Saturday, December 12, 2009

Pau

Petang tadi saya buat pau untuk minum petang. Lama juga tak buat, tiba tiba terajin lah pulak. Laagipun hari ni tak masak lunch dan dinner. Resepi pau ni saya ambil dari Ian-ieza@MyR tapi saya kurangkan kuantiti bahan sebab nak ikut keperluan mulut org dalam rumah ni.

Bahan bahan

100 gm air suam
73 gm gula
11 gm yis
306 tepung pau
20 gms vegetable shortening
60 gm air
1/2 teh sudu baking soda
1/2 teh sudu bread softener
1/2 sudu teh minyak

Cara-cara
  • Campurkan air suam, yis dan gula. Biarkan seketika hingga yis naik.
  • Masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekan DOH. Biarkan BM jalankan tugasnya hingga selesai.
  • Keluarkan dan tumbuk doh utk membuang angin.
  • Saya gunakan instant read bean paste. Bulat bulatkan, ambil doh dan masukkan inti. Tutup inti dengan doh, letakkan di atas kertas baking yg di sapu sedikit minya.
  • Buat hingga doh habis, biarkan pau naik sekali ganda.
  • Panaskan kukusan, bila air mendidih, masukkan kukusan yg mengandungi pau dan kukus hingga masak. Kira kira 10 minit.
  • Pau memang lembut walaupun tak sama putih dan gebu seperti Chinese Pau.

4 comments :

E-na Zarina said...

gebussss! cantik pau !

LOVE2COOK said...

Uish, cantiknya pau akak nih! Rasa nak ngap jer! :)

hazila said...

E-na,
mungkin sebab guna bread softner kot

hazila said...

Love,
Ok, nganga mulut luas luas dan NGAP!!!