Friday, December 4, 2009

Potato Salad



Dah seminggu rasanya kami tak ambil nasi masa dinner. Selalunya my husband memang agak payah kalau di ajak makan benda lain selain nasi masa dinner. Katanya nanti terjaga tengah malam sebab lapar. Tapi sejak sebelum raya haji lagi dia dah bagitau tak nak makan nasi during dinner. Saya tanya juga kenapa, risaulah pulak kalau dia sakit ke apa ke. Cuma dia cakap, nak kurangkan makanan berat waktu malam. Mungkin dia nak suruh saya kurus kot, maklumlah isterinya ni dah gebus sangat kot. Kalau dah masak nasi, secara tak langsung saya kena makan juga. Saya anggap je lah yg dia support usaha saya nak kurangkan berat badan.

Semalam makan bihun goreng, dan saya buat potato salad sebab teringin la pulak nak makan. Buat yg simple je.

Bahan bahan

2 biji kentang jenis Russets, 1 biji telur rebus, Garam dan lada sulah secukup rasa, Mayonaise.

Cara-cara

* Rebus kentang hingga masak. Toskan.
* Hancurkan telur di dalam bekas dan campurkan dengan mayonaise.
* Masukkan kentang dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Gaul rata.
* Sedia dinikmati. Kalau suka boleh masukkan dalam peti ais sebelum makan.



~ Yesterday is History, Tomorrow is Mystery and Today is a Gift. That's why we called it Present ~

4 comments :

TintaCyber/DapurkuBerasap said...

samalah kita hazila..makin hari makin gebus..terutama cuti2 nie..:)takpekan janji sihat..betul tak?

blogresipi.com said...

Uish menyelerakan lak nampak potato salad akak tue... kite pun kadang2 gak makan nasi sekarang. harap2 berat badan leh turun jugak.hehhehee

hazila said...

Tinta,
Kadang kala tension bab nak membeli baju. Yg lawa semua saiz kiut miut je.

hazila said...

Ijan,
nasi tak makan, tapi bantai makan fast food. Lambat la nak kurus ni....