Maaflah sehari dua ni asyik tayang menu ulangan saja. Malas betul nak fikir nak masak apa. Barang basah pun tak ada dalam esbok, malas nak top up sebab esok dah cuti sampai hari Isnin. Bila cuti saja, kebarangkalian nak masak kat rumah tu hanya tinggal 20%. Lagipun my husband ada bagi hints nak jalan jalan masa cuti nanti, lagi la saya tak simpan stock barang basah.
Balik kerja semalam, saya plan nak buat simple dish, Baked Pasta. Kebanyakkan bahn yang digunakan adalah "segera". Pasta (macaroni), sos spaghetti, daging burger, cheese, cendawan dan bawang. Saya cuma beli daging burger dan cendawan saja sebab yang lain semua ada dalam simpanan di rumah.
Bahan bahan
Pasta - rebus hingga lembut dan toskan
1 tin sos spaghetti (original)
2 keping daging burger - cincang
5 kuntum shiitake mushroom - hiris nipis
Sedikit garam dan lada hitam
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dicincang
1/2 cawan mixed vege
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan daging burger yang telah dicincang. Kacau hingga daging bertukar warna.
2. Masukkan cendawan dan mixed vege, kacau hingga cendawan layu. Masukkan air, biarkan ia seketika.
3. Masukkan sos spaghetti, kacau sekata dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Biarkan ia mendidih seketika. Tutup api.
4. Masukkan pasta yang telah ditoskan tadi ke dalam sos. Kacau sekata, tuangkan ke dalam bekas tahan panas.
5. Taburkan dengan mozzarella cheese di atas permukaan dan bakar di dalam oven hingga cheese cair dan sedikit keperangan.
6. Sedia untuk dinikmati.












