Saturday, August 30, 2008

Pasta Penne Carbonara With Beef

Semalam pun masih menebal penyakit M, jadi saya masak yg simple jer.

Bahan bahan

Pasta Penne - direbus dan ditoskan
Sedikit daging - dihiris nipis
20 ml krim masakan
1 labu bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
Cendawan shitake - dipotong kecil
Sedikit minyak Zaitun
Garam dan lada sulah
Keju parmesan

Cara cara
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging dan biarkan seketika.
  • Masukkan cendawan shitake dan krim, gaul sebati. Masukkan pasta penne dan kacau lagi.
  • Perasakan dengan garam dan lada sulah.
  • Semasa menghidang, kalau suka parutkan keju parmesan ke atas dan sedap dinikmati panas.

Friday, August 29, 2008

French Toast

Semalam tak masak dinner, sebab rasa malas yg teramat sangat. Lagipun dah buntu fikir apa yg nak dimasak sebab balik balik masak benda yg sama cuma berbeza rasa jer. ( TAPI the main reason ialah MALAS SANGAT). So saya beli makanan yg dah siap masak, ala sesekali takpe kan.... So pagi tadi buat French Toast untuk breakfast.

Thursday, August 28, 2008

Sotong Masak Hitam

Lama dulu pernah masak sotong masak hitam ni, tapi masa tu guna dakwat sotong yg hitam tu. Tapi kali ni tak guna, tapi sebab warnanya dah hitam, kita boh jer sotong masak hitam.

Bahan bahan

200 gms sotong ( lebih kurang )
2 cm halia - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk
2 sudu makan kicap pekat
3 biji buah tomato petit/kecil
3 biji cili merah - dibelah 2
Garam
Asam keping
Sedikit air

Cara cara
  • Sotong dibersihkan dan ditos. Tumis bawang putih,bawang besar dan halia. Masukkan sotong.
  • Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kicap dan lada hitam. Gaul sebati.
  • Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam. Kemudian masukkan cili merah dan buah tomato.
  • Biarkan seketika ata sehingga sotong masak.

Ikan Masak Lemak

Dah lama tak masak ikan kat rumah ni. Jadi semalam teringin nak masak lemak ikan, tengok ada ikan sikit. Itupun ikan kembung yg kecil kecil jer, cukuplah utk lepaskan rasa gian tu. Tapi saya masak cara saya yg sempoi jer lah.....

Bahan bahan

4 ekor ikan kembung ( saiz kecil )
150 ml santan pekat
1 gelas air
2 cm kunyit hidup
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 biji cili merah
4 biji cili padi
Garam
1 batang serai - diketuk

Cara cara
  • Kisar bawang putih,bawang merah,cili merah,cili padi dan kunyit hidup.
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali garam.
  • Didihkan menggunakan api perlahan supaya santan tidak pecah minyak.
  • Perasakan dengan garam/bahan perasa dan biarkan sehingga masak. Tutup api dan siap utk dihidangkan.

Wednesday, August 27, 2008

Epal Goreng


Hari tu masa pergi Tesco, beli satu beg plastik bual epal hijau. Punyalah tamak macam boleh habis semua. So sekarang pening kepala macam mana nak habiskan semua epal tu. Macam macam dah buat, apple pie, jus epal, makan saja dan semalam terfikir nak goreng pulak. Rasanya ok juga cuma agak masam sikit sebab ianya epal hijau, mungkin next time boleh tukar epal merah pulak.
Bahan bahan
2 biji epal hijau - dikupas kulit dan dibuang empulurnya
Tepung beras
Sedikit serbuk kayu manis
1 sudu makan gula
Sedikit garam
Sedikit air
Cara cara
  • Epal dicuci dan ditoskan. Bancuh semua bahan kecuali epal, seperti batter/bancuhan untuk menggoreng pisang.
  • Gorenglah seperti menggoreng pisang/ubi. Sedap dinikmati semasa panas, kalau dah sejuk, kureng sikit.

Paprik Udang

Semalam masak paprik udang, sebab nak habiskan stok udang. Rasanya masakannya lebih kurang paprik ayam atau daging. Tapi saya tulis juga cara saya memasaknya.

Bahan bahan

200 gms udang (lebih kurang) - dicuci dan ditos.
1 batang serai - diketuk
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 ulas bawang besar - dipotong bulat
2 cm halia - dihiris nipis
2 helai daun limau purut
4 biji cili padi - diketuk
Sedikit Carot
Sedikit Kacang panjang
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos cili
Sedikit air
Garam/Gula

Cara cara
  • Tumis bawang putih,bawang besar, serai,halia, cili padi dan daun limau purut.
  • Masukkan udang dan goreng sebentar. Masukkan sedikit air, sos tiram, sos cili dan kicap pekat. Gaul sekata.
  • Masukkan bahan perasa/garam secukupnya dan biarkan seketika.
  • Setelah hampir masak, masukkan carot dan kacang panjang. Gaul lagi, biar seketika dan bolehlah ditutup api.

Tuesday, August 26, 2008

Kelakar & Geram

Saje jer nak bercerita, kebetulan hari ni free sikit. Ada satu hari Ahad tu saya melalui satu tol, kebetulan ada sebuah kereta kat depan dan sama sama nak masuk lorong Touch & Go. So bila dia sampai kat booth tu, dia keluarkan duit RM 10 dan hulurkan kat kaunter. Kemudian saya nampak dia turun dan berpaling ke arah saya dan selambanya dia cakap " takde orang la kat kaunter ni, boleh undur kereta tak?"
Dalam hati geram juga, nasib nasib baik takde kereta kat belakang. Entahlah, samada dia tak perasan atau tengah melayan perasaan. Tapi yg pasti muka mamat tu selamba jer........

Award dari Hana

Dapat Award dari Hana. Friendship Award, moga persahabatan berkekalan walau tak pernah bersua.

Kena Tag

Kena Tag dek Hana nun jauh di Jepang.

SQUEEZE THE TOOTHPASTE

Simply, It's about where you squeeze the toothpaste.
Rules - Just answer the questions below and post in on your blogs.
And of course, you have to tag at least one person, the more the merrier..

Question 1 :Which Squeezer are you?please select one of the following and let's see how the statistic is :-

A - Top-squeezer (squeeze from the top part)
B - Middle-squeezer (squeeze from the middle)
C - Bottom-Squeezer (squeeze from the bottom)
D - Random squeezer (squeeze anywhere you can get your fingers on)

My answer: Most of the time D

Question 2 :Explain your answer in Question 1 or whatever you want to say about it

Normally masa tu tengah cuci muka, so mata tertutup, jadi tangan meraba berus dan toothpaste. Picit je lah kat mana yg sempat.

Question 3 : who you want to tag
Takde lah kot....

Peach and Choco Puff

Resepi ambil dari Yani@MyR. Tapi kat rumah takde hirisan badam, jadi guna apa yg ada je lah.
Sedap dan senang membuatnya.

Bahan-bahan ( 8 biji )

8 keping puff pastry
buah peach secukupnya(dlm tin)
chocolate chips secukupnya
1/2 biji telur
almonds sliced secukupnya ( saya tak letak sebab takde stok)

Cara-cara
  • Bawa keluar buah peach dr tin. Lap buah peach dgn kitchen paper. Kemudian potong dadu peach tersebut.
  • Letakkan peach yg telah dipotong dadu tadi dan chocolate chips ke atas puff pastry.
  • Sapukan telur di bahagian tepi puff. Lipat biar jadi bentuk segitiga. Tekan bahagian tepi dgn garfu.
  • Sapukan telur pada permukaan puff yg dah siap. Taburkan almonds sclied ke atasnya. Bakar dalam suhu 180C selama 25-30 minit.