Tuesday, December 29, 2009

Daging Masak Kicap & Kentang


Bahan bahan

250 gm daging dihiris nipis
1 biji kentang dihiris nipis dan digoreng
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
1 labu bawang besar dimayang
1 tangkai lada merah dimayang
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 cm halia *
2 cm kunyit hidup *
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
1/4 cawan kicap pekat
1 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan cili kisar
garam secukup rasa

Cara-cara
1. Satukan daging dengan bahan bertanda * yg dikisar dan rempah serbuk. Gaul rata dan ketepikan.
2. Pijarkan minyak di dalam kuali, tumis rempah 3 sekawan, separuh bawang dan cili yg telah dimayang dan cili kisar hingga naik minyak.
3. Masukkan daging, kacau rata dan masak hingga empuk. Masukkan kicap, sebahagian lagi bawang dan cili yg telah dimayang bersama dengan air asam jawa.
4. Gaul rata dan perasakan dengan garam jika perlu dan masukkan kentang. gaul seketika dan bolehlah diangkat.

4 comments :

blogresipi.com said...

Suke daging dan suke gambar daging ni.. hehe :)

kak zila, rasa trout tu lebih kurang je dengan rasa salmon. Kite kadang suke beli trout pasal murah cikit.hihihi

hazila said...

Ijan,
Oh cam tu ke. Kat sini susah lah sikit nak jumpa ikan trout. Yang frozen mungkin ada kot.

Sue @ Nenie said...

Adussss..tak tahan betoi tengok daging masak kicap ni....

Pekena ngan nasi putih panas² memang ngam...

Uda said...

salam..
suka mkn daging... kalau msk .. cik somi pun pulun laju..