Tuesday, December 8, 2009

Bun Cicah Sambal Sardines


Sebenarnya plan nak buat Sardines Bun tapi bila uli doh, terlembik lah pulak. Inipun dah beberapa kali asyik tabur tepung je. Susah juga nak letakkan inti sardin kat dalam doh. Kalau guna inti kacang merah ke mungkin masih boleh buat. Tapi sambal sardines ni kan lembab jadi agak susah sikit. Jadi untuk selamatkan keaadaan, saya just buat bun kosong. Lepas tu pagi tadi cicah ngan sambal sardines.


Actually, saya nak test bakar roti guna microwave oven yang baru. Tapi sebab saya ni agak lurus bendul pergi guna bekas kaca, jadi bahagian bawah tu tak berapa nak masak. Terlupa la pulak yg microwave mana la ada api bawah kan. Anyway memang ok juga bakar guna microwave ni tapi next time kena guna bekas pembakar roti. Tetap gebu roti tu cuma tak berapa bulat bentuk bun tu sebab doh terlembik.

8 comments :

kucingorengemok said...

microwave kita pulak sllunya sebelah masak sebelah tak masak, jadi lepas bakar 1/2 kena pusingkan bekas/loyang

geraugebang said...

kalau sumbat sambal tu dalam bun lagi sedap kan.
untuk Kog, microwave ko sompek sebelah kot. he he he.

hazila said...

Lee lin,
Tu dia dah bagi hints suruh tuannya tukar yg baru le...

hazila said...

Kak Gerau,
Plannya cam tu lah. Tapi silap teknikal, intinya dok kat luar je lah.

jus call me ida.. said...

ooo boleh bakar roti guner microwave?? microwava takbleh masuk besi kan?? camner nak masuk loyang??

pernah dulu termasuk sudu kat microwave terus berkilat sabung menyabung kat dalamnya..huhu

hazila said...

Ida,
Kalau microwave yg ada function Grill dan Convection, boleh guna metal tray. Microwave function memang tak boleh.

blogresipi.com said...

memang nampa lembut bun akak tue... bestnye cicah sardin :)

hazila said...

Ijan,
memang lembut cuma bentuknya tak mengancam. Leper je.