Wednesday, December 23, 2009

Bebola Kentang Berkeju


Nampak bebola kentang berkeju ni kat rumah Jiya. Puaslah cari cheese cube ni kat pasaraya. 2 hari lepas pergi Tesco, ada tapi takleh scan pulak barcode dia. Jadi petang semalam pergi Tesco Xtra pulak. Nasib baik ada tapi mahal seringgit.

Bahan-bahan:

* 300g kentang kukus, lecek halus
* 2 sudu makan susu tepung
* 1 biji kuning telur
* 1/2 sudu teh garam
* 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
* 1/4 sudu teh serbuk pala
* 1 sudu makan mentega tawar

* Minyak Bahan inti:

* 22 ketul kiub keju Bahan pelapis:
* 2 biji putih telur, pukul ringan
* 100g serbuk roti kasar

Cara membuat:
1. Kacau rata bahan kulit
2. Ambil sedikit adunan. Leperkan. Intikan dengan kiub keju. Bentukkan bebola
3. Gulingkan dalam serbuk roti kasar. Celupkan ke dalam putih telur. Gulingkan lagi ke dalam serbuk roti kasar.
4. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak.

4 comments :

Hezrin Ahmad said...

harus dicuba ni... mesti askar2ku suka...

K Ham said...

harus kak ham kena buat ni...nyum nyum nyum......:D

K Ham said...

harus kak ham buat ni...nyum nyum nyum

Sue @ Nenie said...

Tak boleh scan tapi boleh taip no code dia kan?

mesti cahier tu malas or may be baru kerja, dia tak tau...