Wednesday, June 1, 2011

Kuih Dadar Durian

 Kuih Dadar Durian Berjalur

Buat kuih dadar aka Ketayap ni untuk breakfast pagi tadi.
Alkisahnya, masa dok selongkar esbox mencari meatball yang kurun ke berapa entah, ternampak beberapa ketul isi durian yang saya frozen sebab tak habis makan. Itulah saya cakap, peti ais kat rumah saya ni dah macam perut Doraemon, macam macam boleh keluar.

Memandangkan masih ada baki kelapa parut lebihan saya buat Haruan Bantut semalam, saya terus terfikir nak buat inti kelapa. Nak buat kuih koci, tak ada daun pisang pulak. So yang paling senang ialah buat kuih dadar. Makcik terlebih kreatif hari ni, instead of normal green kuih dadar, saya buat  original flour colour with brown stripes.


Pasta with Meatballs Sauce


Salam di Pagi Rabu.

Mari kita jamu mata pagi ini dengan Pasta bersama Meatballs Sauce. Malam tadi tak berapa ada mood nak masak. Entahlah.... rasa malas sangat dan badan pun rasa macam lemah je. Rasa macam nak selsema agaknya.

Jadi saya masak yang ready made saja. Cuma tambahkan carot dan mushroom. Sauce pun yang ready made, senang kerja sikit. Lagipun sebelum balik my husband dah makan makan dengan kawan kawannya.

Tuesday, May 31, 2011

Haruan Bantut



Dah beberapa kali suami saya bersungut nak makan Ikan Haruan Bantut. Terms "Bantut" kat sini bukanlah pendek atau dompot, tapi istilah orang sebelah utara bila Ikan di belah belakang, disumbat dengan rempah ratus dan kelapa parut kemudian di bakar atau dipanggang.

Biasanya mereka menggunakan ikan haruan yang agak besar especially ikan haruan dari sawah atau sungai. Lagi sedap bila dipanggang menggunakan kayu api instead of oven atau grill. Aromanya lagi semerbak dan menaikkan selera.

 Ada orang tak boleh makan ikan haruan sebab keaadaannya yang menyerupai ular. Saya memang tak akan siang ikan haruan, keli atau puyu kalau masih hidup. Kat sini senang, pilih ikan dan suruh penjual tu siang ikut kehendak kita. Boleh suruh belah belakang ke, even boleh minta mereka belah butterfly style seperti ikan kerapu di Chinese Restaurant. Balik rumah, cuci dan boleh terus masak.


Bahan bahan

1 ekor ikan haruan sederhana besarnya - dibelah belakang dan dicuci
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 biji cili padi
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
Segenggam penuh kelapa parut
1 batang serai
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
Garam
Sedikit minyak

Cara cara
1. Lumurkan garam pada isi ikan dan letakkan sedikit minyak di permukaan ikan supaya tidak melekat semasa membakar. Ketepikan.
2. Tumbuk lumat bawang merah, putih, serai, cili merah, garam, kelapa parut kunyit, jintan manis, jintan putih dan halia.
3. Sumbatkan bahan tumbuk tadi di bahagian belakang ikan yang telah dibelah.
4. Bakar di atas pembakar hingga masak.

Kerabu Pucuk Paku


Selamat Pagi Malaysia..

Hari ni ramai yang pasti "Panas Hati" bila baca paper atau baca berita di Internet. Selain dari pengumuman kenaikan tariff elektrik, pasti pasal pernikahan SY aka Abang Jem. Yang panas hati pastinya ramai dari kalangan wanita dan ada juga yang kalangan kaum lelaki yang tak puas hati...

Eh, aku lagi hemsem apa dari SY? Hidung aku pun comel apa.... 
Apa apa pun mereka dah selamat menjadi suami isteri. 

Daripada saya fikirkan pasal benda yang tak berfaedah pada saya, lebih baik saya fikir nak masak apa untuk suami dan tekak sendiri. Saya cukup suka makan kerabu, terutamanya Kerabu Pucuk Paku dengan kerang. Semalam pagi pagi saya dah ke pasar sebab mencari stok barang basah. Jadi terus terfikir nak buat kerabu ni. Saya beli kerang sebungkus, sikit saya guna untuk buat kerabu dan selebihnya saya buat sambal kerang. Dah jimat masa nak fikir menu yang lain.



Bahan bahan

1 ikat pucuk paku - siang dan celur
30 sen taugeh - dicelur
Isi kerang yg telah direbus
1/3 cawan pati santan
Sedikit kerisek
1 labu bawang besar - dimayang

Bahan ditumbuk lumat


4 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
2 sudu besar udang kering
1 sudu makan serbuk belacan

2 sudu besar jus limau
1 sudu kecil garam
Gula secukup rasa

Cara cara

1. Satukan bahan yg telah ditumbuk di dalam bekas bersama bahan yg telah dimayang. Gaul rata.
2. Masukkan kerisek, garam, gula, santan dai jus limau. Gaul sebati.
3. Masukkan kerang, pucuk paku dan taugeh. Gaul rata.
4. Sedia dinikmati.

Monday, May 30, 2011

Panna Cotta with Caramelized Mango


Sudah makan tengahari?

Kalau sudah, alhamdulillah kenyang. Apa kata sambil sambil tu kita makan dessert dulu. Kali ini saya jamu dengan Panna Cotta with Caramelized Mango sebagai pemanis mulut.

Bahan bahan
500 ml heavy cream
500 ml susu segar
2 sudu teh vanilla extract
100 gms gula castor
4 1/2 sudu teh serbuk gelatin
6 sudu makan air dari peti ais
2 biji mangga ranum - di potong dadu
2 sudu makan gula castor
2 sudu makan air

Cara cara

1. Masukkan heavy cream, susu segar, gula dan vanilla extract ke dalam periuk.
2. Taburkan serbuk gelatin ke dalam bekas yang berisi air dari peti sejuk. Biarkan lebih kurang 5 minit.
3. Panaskan periuk yang berisi heavy cream, susu segar, gula dan vanilla extract dengan api perlahan jangan sampai meruap.
4. Setelah hampir mendidih dan semua gula telah larut, masukkan gelatin tadi. Kacau hingga sebati.
5. Tuangkan campuran Panna Cotta tadi ke dalam bekas ramekin atau gelas yang sesuai. Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 3.4 jam atau lebih.
6. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu makan gula dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga warna bertukar keperangan.
7. Masukkan air satu sudu besar lagi dan kacau sebati. Masukkan sebahagian mangga yang telah didadu. masak sehingga hampir menjadi hancur/lembik.
8. Masukkan baki buah mangga, kacau sekata dan tutup api. Ketepikan.
9. Ceduk Caramelized Mango ke atas Panna Cotta sebelum menghidang. Enak dinikmati sejuk.



Asam Rebus Tempoyak Ikan


Selamat Pagi....
Hari ini cuti sekolah dah bermula, jadi jalan pun sedikit lengang, tak banyak kenderaan seperti biasa. Jadi bolehlah memandu macam mak minah lenggang kangkung...
Oh ya, cakap pasal memandu ni, saya teringat pasal lesen memandu saya. Selalunya my husband yang akan renew my driving license. Kebetulan hari jumaat lepas saya ke TM atas urusan tertentu, saya kena keluarkan IC. Tapi saya tersilap keluarkan lesen memandu. Semasa nak simpan balik lesen tu baru saya perasan yang lesen tu dah expired. Bukan sehari sebelum atau seminggu sebelum tapi 3 BULAN lepas. Maknanya selama ini saya memandu dengan lesen yang sudah tamat tempoh. Dah merata rata saya merempit tapi mungkin tak pernah kena tahan dengan pak polisi yang buat road block, sebab itu saya jarang sangat check lesen saya.

Oh ya.... hari ini pun saya memandu ke tempat kerja, dengan lesen yang tamat tempoh. Kalau ada Pak/Mak Polisi yang baca, tolong jangan tangkap saya. Sekejap lagi saya pergi renew....

Tengahari semalam saya cuma masak kari ketam dan asam rebus tempoyak ikan untuk makan tengahari. Sebab malam my husband dah plan nak makan kat luar. Birthday dia hari sabtu tapi kami postponed Birthday Dinner the next day. Takde yang special pun, nak buat kek, my husband tak nak. Kalau makan malam berdua pun selalu sangat, tak perlu tunggu any special or specific occasion. Hadiah? Harijadi saya, tentulah saya yang dapat hadiah. Kalau hari jadi my husband, SAYA juga yang dapat hadiah... Best apa.




Bahan bahan
4 ekor ikan Selayang / Kembung
1 batang serai
2 sudu makan tempoyak
4 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
Sedikit daun kesum
3 ulas bawang merah
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara cara
1. Tumbuk bawang merah, kunyit dan cili padi hingga hancur. Masukkan ke dalam periuk yang berisi air anggaran 1 liter.
2. Masukkan tempoyak, serai yang telah ditumbuk sedikit dan daun kesum ke dalam periuk tadi. Didihkan.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Renehkan seketika dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.
4. Setelah ikan masak, bolehlah dituup api dan dihidang panas dengan nasi putih.

Saturday, May 28, 2011

Mee Kari Lagiiii


 Menu dinner malam tadi ialah Mee Kari....

Sebenarnya saya lebih prefer Mee atau Bihun Sup, tapi memandangkan ini ialah special request dari Man of The House jadi saya ikut jelah.

Lagipun,,,,
Hari ini ialah Hari Jadi dia. So saya masak sajalah apa yang dia nak makan. Bukannya susah sangat pun.



Bahan bahan

300 gms Ayam - potong kecil
1 cawan isi kerang yang telah direbus.
2 kumtum bunga lawang *
1 batang kulit kayu manis *
2 biji buah pelaga*
Sedikit jintan manis*
Sedikit jintan putih *
4 ulas bawang merah **
2 ulas bawang ptih **
1 inci halia  **
250 ml santan pekat
600 ml air (anggaran )
1 tangkai daun kari
2 sudu makan cili kisar
1 packet rempah kari ( RM0.60)
1/2 cawan jus asam jawa
Sedikit tauhu pok
Sedikit fish cake
Sawi - dicelur
30 sen Taugeh  - dicelur
Minyak untuk menumis
1packet mee kuning - dicelur

Cara cara.
1. Kisar bahan bertanda ** hingga hancur. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * hingga nai bau.
2. Masukkan bahan kisar, cili kisar, serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan ayam dan gaul sebati, biarkan seketika. Masukkan santan pekat, jus asam jawan dan air hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
4. Biarkan ia mereneh seketika, perasakan dengan garam dan gula. Setelah kuah hampir mendidih, masukkan isi kerang, dish cake dan tauhu pok.
4. Biarkan kuah mendidih seketika sebelum dimatikan api dapur.
5. Masukkan mee kuning, sawi dan taugeh ke dalam mangkuk. Tuang kuah kari ke dalamnya. Sedia dinikmati semasa panas.

Friday, May 27, 2011

Jus Tembikai Laici



Plum Clafoutis...

 
Aduhai..... Plum Clafoutis yang tak berapa nak jadi gamaknya.

Saya dah plan nak buat ni beberapa hari lepas sebab dah siap beli buah plum pun. Tapi biasalah, ada saja yang menghalang. Dan ada kalanya malas yang lebih.....

Tapi tak puashati dengan finished productnya. Mungkin sebab bekas tu kecil dan buah plum agak besar. Bila buah plum sedikit berat menyebabkan ia sedikit terbantut.Patutnya kena potong plum kepada saiz yang sedikit kecil atau saya gunakan bekas yang lebih besar. Next time nak cuba dengan buah yang lain pulak, nak guna raspberry, alahai mahal sangat buah tu.Mungkin boleh gunakan buah cherry pulak.

Bahan bahan ( hasilkan 2 bekas seperti di atas )
4 biji plum - belah 2 dan buang bijinya
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh perasa vanilla
1/2 cawan tepung serba guna
1 cawan susu segar
Sedikit garam
Icing sugar - for dusting

Cara cara
1. Panaskan oven, sapukan butter pada baking dish atau ramekin.
2. Susun buah plum dengan bahagian di belah menghadap ke atas.
3. Pukul telur, gula, tepung dan garam hingga kembang. Masukkan susu segar dan vanilla.
4. Tuang ke dalam baking dish, dan bakar selama 30 - 40 minit atau sehingga masak.
5. Taburkan dengan icing sugar sebelum menghidang.

Nasi Goreng Ikut Suka


Semalam takde idea nak masak lauk apa untuk makan malam. My husband cakap, beli buku resepi sampai satu almari tapi tak tau nak masak apa? Fuhhhh!!!! musykil ni.
Memang la buku resepi dalam almari, tapi takdelah penuh satu almari. Tapi memang takde idea langsung, bila tanya nak makan apa, ikut sukalah jawabnya.

Jadi saya buat nasi goreng ikut sukalah. Masuk je apa yang saya suka dalam tu. Rasanya dia tak ada selera sangat nak makan sebab hari ni ada "TEST". Bukanlah test sebab dia belajar balik, tapi my husband ada attending satu course selama seminggu. Hari ini hari akhir, so ada test. Kalau lulus dapat Competent Letter, ( entah betul ke saya eja ni ) kalau tak, hanya sijil kedatangan. Katanya, bila dah tua tua nak ambik test ni, lain macam pulak rasanya.

Lawak la dia, semalam petang siap pergi beli buku semata mata untuk test hari ni. Tapi buku tu memang berguna juga untuk kerja dia. Tak sabar nak tunggu dia balik, kalau fail saya nak gelak kuat kuat. hehehehe....

Nasi Goreng Dalam Kuali