Wednesday, July 15, 2009

Sup Tulang Ayam & Kentang


Semalam saya ke Pasar Seksyen 6, Shah Alam. Masa tengah menonong masuk dalam pasar tu saya terdengar seseorang memanggil nama saya. Tercari cari juga gerangan yang empunya suara sebab tak rasa ada org yang kenal saya kat situ. Selepas berpusing kepala mencari, rupa rupanya anak jiran saya kat kampung dan kebetulan dia meniaga ayam di situ. Dah beberapa kali saya beli ayam kat gerai tu tapi tak pernah nampak dia pun, rupa rupanya hanya pekerja dia yg ada disitu dan dia akan meniaga di tempat lain.
Bila dah berborak, saya pun belilah ayam sebelah (memang selalu beli ayam sebelah pon). Bila tengok dalam plastic bag tu punyalah byk benda dia bagi. Ada tulang ayam ni rasanya 3, hati dan pedal ayam lagi, daging ayam yang siap dibuang tulang dan sebelah ayam yang dipotong kecil.
Rezeki jangan ditolak, jadi minggu ni saya kena fikirkan semua menu yang berasaskan ayam ye puan puan......

4 comments :

kucingorengemok said...

takde pulak anak jiran kita keje niaga ayam, kalau ada mmg sllu buat² lalu depan gerai dia, hihihi :)

hazila said...

hahahaha...lepas ni saya akan buat buat lalu kat depan gerai dia. Kot kot boleh dapat free.

geraugebang said...

Macam mana nak dapat tulang ayam ni ek. Sup memang sedap yang tulang, sebab kalau masak dagingnya tak laku. Tapi takkan nak cari jiran yang jual ayam. Cam na ni?

Anonymous said...

Untung nie beli ayam cenggini... beli sebelah bonus sebelah.. nak beli jugak la..hehehe