Monday, October 28, 2013

Matcha Chiffon Cake


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sihat semua? Kalau rasa badan mula menunjukkan tanda tanda nak demam dan selsema cepat cepatlah makan ubat. Maklumlah sekarang cuaca tidak menentu, kadang kala hujan lebat dan kadang kala panas terik. Banyakkan minum air kosong.

Bercakap pasal minum air kosong, saya dulu memang tak suka minum air kosong. Seksa juga nak dapatkan 8 gelas sehari. Tetapi sejak kebelakangan ni ( sejak dah nak jadi warga emas ) paksakan diri untuk dapatkan 8 gelas sehari atau lebih.




Dulu saya selalu keliru antara Green Tea dan Jasmine Tea. Sebab saya tidak menggemari betul rasa dan bau Jasmine Tea. Tak boleh terima dek tekak.

Tetapi sejak dua menjak ni dah tersuka pula pada Green tea, boleh dikatakan setiap hari mesti nak minum. Lagipun sekarang nak kurangkan minuman bergula. Bukan sebab gula naik harga tetapi untuk kesihatan diri sendiri. Even sekarang dah tukar dari gula putih kepada gula perang.



Saya ada beberapa menu berasaskan Matcha @ Green Tea yang ingin dicuba samada yang sihat dan "tidak berapa sihat".

So resepi pertama yang saya cuba ialah Matcha Chiffon Cake. Sejujurnya resepi ini paling senang dan tidak menggunakan banyak bahan dan yang penting menjadi.

Kek saya gebu dan sedap pada tekak sendiri...


Kepada peminat Green tea, anda patut mencuba kek ini. Memang berbaloi.


Matcha powder - ehsan google

Matcha@Green Tea Chiifon Cake
Source: One Cookbook

Bahan bahan
3 biji telur kuning saiz A
75 gms gula ( 2/3 cawan buang 1 sudu teh )- saya gantikan dengan Organic Pure Cane Sugar
40 ml minyak sayuran ( 3 sudu makan )
60 ml air ( 4 sudu makan )
75 gms ( 2/3 cawan buang 4 sudu makan ) tepung kek
1 sudu makan ( about 10 gms ) matcha powder
1 sudu teh baking powder
3 biji putih telur saiz A
7 " Chiffon cake pan

Cara cara
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius
2. Pukul kuning telur bersama sama sengan 1/3 gula kemudian tambahkan air dan minyak. Pukul hingga sebati.
3. Ayak tepung, matcha powder dan baking powder ke dalam campuran telur kuning tadi. Gaul sebati dan ketepikan.
4. Pukul telur putih hingga kembang dan masukkan baki gula ke dalam dan putar hingga soft peak.
5. Masukkan telur putih ke dalam adunan telur kuning dan tepung tadi sikit demi sedikit hingga habis.
6. Tuang adunan ke dalam acuan dan tepuk pan beberapa kali supaya adunan sama rata.
7. Bakar hingga masak anggaran 30 minit. Keluarkan dari oven dan terbalikkan acuan dan biarkan hingga sejuk.
8. Gunakan pisau untuk keluarkan kek dari acuan.


Wednesday, October 16, 2013

Crunchy Caramel @ Florentine Cookies



Assalammualaikum dan Salam Aidil Aidha...

Bagaimana sambutan raya anda? Jangan ada yang pitam disebabkan makan daging berlebihan pula. Maklumlah bila usia makin meningkat, ketahanan kepada sesuatu makanan akan menjadi semakin menurun. Saya dan suami memang tidak boleh makan daging banyak atau terlalu kerap. Mulalah lain macam saja rasanya...

Oh ya, tahun ini saya dan suami menyambut Aidil Adha di Shah Alam saja, malas nak bersesak sesak dijalanraya memandangkan hanya cuti sehari.

Kebetulan hari Isnin banyak kerja yang perlu diselesaikan. InsyaAllah hunung minggu nanti baru saya pulang ke kampung.


Saya buat rendang ayam untuk dimakan dengan ketupat nasi di pagi hari raya. Then sebab dah tak tau nak buat apa, sempat lagi buat biskut crunchy caramel untuk buat kudapan. 

Ini baru namanya Rendang dan Biskut Raya

Sebab dibuat pada Hari Raya.

Selamat Berhari Raya.


Wednesday, October 9, 2013

Kek Pisang Gula Apong



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Sudah sarapan pagi? Apa agaknya menu hari ini, biasanya saya cuma ambil susu dan cereal saja memandangkan my husband tidak bersarapan di rumah. Adakalanya saya ambil sarapan di tempat kerja saja. Memang jarang sangat saya masak untuk sarapan pagi.

Tetapi malam tadi since tak perlu masak untuk makan malam dan bila nampak pisang emas yang sudah kehitaman, maka merajinkan diri buat kek pisang.



Oh ya, 2 minggu lepas semasa Karnival Usahawan Desa yang diadakan di Putrajaya, saya terjumpa Gula Apong yang dijual di sana. Sebelum ini hanya sekadar mendengar dan lihat di alam maya saja. Saya beli satu bekas yang berharga RM6, tiada plan nak buat apa sebenarnya. Motto saya, beli dulu kemudian baru fikir bagaimana nak gunakannya...
(sila jangan ikut tabiat yang tidak berapa bagus ni ye adik adik......)


Saya sukakan kek pisang yang tidak teralu manis kerana pisang emas memang sudah ada manisnya yang tersendiri.

Layan gambar dulu ye, perlu siapkan kerja yang berlonggok atas meja.




Monday, October 7, 2013

Chocolate Crinkle Cookies



Eh tiba tiba hari ini saya terlebih rajin pula update blog. Kalau tidak seminggu sekali pun susah kan....

Bukan apa, bila ada masa sempat bereksperimen di dapur, bolehlah selalu update blog ni.

Kali ini saya share resepi Chocolate Crinkle Cookies yang saya ambil dari blog Cemplang Cemplung dari negara seberang.

Teruja bila nampak cookies tu berpecah dan nampak unik sekali. Rasanya pun boleh tahan juga.



Actually ini project saya semalam, kebetulan suami cakap tidak ada sebarang plans untuk keluar merayap. So bolehlah main masak masak selepas sediakan makanan tengahari.

Sangat senang untuk menyediakan cookies ini cuma perlukan masa kerana ia perlu disimpan di dalam peti ais sekurang kurangnya 2 jam atau lebih. Mungkin lebih elok kalau dibiarkan semalaman.


Memandangkan kita akan menyambut Raya Haji / Aidil Adha pada minggu depan, bolehlah dijadikan salah satu kuih untuk dijamu buat tetamu yang bertandang.




Spicy Sardines Puff



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Ada yang "Monday Blues" ke? Jangan lah begitu, senyum senyumlah selalu dan setiap hari ialah hari yang penuh keceriaan. Kita yang menentukan samada hari kita ceria atau pun suram.

Mari kita cuci mata dengan Spicy Sardines Puff yang saya buat untuk minum petang hari sabtu lepas. Bosan sebab tiada apa yang boleh dibuat, selongkar almari dan peti ais cari apa yang boleh dimakan sambil menonton TV.




Kebetulan ada sekotak instant pastry jenama kawan dalam peti ais yang entah bila saya beli. Masih belum habis tarikh luputnya ye... Then jumpa satu tin sardin saiz kecil dalam almari dapur. 


Apalagi, meh kita ke dapur....

Bahan bahan
Kulit pastry

Bahan inti
1 tin kecil sardin
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu makan sos cili
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara cara
1. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat.
2. panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar, serbuk cili dan sos cili hingga naik bau.
3.Masukkan isi sardin bersama sama sosnya, sedikit air dan jus asam jawa.
4. Masak hingga kuah pekat sambil hancurkan isi ikan sardin. Matikan api.
5. Ambil satu pastry, kelarkan sebahagian dengan pisau atau lat yang sesuai dan letakkan inti ikan sardin di sebahagian lagi.
6. Lipat pastry dan tekan menggunakan garfu disekeliling pastry. Sapukan dengan kuning telur dibahagian atas pastry dan bakar hingga kekuningan.



Thursday, October 3, 2013

Cottage Pie



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Actually tiada menu baru yang sempat dicuba kebelakangan ini. Walaupun ada beberapa menu yang hendak dicuba tetapi masih belum berkesempatan untuk bereksperimen di dapur.




Hujung minggu lepas, kebetulan ikut kawan ke Klang untuk mengambil tempahan kuih untuk jamuan harijadi anak kawan masa sama sama kerja dulu.

Salah satu kuih yang ditempah ialah cottage pie atau Shepherd's Pie.


Apalagi balik kerja singgah cari barang yang perlu sebab sebahagian barang memang sudah ada di rumah.

Actually tidaklah susah mana pun nak menyediakannya cuma kalau nak buat banyak memang perlukan masa sikit. Tetapi kalau untuk makan sendiri lebih puas sebab kita boleh letak lebih bahan yang kita suka atau yang harganya agak mahal.


Saya dah pernah buat beberapa kali, so kalau perlukan resepi boleh semak di bahagian label. Kalau rajin nanti saya salin semula.

Bahan untuk filling

250gms minced beef / daging kisar
100 gms portabello mushroom / button mushroom
1 labu bawang besar yang berwarna kuning
100 gms mixed vege
2 sudu makan mushroom cream/soup ( dalam tin )
Air secukupnya

Bahan untuk Topping

Mashed Potato
3 biji Russet Potato - Kupas dan potong 6 bahagian, rebus hingga empuk. Toskan.
1 sudu makan butter
Susu segar / air secukupnya

Cara - Masukan butter dan kentang ke dalam bekas. Lenyek sambil dicampurkan dengan susu/air sedikit demi sedikit.

Mozzarella Cheese

Cara memasak filling
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar yang telah didadu hingga layu.
2. Masukkan cendawan portabello yang telah dipotong dadu dan biarkan seketika.
3. Kemudian masukkan daging kisar dan goreng hingga daging berubah warna dan sedikit kering.
4. Masukkan pula mushroom cream/soup dan sedikit air. Masak seketika.
5. Masukkan pula mixed vege, gaul rata dan perasakan jika perlu. Masak sehingga kering. Ketepikan.
6. Sediakan loyong/bekas kaca/bekas aluminium. Isikan filling dan top up dengan mashed potato. Taburkan dengan mozzarella cheese.
7.Bakar di dalam oven atau microwave untuk keringkan kentang dan cairkan cheese.
8. Selamat menjamu selera.




Monday, September 30, 2013

Pulut Kelapa dengan Ikan Masin



Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Ermmmm hari ini saya nak jamu mata dengan sarapan pagi ala kampung.

Pulut tanak di gaul dengan kelapa parut dan dimakan dengan ikan sepat masin.

Pernah makan ke?




Biasanya ia adalah sarapan orang orang di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Kalau tidak silap, menu ini disediakan di waktu pagi, dimakan sebelum pesawah turun ke bendang.

Tetapi tidaklah mereka bulat bulakan pulut tu seperti saya buat. Saya buat untuk cantikkan food presentation saja.

Selain itu, kopi merupakan minuman yang sinonim dengan menu ini.


Sesekali mengimbau kembali kenangan lama berdasarkan cerita lama dari arwah nenek saya. Walaupun saya tidak pernah ke sawah tetapi boleh bayangkan dari cerita cerita orang orang lama.

By the way, ini bukanlah sarapan saya pagi tadi. Tak tahan mata kalau makan pulut awal awal pagi, nanti layu pula mata waktu bekerja.



Thursday, September 12, 2013

Soy Panna Cotta with Passion Fruits


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....


Betul kata orang....

Bila dah lama tak update blog, memang ambil masa nak kembali aktif seperti dulu. Bukannya tak masak tapi rasa berat je tangan nak sediakan props dan nak ambil gambar.

Walhal dah plan pelbagai benda nak cuba especially bila tiba weekends. Even dah siap beli semua bahan, tapi bila sampai weekends, automatically jadi malas.

Tambahan kalau hari mendung dan hujan, lagilah malas dan lembab macam cuaca kat luar rumah.
( saje je nak salahkan cuaca la pulak kan.....)




Bila dah agak lama tak pegang kamera, gambar makin teruk la pula. Rasa macam goyang dan blur.

Memandangkan sudah agak lama tak buat dessert, semalam saya cuma buat simple dessert, Soy Panna Cotta. Kebetulan 2,3 hari lepas semasa merayap di Jaya Grocer terjumpa buah markissa atau passion fruit ni. Ingatkan nak buat jus saja, tapi ok juga makan dengan panna cotta cuma ia agak masam sedikit. Tetapi boleh tambahkan sedikit gula icing ke dalam isi buah markissa ini.


Wednesday, August 28, 2013

Tuna & Kimchi Onigiri



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kita masih di dalam bulan Syawal, so masih boleh ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf buat tetamu yang datang kerana sudah agak lama blog ini tidak updated. Sejak 2 minggu Ramadhan hingga ke hari ini kesihatan tuan rumah tidak begitu memberangsangkan. Diserang selsema dan batuk yang seakan akan tidak mahu kebah. Hari raya pun tidak bermaya untuk kemana mana, even terpaksa menolak untuk menghadiri rumah terbuka mengenangkan selsema dan batuk yang agak "mengganggu". Kurang selesa nak berbual kalau asyik bersin dan batuk tak berhenti.




Boleh dikatakan sepanjang bulan puasa saya gantung periuk tambahan bila kesihatan tidak mengizinkan menambahkan kemalasan yang amat ketara untuk ke dapur atau mengangkat kamera.

Bila usia makin "muda", maka macam macam penyakit yang datang menyinggah dan susah untuk hilang.

Memandangkan agak lama tak update blog, saya letak entry pemanas badan. 

Tuna & Kimchi Onigiri.


Sila panas panaskan mata dulu ye, sambil akak memanggil semangat yang hilang....


So sesiapa yang ambil semangat akak tu,

Sila pulangkan semula ye.....



Monday, July 22, 2013

Puding Kastad Berkuah


Assalammualaikum dah Selamat Sejahtera...

Maaf sebab sekarang ni selalu pulak tenggelam timbul.... Lama tenggelam, baru timbul ambil udara sekejap.

Bulan puasa ni boleh dikatakan "jarang jarang" sangat saya pegang periuk belanga. Cik abang cakap dia bagi cuti sebulan, tak perlu memasak. Tetapi kadang kala tu teringin juga nak makan masakan sendiri.


Semalam sempat buat puding kastad berkuah, itupun cik abang dah tanya nak buat apa tu!!!!!

Puding kastad lebih sedap kalau disejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.



Kuah kastad ini sesuai juga dimakan bersama sama dengan puding roti.