Sunday, February 8, 2009

Pink Grapefruit Jelly

Ramai org dah mencuba, jadi saya pun tak nak ketinggalan. Saya gunakan Pink Grapefruit, senang nak keluarkan isinya. Resepi dari Yani @ MyR.


Bahan-bahan ( 2 orang )

2 biji limau- large size
4g serbuk agar-agar
500ml air + jus limau
50g gula
secubit garam

Cara-cara
  • Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya.
  • Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
  • Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
  • Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  • Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tebal.

No comments :