Sunday, December 13, 2009

Takoyaki

Dah lama bahan bahan nak buat takoyaki ni ada kat dalam kabinet cuma belum ada semangat nak mencuba membuat sendiri takoyaki ni. Tapi hari ni takde plan nak keluar, jadi petang tadi saya mengodek godek apa yang patut untuk buat takoyaki.
For first timer, saya rasa ok lah walaupun tak perfect sangat tapi masih nampak cam takoyaki juga.

Masa tengah masak

Resepi dari azwalissa@MyR.

Bahan-bahan ( 30 biji )

  • BAHAN TEPUNG :
  • 1 cawan tepung gandum - saya guna tepung TAKOYAKI
  • 300ml air
  • 1 sudu baking powder- tak letak
  • 1 biji telur
  • sedikit garam-tak letak
  • Daun bawang & kobis diracik halus
  • BAHAN INTI :
  • Tako (nak senang, boleh beli siap kat Sushi Section Jusco)
  • **selain tako (sotong), boleh guna tuna dlm tin / dried scalop / ketam / udang dll. tapi dah tak jadi TAKOyaki lagi la..**
  • BAHAN HIASAN :
  • Seaweed (kepingan rumpai laut) - racik halus
  • Fish Flakes (boleh dapat kat bhgn makanan jepun di Jusco)
  • Mayonis
  • Sos Takoyaki

Cara-cara

  1. Campur semua bahan untuk tepung. Pastikan ianya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Agak2 cair sikit aje dari adunan jemput-jemput.
  2. Panaskan acuan takoyaki dengan sedikit minyak. Saya takde acuan takoyaki, so guna acuan kuih cara bentuk bujur. Hasilnya takoyaki saya bentuk telur! heee..!
  3. Tuangkan adunan 3/4 penuh dalam dalam setiap acuan. Kemudian masukkan tako dan tunggu kejap sampai bhgn bawahnya masak.
  4. Gunakan lidi untuk terbalikkan takoyaki supaya masak pada kedua2 bahagian atas dan bawah.
  5. Keluarkan takoyaki yg siap dimasak. Taburkan seaweed , fishflakes, sos & mayonis. Sedia utk dihidang. Sedap dimakan panas-panas.

11 comments :

geraugebang said...

apa pulak jenis masakan ni. Buat daripada apa ni. Kalo Jepun kita tau tepayaki,tempura n sushi jeer. yang lain tak makan lagi.

hazila said...

Kak Gerau,
Ala yg ni ala ala cekodok org jepun. Guna tepung, janggut sotong kurita yg direbus, kobis, mayo dan kicap jepun. Lepas tu tabur ngan bonito flakes.

E-na Zarina said...

waaa bestnya takoyaki...favorite ni! Cantik la tu bolat2 je!

[s][u][e][h][a][n][n] said...

selalu tgk ade jual kat jj..tapi bila tgk akak buat ni rasa jelesnya...camner nak buat erk??

Ummi said...

Hazila..mana resepinya...? hehe..akak pun ada gak acuan tuh, x guna2 lagi, tp lain sikit..acuan dari electric stove Graes brand pnyer..macam2 acuan ada..tgk yg bulat je lg x guna, maybe sesuai la tuk wat takoyaki nih..hehe..

hazila said...

E-na,
hehehe..ok eh? Asal bulat ok je lah ye.

hazila said...

Suehann,
Akak ikut resepi kat MyR.

hazila said...

Kak Ummi,
Acuan yg guna electric ye kak? Saya guna portable stove je. Nanti saya update resepinya.

Anonymous said...

salam
tako pan ngan banito flake ni nk bli kt mane..

missyzaraismail said...

kuali dia nak beli kat mane?

Tips Atasi Kolesterol

zack azarul said...

Pan tu beli kat mana ya?