Wednesday, October 1, 2014

Jus Lobak Merah & Oren Sunkist


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Memandangkan cuaca yang kadang kala hujan lebat dan panas terik, kita digalakkan banyak minum air kosong. Elok juga mengambil jus buah buahan dan kurangkan minuman berais.

Tetapi kalau nampak ais dalam cuaca yang panas terik memang tak boleh nak cakap apa lagi. Nampak sedap sangat walaupun cuma ais kosong.

Saya gemar makan lobak merah mentah, kadang kala saya jadikan seperti snack untuk dikunyah semasa menonton TV atau saya bawa bekal ke tempat kerja. Sambil menghadap komputer, sambil mengunyah lobak merah. Dah nampak seperti Bugs Bunny la pulak kan...

Kebiasaanya saya gemar minum jus lobak merah yang ditambah susu pekat manis tapi kali ini kita cuba versi yang lebih menyihatkan.

Bahan bahan
3 biji lobak merah - buang kulit dan potong kecil
2 biji oren sunkist - buang kulit dan ambil isinya sahaja
1 sudu makan organic cane sugar - abaikan jika sukakan rasa masam manis buah
Air secukupnya

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender, kisar halus dan tapis.
2. Sesuai diminum untuk sarapan pagi.

Hampasnya boleh digunakan sebagai masker muka.


 
 

No comments :