimana nak menghabiskan buah mangga kat rumah saya.

Untuk pengetahuan semua, sehari sebelum semalam saya dah beli magga di Supermarket, lebih kurang 4 biji. Tiba tiba saudara saya dari Perlis telefon cakap nak singgah hantar buah mangga. Ingatkan sikit saja, tapi 1 BAKUL, lebih kurang 20 kg. Then petang sepupu suami saya dari Perlis telefon nak datang, bila sampai malam tadi diorang bawa 1 plastik buah mangga juga. Rasanya hampir 5 kg.

So rumah saya dah jadi macam kedai jual buah mangga. Itupun saya dah bagi sebahagian pada pekerja saya. masih banyak lagi kat rumah. Tengah fikirkan apa menu nak buat menggunakan buah mangga tu...

 Labu


Kek saya merekah di bahagian tengah, mungkin oven saya panas sangat kot. Masa dalam oven bukan main lagi cantik je dia naik, bila dah tutup oven, kek turun pulak.

Bahan Bahan
120 gms labu, kukus dan lenyek
150 gms tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh vanilla extract
100 gms butter (unsalted )
100 gms gula
3 biji telur ayam ( saiz besar )
1 sudu makan serbuk koko
Sedikit biji labu (optional )

Cara cara
1. Pukul butter dab gula hingga kembang dan gebu, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
2. Masukkan vanilla extract, gaul sebati. Ayak tepung dan baking powder. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit dan gaul adunan hingga sebati.
3. Ambil satu senduk adunan dan campurkan dengan serbuk koko. gaul sebati.
4. Masukkan labu yang telah dilenyek ke dalam adunan yang selebihnya, gaul sebati.
5. Masukkan adunan koko dan tanpa koko berselang seli hingga habis. Gunakan lidi sate dan pusingkan beberapa kali untuk membentuk marble.
6. Taburkan biji labu di atas permukaan kek, bakar kek di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.


Resepi asal boleh check di sini.


Fish Porridge


 Ada orang kata....

Bubur nasi hanya untuk orang sakit,

atau

untuk orang yang takde gigi.

Tapi bagi sesetengah orang, bubur nasi boleh jadi satu menu yang sedap. Tambahan kalau boleh letak macam macam dalam bubur nasi. Saya salah seorang yang suka makan bubur nasi sejak kecil lagi. Emak, abah dan adik adik saya semua suka makan bubur nasi, memang bertambah tambah dan siap boleh buat siaran ulangan lagi.


Tapi suami saya tak suka makan bubur nasi, dia cakap macam oang sakit je...

Memandangkan semalam my husband ada small gathering dengan kawan kawan sekolahnya, jadi saya tak perlu sediakan makan malam. Sebelum balik rumah, my husband dah pesan suruh makan dulu, beli saja apa yang saya nak makan. Saya cakap, yelah... nanti saya beli dulu sebelum balik.

Tapi last minute saya ubah fikiran.

Masa nilah saya boleh masak makanan yang saya suka tapi dia tak suka.
So, saya masak bubur nasi ikan untuk diri sendiri.

Terlebih rajin?

Kadang kala kalau terasa nak makan, saya akan menjadi terlebih rajin walaupun saya seorang je yang nak makan.


Sambal Tumis & Telur Asin

Bahan bahan ( 2 orang lebih kurang )
1/2 cawan beras
6 cawan air - bergantung pada beras
1 inci halia
1/2 sudu teh lada putih
Garam Secukupnya
2 keping isi ikan jenahak / apa apa isi ikan putih
Sayur kangkung
1 sudu teh serbuk dashi (optional)

Cara cara
1. Cuci beras dan toskan. Masukkan beras ke dalam pengisar bahan kering, tekan 1 @ 2 kali supaya beras tadi sedikit pecah dan bukannya kisar hingga menjadi halus. (Proses ini membantu mempercepatkan proses memasak bubur.)
2. Masukkan beras tadi ke dalam periuk nasi, masukan juga halia yang telah dimayang. Tuang air dan masak. ( Saya guna menu "PORRIDGE" pada periuk nasi elektrik).
3. Setelah nasi sudah semakin menjadi bubur, masukkan isi ikan yang telah dipotong kiub, sayur kangkung, garam, serbuk lada putih dan serbuk dashi.
4. Tutup periuk dan biarkan bubur sehingga masak. Jika semasa proses memasak, nasi masih berbutir dan air menjadi semakin kering, boleh masukkan sedikit demi sedikit air panas.
5. Sedap dimakan dengan sambal tumis, telur asin atau boleh cicah dengan cakoi.

Wednesday, May 11, 2011

Peminat Tegar!!!!!


Tergoda tak?

Beberapa hari yang lepas, saya terbaca satu komen dari seorang pengunjung yang tidak bernama. Dia ada tanya " Adakah saya ni peminat tegar buah Mangga?"

Agaknya dia nampak banyak juga entry yang berasaskan mangga kot. Saya selalu buat entry pasal kerabu mangga, jus mangga, lassi mangga, puding mangga dan juga buah mangga.

Khas untuk beliau, saya letak entry buah mangga ni. Please enjoy looking to those juicy and sweet mangos.

And  yes,
I am a big fan of Mango.....

Tuesday, May 10, 2011

Dark Soya Sauce Chicken Stew


Rasanya 2,3 hari ni saya sedikit malas nak memasak.

Cuaca pulak agak membahang dari pagi sampailah ke malam. Agaknya sebab tu kot.... ( alasan orang malas...) So malam tadi masak menu yang simple, Chicken Stew.

Bahan Bahan
4 ketul ayam
1 labu bawang
2 ulas bawang putih
1 batang  kulit kayu manis
3 biji cengkih
1 helai daun bay
1/2 sudu makan cili kisar
1 inci halia
1 ketul kentang
1 batang lobak merah
Sedikit bancuhan tepung ubi
2 sudu makan kicap
Garam
Air secukupnya

Cara cara
1. Mayang bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak, tumis bahan yg telah dimayang, kulit kayu manis, cengkih dan cili kisar hingga wangi.
2. Masukkan ayam, gaul dan biarkan sebentar. Masukkan air secukupnya , kentang dan lobak merah yang telah dipotong kiub serta daun bay.
3. Masukkan kicap dan renehkan dengan api sederhana.
4. Perasakan dengan bahan perasa dan masukkan bancuhan tepung ubi untuk pekatkan kuah. Pastikan ayam masak dan kentang sudah empuk sebelum matikan api.

Sunday, May 8, 2011

Lempeng Kelapa Muda


Menu Breakfast pagi Ahad.

Actually beli kelapa muda 2 biji pada hari Jumaat, plan nak buat Jelly kelapa sebab dah lama tak juga tak makan. Tapi biasalah kan..... apa yang dirancang bukannya selalu berlaku.
Senang saja nak buat, cuma perlukan tepung gandum, sedikit garam, air kelapa dan isi kelapa muda. Gaul sebati dan buatlah seperti memasak pancakes, dan cicah dengan sambal ikan bilis.

Friday, May 6, 2011

Grilled Chicken With Garlic Mashed Potato


Salam di Hari Jumaat....

Dah agak lama tak masak any western food untuk makan malam. Tapi ada nasi untuk my husband sebab dia tak suka mashed potato, tambahan kalau letak bawang putih lagi.

Semalam boleh dikatakan makan makanan yang "healthy" sebab takde yang bergoreng atau bersantan. Sayur dan jagung tu saya kukus, tapi sayur terlebih kukus hingga agak lembik sikit. Ayam pulak saya grilled menggunakan BBQ Grill.

Garlic Mashed Potato

2 biji kentang Russet
1 sudu makan butter
1/2 sudu teh garam - secukup rasa
1/3 cawan susu segar
1 bulb bawang putih
Olive Oil
Aluminium Foil

Cara cara
1.  Kupas kentang, cuci dan rebus dengan garam hingga empuk. Toskan.
2. Potong sedikit bahagian atas bawang putih,letakkan sedikit olive oil ke atasnya.Balut bawang putih di dalam aluminium foil, bakar di atas grill selama lebih kurang 20 min. Boleh bakar di dalam oven.
3. Keluarkan bawang putih, ambil isinya dan masukan ke dalam bekas berisi kentang rebus tadi.
4. Masukkan butter dan lenyekkan kentang dan bawang putih sambil masukkan sedikit demi sedikit susu segar hingga menjadi mashed potato seperti dikehendaki.


Grilled Chicken

1/2 bird of chicken ( small size )
1 sudu teh serbuk paprika
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan freshly ground black pepper
Sedikit minyak zaitun

Cara cara
1. Cuci bersih ayam, tos dan lumurkan dengan garam, serbuk paprika, black pepper dan minyak zaitun.
2. Perapkan sebentar, lebih kurang 20-30 min.
3. Panaskan BBQ Grill, panggang ayam sambil dibalikkan beberapa kali hingga masak.

Thursday, May 5, 2011

Colek Jambu Air


Rentetan dari gambar semalam.....

Balik semalam, selongkar peti doraemon cari sos rojak Mak Bee ke manalah tau ada tersembunyi kat celah celah barang lain. Tapi takde, jadi kena cari alternative lain. Maka berdentam berdentum bunyi lesung batu.....

Tapi tersalah estimate...

Masuk lebih cili padi, konon kononnya nak extra berapi.
Hambik!!!!! 
Rasa nak melecur juga lidah dibuatnya.

Wednesday, May 4, 2011

Buah Jambu Air


Hari ni ada kawan suami yang datang bawa buah jambu air.

Katanya sekarang musim hujan, jadi buah jambu air memang banyak dan cepat masak. Saya pernah ke rumahnya, rasanya ada satu saja pokok jambu air tapi memang selalu berbuah lebat. nampaknya rezeki kami hari ni, sedapnya kalau dapat colek dengan kuah rojak atau buat garam belacan. Ermmmm dah meleleh air liur membayangkan .....

Lempeng


Semalam my husband beli Kari Kepala Ikan dari kedai mamak kesukaannya.

So malam tadi saya cuma buat ketam rebus serai untuk tambahkan lauk. Pagi tadi masih ada banyak lagi baki kuah kari, jadi tadi saya buat lempeng tepung untuk cicah dengan kuah kari.