Wednesday, March 6, 2013

Lopes Daun Buluh



Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....

Tiba tiba teringin nak makan kuih lopes. Agak lama juga tak buat, selalunya yang dijual di gerai gerai lopes yang berwarna hijau.

Sejak diperkenalkan dengan Lopes Daun Buluh oleh Cik Puan Mimi, memang dah suka buat kuih lopes macam ini.


Saya dah pernah masukkan entry berkenaan Lopes Daun Buluh sebelum ini, jadi boleh refer di bahagian label kat sebelah kanan jika perlu.

Tapi rasanya cara membuatnya lebih kurang sama cuma lopes ini tidak menggunakan pewarna dan daun buluh digunakan untuk menggantikan daun pisang.



Sebenarnya ada kejadian yang tak sepatutnya terjadi semasa menyediakan lopes ini. Saya sedang masak air gula melaka untuk dihidangkan bersama sama kuij lopes ini tapi sebabkan saya sedikit terleka, tiba tiba nampak asap berkepul kepul di dapur.

Apalagi bergegas berlari ke dapur, rupa rupanya air gula melaka saya dah hangit dan terbakar. Rasanya pun dah terlalu pahit. Bila tengok stock gula melaka, cuma tinggal sedikit saja. Sebab itu air gula melaka saya sedikit pucat.

Tapi bolehlah dari tak ada langsung kan.....





Kuih yang tidak pernah menjemukan.....

P/s - Daun buluh biasanya boleh didapati di kedai ubatan herba cina. Saya pernah nampak di jual di beberapa pasaraya seperti Giant Seksyen 13, Pasaraya HERO seksyen 13, tetapi bukannya sentiasa ada.



14 comments :

ummiaisyah said...

sy tak penah buat kuih lopis...kecik2 dulu ada gak tlg mak buat dlm daun pisang...yg daun buluh tak penah mkn..mesti wangi kan!

ummiaisyah said...

sy tak penah buat kuih lopis...kecik2 dulu ada gak tlg mak buat dlm daun pisang...yg daun buluh tak penah mkn..mesti wangi kan!

Marsita Yahya said...

salam Hazila, wow, teringin la pulok bila tgk lopes kat sini...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Rajinnya zila.. Senang ke dpt daun buluh tu? Xpernah buat lopes..

sabar dubai said...

Pestime dgr pki daun ni...bau sedap x kak...mne laa nk cr daun buluh kt sni daun kurma je byk..

pB said...

untung tul family yang ada ibu rajin seperti kak hazila nie

Qasey Honey said...

pestime kak, QH tau ade kuih lopes daun buluh ni..tentu sedapkn...lain dr yg lain..tp kt mne nk dptkn daun buluh tu?

sudipVSsenduk said...

cantik... mesti sedap!

bila beli di kedai, dia org kukus pulut & bentukkan bulat2 leper... huhuhu

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak..biasa diorang jual kering yaaa daun ni...? Sedap plak nampaknya kuih lopes ni..

Chik Mimi said...

wah cik puan lagiiiii best kan dah lamaaaa tak buat kuih lopes ni

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

husband selalu juga ke pasaraya Hero tu on the way balik dr kerja.. nnt nak suruh dia intai2 kot ada... t.kasih zila..

p/s: dlm majalah rasa mac bercerita pasal berblog tu zila ye? barulah kita kenal rupa orgnya... hehe...

Rohah said...

kak,sedapnya..
pebret..

eyeyou said...

ahad lepas n rabu lepas br je mkn lopez tp beli laa..dapppp!!!

fazianbatrisyia said...

Salam perkenalan.

Sy juga suka kuih lopes..buat sendiri tak pernah. Bila dah rasa penjual tu punya sedap..sy jadi pelanggan tetapnya.

Yg guna daun buluh lum pernah rasa lagi. Mcm kue chang ye guna daun buluh...