Sunday, December 20, 2009

Burger


Wah...pagi pagi buta hari Ahad yang dingin ni saya buat burger untuk sarapan pagi. Kira dah jadi minah salleh habislah ni.....
Sebenarnya plan nak makan burger kat rumah malam tadi. Sebab tak nak makan nasi,jadi ingat nak makan simple burger untuk alas perut je. Tengok tengok my husband ajak keluar. Nak makan KFC katanya. Fikirkan malas juga sebab asyik batuk dan hidung pun rasa cam nak cabut buang je. Tapi dah dia nak makan, kenalah ikut juga. Kami cuma ambil 1 dinner plate dan kongsi. Selalu memang cam ni sebab saya kurang sikit ngan KFC ni. Selalu saya akan habiskan salad dan mashed potato je.

1 comment :

blogresipi.com said...

Cantiknye gambar beger tu kak :)