Sunday, December 13, 2009

Acar Rebung

First time saya makan acar rebung ni masa kenduri tahlil arwah my MIL. Sedaplah pulak tapi sebab buat tak banyak masa tu, jadi sempat la rasa sikit. Lepas tu terfikir kenapa tak buat sendiri kan, lagipun kat sini pun senang nak junpa rebung walaupun tak sama cam kat Perlis. So saya agak agak je lah bahan bahannya lagipun pernah nampak kat rumah TINTACYBER. Tapi ini saya buat versi saya yang simple je.

Bahan bahan

1 bungkus rebung jeruk ( yg color kuning tu ) - dipotong saiz yg sesuai
Sekit halia yg ditumbuk
5 ulas bawang merah di belah 2
5 ulas bawang putih dibelah 2
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan cuka
Garam secukup rasa
1/2 keping gula kabung
1/2 cawan air
Bijan untuk hiasan

Cara cara
  • Panaskan minyak, tumis halia, bawang merah dan putih hingga layu. Masukkan cili kisar, masak hingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan gula kabung/melaka, sos cili dan sos tomato, tumis lagi hingga sebati.
  • Masukkan rebung dan gaul sekata.
  • Perasakan dengan cuka dan garam. Kalau perlu boleh masukkan sedikit air supaya rebung masak.
  • Biarkan ia merenih dengan api perlahan hingga kuah agak pekat.
  • Semasa menghidang, taburkan sedikit bijan yg disangai terlebih dulu. (Optional)
  • Sedia dinikmati dengan nasi putih.

4 comments :

geraugebang said...

tak bau ke kalau rebung kuning tu? kak gerau suka yang putih jeer. yang putih boleh buat cam ni tak? tapi tak bulat la pulak ek.

hazila said...

Kak Gerau,
Boleh je guna rebung putih tu. Kat Perlis diorang guna rebung fresh, cabut kat pokok buluh. Biasanya saya rendam lama sikit dalam air sebelum masak.

UmMi 3A/TintaCyber said...

hazila...comel lote betul rebung tu...:)

ma'chiks said...

salam,best tengok orang masak rebung,ubi kemili,batang keladi all sorts.saya tak penah pandai nak masak benda2 camni.now satu pengalaman baru sejak mengenali food blog dan buat rayau ronda blog2 camni.