Thursday, April 26, 2012

Mee Kari Ketam


Salam dan Selamat Sejahtera.....

Hari ini sudah hari Khamis, mesti ramai yang tertunggu tunggu supaya hari Jumaat cepat datang sebab tidak sabar hendak bercuti panjang. Rasanya ramai juga yang akan bercuti sehingga hari Selasa depan.

Bila dah cuti panjang, mesti ada yang plan nak bersantai dan bercuti bersama sama keluarga ke destinasi pilihan. Bagaimana dengan kawan kawan semua? Saya dan suami akan pulang ke kampung, sebab my parents kurang sihat. Lagipun dah agak lama juga tak jengok kampung halaman.

Berbalik pada entry kali ini, saya letak Mee Kari Ketam requested by my husband.


Minggu lepas saya ada buat kari ketam untuk makan malam, sambil makan sambil berbual dengan my husband. Kadang kala di meja makan macam macam yang dibualkan, dari cerita berkaitan kerja hinggalah berkisar tentang isu semasa termasuklah bab makanan. Dah namanya pun di meja makan kan.....

Tiba tiba my husband cakap, kalau makan mee dengan kari ketam mesti sedap kan? Saya kata ok juga kot, sebab rasanya mungkin lebih kurang mee kari yang biasa saya buat tu. Mungkin lebih sedap sebab ada ketam di dalamnya. Saya cakap, naext time kita beli ketam, saya cuba buat Mee Kari Ketam.

 So, Mee Kari Ketam untuk makan malam tadi.....


Untuk memnbuat kari ketam ni, saya gunakan ketam yang bersaiz sederhana untuk memudahkan semasa menghidang di dalam mangkuk. Kalau lebih rajin, boleh rebus ketam dulu, keluarkan isinya dan masukkan semua semasa memasak kari nanti. Ia lebih senang untuk orang lain menikmatinya, cuma tukang masak kena kerja lebih masa la kan.....

Tapi letih memasak akan hilang kalau lihat keluarga gembira menikmati hidangan yang kita masak. Lagi seronok kalau lihat mereka makan bertambah tambah ......


Saya sudah beberapa kali letak entry berkaitan mee kari. Anda boleh lihat di sini untuk resepi mee kari. Cuma gantikan ayam dan kerang dengan ketam dan sesuaikan rasanya dengan selera masaing masing.


Wednesday, April 25, 2012

Udang Pataya


Salam dan Selamat Pagi

Sepatutnya waktu begini kena upload menu sarapan, barulah sesuaikan.... Tapi kebelakangan ini tak sempat nak buat sarapan, ada kalanya hanya makan biskut 4 segi cicah teh susu je. Habis rajin lah tu.... Lagi bertambah malas kalau my husband tak nak ambil sarapan kat rumah. Kalau saya seorang je, apa apa yang sempat dan senang.

Menu malam tadi, Udang Pataya nama diberi. Resepi dari Majalah SAJI tapi telah ditokok tambah oleh saya. kadang kala bila baca resepi di majalah, rasa macam ada yang tak kena, mungkin ada bahan yang tidak ditulis. Bukan bermakna saya ni pandai sangat memasak tetapi bila dah selalu ke dapur, kita boleh agak.


Saya memang teruk bila masuk bab Food Styling, tidak berbakat. Ikut apa yang sempat saja, so maaflah kalau kepala anda berserabut bila tengok gambar masakan saya.

Saya update resepi kemudian ye, ada perkara nak kena selesaikan dulu.

Tuesday, April 24, 2012

Kepingan Ikan Masak Cuka


Salam dan Selamat Pagi...

Sehari dua ni mood rajin lebih sikit, rajin ambil gambar. Sebabnya kebelakangan ni bukannya tak masak, tapi kurang mood nak ambil gambar makanan yang dah siap dimasak. Kadang kala memang tak sempat pun dan yang selebihnya sebab memang malas.

Masa ke pasar pada hari ahad lepas, sempat angkut 1 ketul kepala ikan merah dan 2 keping isinya. Sekarang harga ikan boleh tahan juga mahal mungkin sebab cuaca yang tidak menentu.


Semalam, cuma masak yang simple je. My husband request nak makan Sotong Goreng Cili Kering yang pernah saya letak entry dulu, dan saya cuma buat Ikan Masak Cuka sebagai lauk kedua. Malas nak buat sayur lain, lagi pun masak ikan ni saya letak timun dan tomato. Resepi saya ambil dari rumah Kak Ummi, tapi saya gunakan apa bahan yang ada di rumah saja. Resepi asal guna cili capsicum, saya takde stock, so just substitute dengan cili besar yang berwarna hijau dan merah.

KEPINGAN IKAN MASAK CUKA

Bahan bahan
1 keping isi ikan merah - cuci dan toskan. Lumur garam kunyit dan goreng garing. Ketepikan.
2 sudu makan cuka makan
2 ulas bawang merah *
1 inci halia *
3 ulas bawang putih *
3 biji cili padi *
1 biji cili hijau - dibelah 3 dan dipotong saiz yg sesuai
1 biji cili merah - dibelah 3 dan dipotong saiz yg sesuai
1/2 biji timun, buang biji dan potong saiz yg sesuai
1 labu bawang besar - belah 4
1/2 biji tomato - potong saiz yg sesuai
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih)
Garam dan gula secukup rasa
Dan sedikit air

Cara cara
1. Bahan bertanda * dimayang, panaskan minyak dan tumis bahan dimayang dengan rempah tumis hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cuka dan sedikit air, serbuk kunyit dan biarkan seketika.
3. Kemudian masukkan bawang besar, cili hijau, merah dan timun. Kacau dan biarkan hingga mendidih.
4. Kemudian baru masukkan buah tomato, perasakan dengan garam dan gula. Bila sayur layu, bolehlah dimatikan api.
5. Tuangkan ke atas ikan yang telah siap digoreng.



Daun ketumbar ada banyak, hari ni kena fikir nak guna untuk masak apa pulak....

Ada idea?

Sunday, April 22, 2012

Wadai Kepeng



Salam dan Selamat Petang,

Wah tiba tiba saya terajin pulak hujung minggu ni. Selalunya jarang sangat ada entry, kalau ada pun cuma satu. Hari ni sampai 2 entry pulak, layan je lah sementara mood nak memasak dan upload gambar tengah ada.

Lagipun hari ni tak kemana mana, cuma pagi tadi saja kami ke pasar dan lepas hantar saya balik rumah, my husband terus pergi office.


Lepas siapkan menu untuk makan tengahari, sambil layan TV dan tunggu my husband balik, saya belek belek majalah resepi yang ada. Mencari idea untuk buat minum petang nanti.

Selalunya kalau siang makan di rumah, kami akan keluar lepas asar, jalan jalan cuci mata dan terus makan malam di luar. Tetapi memandangkan hari ni memang takde plan nak merayap di luar, jadi kena cari menu untuk minum petang dan makan malam.


Kebetulan masa membelek Majalah NONA keluaran Julai 2011, ternampak satu resepi yang menarik hati dan bahan yang digunakan pun tidak banyak dan semuanya ada di dapur.

Saya memang sukakan resepi yang mudah dan senang dibuat, sebab itu jarang ada resepi yang canggih dan complicated dalam blog ni. Bukan tak teringin nak mencuba kek yang cantik dan pelbagai rupa tapi belum sampai seru lagi agaknya.


WADAI KEPENG

Bahan bahan
300 gms tepung pulut
4 helai daun pandan - dipotong kecil
1 cawan air
Secubit garam
50 gms sagu
600 ml santan
1 helai daun pandan di simpul
Sedikit garam
1/2 ketul gula melaka
150 gms gula pasir - atau secukup manis yg dikehendaki

Cara cara
1. Kisar daun pandan yg telah do potong kecil dengan air, tapis dan ambil air pandan.
2. Masukkan tepung pulut dan secubit garam ke dalam bekas, tuangkan air pandan sikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh seperti hendak membuat buah melaka.
3. Panaskan air di dalam periuk, ambil sedikit adunan, bulatkan dan tekan di bahagian tengah. Bila air mendidih, masukkan ke dalam. Bila terapung, angkat dan masukkan ke dalam air paip.
4. Masukkan santan, garam, gula merah, gula pasir dan daun pandan simpul ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana.
5. Bila hampir mendidih, masukkan sago dan wadai kepeng tadi. Biarkan seketika tetapi jangan sampai santan mendidih dan pecah minyak. Saya selalunya perah kelapa parut menggunakan air masak.
6. Bila sago berubah menjadi lutsinar, bolehlah dimatikan api. Siap untuk dinikmati.




Kerabu Pucuk Paku & Kerang



Salam di hari minggu, nampaknya cuaca di Shah Alam agak baik, panas sejak pagi lagi tapi sekarang sedikit berangin. Dah macam ramalan cuaca pulak kan.....

Pagi tadi saya dan suami ke pasar membeli barang basah, nampak kerang agak besar juga, apalagi terus suruh peniaga tu timbang sekilo. Then terus jadi pucuk paku dan taugeh, sebab kali ni nak buat Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang pulak. Jadi dah 2 hari makan kerabu, harap harap pengunjung My Small Kitchen tak jemu asyik menghadap kerabu je 2 hari ni.



Kerabu macam ni sedap meratah je, tapi bagus juga sebab boleh kurangkan pegambilan nasi. Atau lagi teruk sebab bertambah tambah nasi dalam pinggan.

Semasa mengopek kerang, hampir 1/3 yang masuk mulut sendiri. Sedap ratah je sebab kerang masih fresh dan rasanya memang manis. Makan kerang boleh tapi lepas kopek kerang, tangan jadi gatal gatal mungkin sebab air kerang tu. Tapi sebab dah suka, buat buat tak tahu je lah pasal gatal tu.


Saya dah  buat Kerabu Pucuk Paku dengan Kerang ni dah beberapa kali. Resepi boleh cari di bahagian label kat sebelah. Boleh guna resepi Kerabu Nangka seperti di entry sebelum ini.Cuma pucuk paku dan taugeh dicelur bukannya di rebus. Taugeh tu hanya celeur seketika saja untuk mengekalkan keranggupannya.

Friday, April 20, 2012

Kerabu Nangka dengan Kerang


Salam semua,

Sudah makan malam? Apa agaknya menu malam ni ye?


Menu saya malam ini ialah Asam Rebus Tempoyak Ikan Bawal Emas, Sambal Sardin dan Kerabu nangka bersama kerang. Agak lama juga tak masak nangka, ingat nak buat gulai nangka dengan ikan kering tapi baru je makan kari. So postponed dulu plan nak buat gulai nangka ke minggu depan pulak.

Actually badan ni bukannya boleh makan nangka sangat, berangin kata orang tapi tekak teringin pulak. Bila dah teringin tu, pandai pandailah kena buat kan.... Atau pandai pandai pergi beli.

Bahan bahan

3 potong nangka muda - saya beli yang sudah siap dipotong
1 cawan isi kerang
1 cili merah *
3 cili padi *
Sedikit Belacan *
1 sudu makan jus limau - sesuaikan rasa
Garam
Gula
2 sudu makan kerisek
1 biji bawang besar - dipotong bulat.
Santan pekat

Cara cara
1. Potong nangka muda kepada saiz yg sesuai.Rebus hingga embuk dan toskan.
2. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Masukkan nangka ke dalam bekas, campurkan dengan isi kerang, bahan bahan yg telah ditumbuk, kerisek, jus limau, bawang besar garam dan gula.
3. Gaul sebati dan perasakan dengan santan pekat, garam dan gula.
4. Siap untuk dinikmati.



Ada berbagai bagai versi kerabu nangka, ada yang tambah lada hitam, ada yang letak isi ikan yang telah direbus dan sebagainya. Ia bergantung pada citarasa masaing masing.

Thursday, April 19, 2012

Kuih Kaswi Blackmore


Salam dan Selamat Pagi,


Saya ingatkan hari ini dah hari Jumaat, itulah bila dah makin tua ni hari pun dah tak berapa ingat. 2,3 lepas memang plan nak buat kuih kaswi bila saya nampak kat rumah Mas Duniaku. Tetapi sebab terlupa nak beli gula merah, maka kelapa yang sudah dibeli bertukar menjadi lempeng kelapa. Rasanya saya jarang sangat guna gula merah di dapur, lepas ni kena cari resepi lain yang gunakan baki gula merah tu.

Semalam saya tak perlu masak untuk makan malam sebab my husband beli nasi goreng kampung kesukaannya dari Restaurant Tupai Tupai. Jadi sempatlah berexperiment di dapur sementara menunggu dia balik.

KUIH KASWI BLACKMORE

Sumber dari Mas Duniaku

Bahan A
3/4 cawan gula
1 cawan gula merah
2 cawan air
1/2 sudu besar serbuk nescafe
1 simpulan daun pandan
* Masak hingga gula hancur dan ketepikan sebentar.

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
3 sudu besar air kapur
3 cawan air

1/2 biji kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam

Cara cara
1. Di dalam bekas campurkan semua bahan B, gaul sekata. Kemudian tapiskan air gula yang telah dimasak tadi ke dalam campuran tepung.
2. Gaul semua bahan sehingga sebati dan tidak berketul.
3. Panaskan kukusan, sapukan sedikit minyak pada acuan, tuang adunan dan kukus hingga masak.
4. Biarkan sejuk, gaulkan dengan kelapa parut semasa menghidang.


Wednesday, April 18, 2012

PENGUMUMAN!!!!!!

Salam dan Selamat Petang...



Rasanya bloglist saya di bahagian kanan ada sedikit masalah. Ada blog kawan kawan yang telah saya "Add" tetapi tidak keluar. Ada juga yang baru saya tambah tetapi tidak boleh "Save".

Saya akan delete dulu semua bloglist dan akan masukkan semula blog kawan kawan. Andai kata ada blog kawan kawan yang tercicir, silalah beritahu saya. Maklumlah kadang kadang tak perasan ada yang tertinggal.

Tuesday, April 17, 2012

Lempeng Kelapa Cicah Kari Ketam


Salam semua,

Maaf la sehari dua ni asyik tayang menu breakfast je...

Lempeng Kelapa atau "PEKNGA" kata orang orang disebelah utara. PEKNGA singkatan dari Tempek Belanga antara sarapan paling glamour dulu dulu especially di kampung. Tapi sekarang jangan tak tau, ada restoren di kawasan bandar yang menjual sarapan cara kampung ni termasuk ubi kayu rebus cicah kelapa ikan masin, pulut kukus dengan kelapa dan pelbagai lagi. Harganya bukan seringgit dua ye.... Apatah lagi kalau sudah masuk rancangan Jalan Jalan Cari Makan.

Sebenarnya saya plan nak buat kuih kaswi sebab dah beberapa kali nampak kat rumah kawan kawan lain. Rasa macam teringin je kan, so lepas balik kerja saya singgah pasaraya nak beli barang yang diperlukan. Sampai rumah, keluarkan barang dari freezer untuk makan malam. Sementara nak tunggu defrost, saya keluarkan bahan untuk buat kuih kaswi. Bila check rupa rupanya saya terlupa nak beli gula merah. Maka terbantut la harapan nak buat kuih kaswi. 

Jadi kelapa yang ada tu saya buat  Lempeng Kelapa.


Lempeng Kelapa cicah dengan lebihan Kari Ketam malam tadi. Saya pernah buat lempeng kelapa menggunakan kelapa parut yang muda, rasanya lebih sedap dan wangi. Paling senang dan cepat untuk dibuat kerana hanya memerlukan beberapa bahan saja. Selain dari di makan dengan kuah kari, sedap juga digandingkan dengan sambal sardin.



Monday, April 16, 2012

Simple Breakfast




Salam semua...


A simple breakfast to start your day.


Sarapan pagi penting untuk memulakan hari, ada orang lebih suka ambil makanan berat dan mengurangkan bahagian semasa makan tengahari. Ada yang suka ambil sarapan yang ringgan sebab akan rasa mengantuk jika ambil nasi lemak, nasi goreng dan yang seumpama dengannya.

Jadi ia bergantung pada kadar metabolic badan dan kebiasaan masing masing, selera juga perlu diambil kira.




Petang semalam masa pergi jalan jalan cuci mata dengan my husband, kami singgah ke Plaza Alam Sentral. Walaupun cuci mata, terbang la juga seratus dua membeli slack my husband. Then singgah Bee's bakery, saya ingat nak beli egg tart tapi dah habis, so capai roti sebuku untuk sarapan pagi tadi.